Resipi bonda


“Sebenarnya, ultraman bukanlah kuat sangat. Kurus dan menggelabah. Raksasa pun sama. Mengah,” katanya

“Habis tu yang Dewangga sakti ni kuat ke?”

Dewangga Sakti bukan nama pahlawan dalam cerita  atau drama yang memaparkan ilmu persilatan Melayu. Bukan juga nama manja raksasa.

Tutup Saluran Ceria sebab di situlah bertampuk andaian ultraman adalah hero dan raksasa adalah pemusnah. Ultraman bukan hero. Dia menggelabah. Terutama bila butang merah di dadanya berbunyi. Dia akan pandang langit. Dia buat jiwa penonton tak tenteram. Kemusnahan. Bising!

Tutup televisyen. Mari jinakkan jiwa dengan Dewangga Sakti. Leluhur tersenyum melihat generasinya mengangkat martabat muzik tradisional dengan cara mereka sendiri. Tahniah!

Dewangga Sakti mungkin boleh menggunakan Selembar Kasehnya untuk ultraman Belayar ke Pulau Jauh dan kembali Menchari kuasa dan kekuatannya. Bertapa di sana, tetapi pulang segera sebelum Tertinggal Kapal Angkasa. [Ini cuma prelude merepek saya]

Mabok kepayang seketika. Percayalah, mabok kepayang bukan untuk mereka yang bercinta sahaja.

Tangisan kerana tidak dapat hadir ke Maskara X tempoh hari ada kaitannya dengan Dewangga Sakti dan, mungkin juga kerana takut nak persembahkan buah hutan kepada sang Naga. [Tengah peram la…]

Mengenai dewangga Sakti ;

Mabok Kepayang (Sebuah Ulasan Separa Ilmiah)

Dewangga Sakti

*Terima Kasih encik Zulkifli yang sudi melayan karenah saya semasa memesan CD ini secara atas talian.

*Nida, CD Dewanga Sakti yang saya pesan dari kamu, akan saya ambil nanti. Simpan ye!

acar-buah.jpg

Bahan-bahannya

  • 4 biji limau nipis/kasturi jeruk
  • 10 biji belimbing buluh jeruk
  • 20 biji cermai jeruk
  • 5 biji mangga muda jeruk
  • 1 cawan kismis
  • 5 biji buah pala jeruk
  • 1 mangkuk kecil halia jeruk
  • 10 biji prune
  • 250gm buah asam boi – warna merah
  • 5 biji buah bidara jeruk
  • 20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
  • 5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
  • sedikit bijan goreng
  • 1/2 botol kecil cuka putih
  • 2 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • sedikit bijan goreng
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 3 biji bawang putih, dihiris
  • 1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi. kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

  • Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.
  • Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ps : Acar tahan disimpan selama dua minggu.

Selamat mencuba.

LONTONG

lontong_2.jpg

Bahan-bahannya

  • Nasi impit secukupnya. ** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

  • Sayur lodeh

  • Sambal kacang

  • Serunding kelapa

lontong.jpg

untitledbmp.gif

Cara Menyediakannya

  • Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk
  • Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh
  • Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb
  • Hidangkan panas-panas.

SAYUR LODEH

  • 300gm udang hidup, buang kulitnya

  • 2 biji lada merah

  • 1 biji bawang besar dimayang

  • 2 ulas bawang putih

  • 5 ulas bawang merah,

  • 1 inci kunyit hidup

  • segenggam udang kering ditumbuk

  • 2 batang serai, dititik

  • minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

  • sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya – dipotong kecil mengikut suka

  • 1 batang lobak

  • 1 ikat kacang panjang

  • ½ biji kobis

  • 1 biji sengkuang

  • 3 keping tempe, digoreng

  • 3 keping tauhu digoreng

  • 2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi

  • Masukkan udang dan kacau hingga udang masak

  • Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

SAMBAL KACANG

  • RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

  • sedikit minyak untuk menumis

  • sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

  • sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

  • garam dan sedikit gula merah

  • santan pekat ½ biji kelapa

BAHAN TUMBUK

  • 10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

  • 5 biji bawang merah

  • 2 biji bawang putih

  • sedikit belacan

  • 2 batang serai

  • sedikit lengkuas dan halia

  • 2 biji buah keras

cara membuatnya :

  • panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi

  • Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak

  • Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

SERUNDING KELAPA

  • ½ biji kelapa parut
  • garam
  • gula dan serbuk perasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis

bahan tumbuk :

  • 1 batang serai
  • 5 – 6 biji lada kering – lebihkan jika suka pedas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit kunyit, lengkuas dan halia
  • sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
  • segenggam udang kering atau ikan bilis
  • sedikit belacan

cara membuatnya :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat

* Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaAllah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Senang aje, janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam. Sayur-sayurannya :

  • tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),
  • tauhu kering dan su’un direndam
  • lobak potong dalam 1 1/2″
  • kobis
  • kacang panjang
  • lada merah belah dua (up to you banyak mana)
  • tauhu digoreng dan potong empat
  • dan akhir sekali campur cendawan yang kerinting warna hitam (some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

* Bawang merah tengok banyak mana yang hendak dimasak, kisar sekali dengan udang kering. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan di atas. Tak payah tumis. Masukkan santan cair dan santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

*Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit. Ini untuk mencantikkan penampilannya nanti.. InsayAllah, jadilah kuah lodeh tu nanti. Selamat mencuba

Ni apa punya perkataan laa…

Cemput = cekodok + jemput-jemput

Johang = Johor + Pahang

Cemput Johang, maknanya cekodok hasil nukilan orang Johor dibantu oleh idea orang Pahang..hehehhe kat bawah ni resepinya.

kuih2.jpg

Bahan A:

  • Tepung gandum (jumlah bergantung kepada kapasiti dan keperluan sejagat)
  • sedikit garam
  • air panas (yang baru mendidih)

Bahan B :

  • ikan bilis (digoreng dan ditumbuk sehingga separa hancur)
  • Daun sup (racik halus)

Cara membuatnya :

  • Adun tepung dengan bahan B sehingga mesra. taburkan sedikit garam halus dan gaul lagi sehingga benar-benar sebati.
  • masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang boleh dibentuk dengan menggunakan sudu. pastikan tepung diadun dengan serata bagi mengelakkan tepung berketul-ketul (akibat tindakbalas dengan air panas)

kuih1.jpg

  • gunakan dua sudu untuk membentuk tepung menjadi bulat dan terus goreng dalam kuali.
  • Goreng sehingga berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan.

*bahan B boleh ditukar dengan bawang besar yang dipotong dadu atau apa-apa sahaja bahan yang anda gemari. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 15 atau lebih cili api/padi (ikut suka – kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
  • 1 inci kunyit hidup
  • halia
  • 2-3 batang serai (dititik)
  • santan (dr sebiji kelapa) 


Cara memasak:
 

  1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + halia + bawang putih + bawang merah selumat2nya.. 
  2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam di dalam kuali berserta serai yang dititik 
  3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya 
  4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
  5. Perisakan degan garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
  6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..


Nota:  Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Bahan A:

  • 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
    – di basuh bersih
    – sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
    – letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:

  • 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
  • 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
  • 2 batang serai di mayang halus
  • 1 helai daun limau purut di koyak empat
  • 25 biji cili padi di mayang halus
  • halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
  • 1 biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar sos minyak ikan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil gula

Bahan C:

10 biji limau kasturi

Cara memasak:

Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan ke dalam bahan A. Barulah bahan C di perah ke atasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. Biarkan selama 15 minit untuk dia mesra, lemas dan rimas dengan kesemua bahan-bahan tadi. Lepas tu kukus/bakar selama 20 minit. siapppppp!

*Sesuai dimakan bersama orang tersayang. Jgn lemas dah le. Cuba..Su dan kak lenny jangan tak cuba plak!. hehehehhee

Bahan-bahan:

2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:

  1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
  2. Masukkan secawan air
  3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
  4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
  5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
  6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.

Bahan-bahan:

1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
  2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
  3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
  4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
  5. Masukkan sayur2 an dan mee.

Bahan-bahan:

  • Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih – Dihiris memanjang
  • Biji sawi
  • gula sikit
  • garam secukup rasa
  • Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
  • Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:

  1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
  2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
  3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 4 ~ 5 tangkai cili padi
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit sos tiram

Cara memasak:

  1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
  2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
  5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
  6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ikan kerapu
  • 120gram tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit minyak (untuk goreng)
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:

  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 3cm halia
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu cili sos
  • 1 sudu cili giling
  • Sedikit kunyit hidup
  • 3 sudu tomato sos
  • 3 cawan air
  • Sedikit cuka masak
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.


Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

Bahan-bahan:

  • 3 ~ 4 ekor ikan sembilang
  • 10 biji cili merah – dikisar
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 ulas bawang besar – dimayang kasar
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • air limau kasturi
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
  4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 susu besar sos cili
  • 2 susu besar sos tomato
  • 1 sudu gula
  • 4cm halia – dimayang
  • 3 ulas bawang putih – dimayang
  • 3 ulas bawang besar – dimayang
  • 3 tangkai daun sup(saderi)
  • 1/2 biji limau nipis
  • garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
  2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
  3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
  4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

Bahan-bahan:

  • 600 gm udang harimau – digoreng setengah masak
  • 4 batang serai
  • 100 gm cili kering
  • 100 gm bawang merah
  • 100 gm cili merah
  • 70 gm bawang putih
  • 70 gm halia muda
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • 30 gm belacan bakar
  • 100 gm pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak: 

  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.

Bahan-bahan:

  • 1kg kepak ayam
  • 1 senduk besar minyak bijan
  • 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
    sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
  • sedikit garam secukup rasa

Cara memasak: Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu…..

Laman Berikutnya »