UMUM


HADIAH Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil (HSKU) kali ke 25 tahun akan berlangsung pada 9 Julai ini di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur. HSKU yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dengan penaja utamanya ExxonMobil, penaja lokasi Istana Budaya dan stesen penyiaran rasmi Astro merupakan penghargaan kepada penulis yang menghasilkan karya terbaik.

Untuk kategori cerpen, cerpen remaja dan puisi, penganjur menyediakan tiga hadiah utama dan enam hadiah penghargaan setiap satu kategori pada 9 Julai nanti.

Selain kategori ini, HSKU juga akan menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori novel remaja dan penulisan rencana serta kajian sastera.

Tetapi sebagai sebuah penghargaan dan bukannya “pertandingan”, dalam HSKU tidak ada pemenang dan tidak ada yang kalah. Cuma yang terpilih menerima hadiah adalah yang paling menonjol dan yang tidak terpilih bukanlah tewas atau buruk.

Untuk mengukur tinggi rendah sesebuah karya sastera bukanlah semudah menyediakan skala 1 hingga 10 dan kita memilih salah satu daripadanya. Mengukur karya sastera bukan dengan angka, maka selain yang dipilih hadiah utama dan penghargaan, mereka yang berjaya menempatkan karya dalam senarai akhir juga penting untuk dihebahkan.

Bukanlah suatu yang mudah misalnya untuk menempatkan diri dalam senarai 20 terbaik daripada lebih seratus karya yang dinilai. Lalu yang berjaya dalam senarai ini juga satu kejayaan. Kejayaan ini diraikan dengan menyiarkan mereka yang dipilih dalam senarai akhir.

HSKU antara lain matlamatnya adalah untuk merakyatkan karya sastera di negara ini. Dengan itu majlis penyampaian hadiah kali ini selain dihadiri oleh tetamu kenamaan dan jemputan, peminat-peminat sastera juga dialu-alukan untuk menyertai acara di Istana Budaya ini. Seminggu sebelum acara, pihak penganjur akan mengeluarkan pas-pas percuma yang boleh didapati di Istana Budaya. Tunggu pengumuman seterusnya daripada penganjur.

Dipetik dari SINI.

KOMA

Senarai penuh pemenang HSKU 2009 yang diumumkan dalam Mingguan Malaysia, 4 Julai 2009 :

KATEGORI NOVEL REMAJA

1. Impuls Roh : Sri Rahayu Mohd Yusop [RM7000]

2. Silir Daksina : Md Nizar Parman [RM 4500]

3. Dayung Sudah Ditangan : Norziati Mohd Rosman [RM3000]

KATEGORI CERPEN REMAJA

Tiga hadiah utama, RM2500 setiap satu

1. Ayam Patah Kepak [Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009] : Hafizah Iszahanid

2. Kasut Tutankhamun [Mingguan Malaysia, 19 april 2009] : Mohd Fudzail Mohd Nor

3. Puaka Pak Jaha [Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009] : Nadia Khan

Hadiah Penghargaan, RM800 setiap satu

1. Es Teller di Pagi Raya (Ummu Hani Abu Hassan) Mingguan Malaysia, 20 September 2009

2. Fort Margherita (Mohd Ali Salim) Mingguan Malaysia, 16 Ogos 200

3. Hipertensi (Ilias Zaidi) Mingguan Malaysia, 1 Februari 2009

4. Khilaf (Wan Marzuki Wan Ramli) Mingguan Malaysia, 12 April 2009

5. Munsyi (Husna Nazri) Utusan Melayu Mingguan, 2, 9 dan 16 November 2009

6. Sanubari Seorang Anak (Siti Hajar Mohd Zaki) Mingguan Malaysia, 25 Januari 2009

KATEGORI CERPEN

Tiga hadiah utama, RM 3000 setiap satu

1. Akhir Parak Siang (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 29 Mac 2009

2. Embus-embus Iman di Indus (Adip MN Damanhuri) Mingguan Malaysia, 17 Mei 2009

3. Mahkota di Atas Jemala (Farahana Hussain) Al-Islam, Mac 09

Hadiah Penghargaan, RM800 setiap satu

1. Dari Fail Tribuhak (Ghazali Lateh) Mingguan Malaysia, 23 Ogos 2009

2. Falsampah (Serunai Faqir) Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009

3. Ketuanan, Maaf dan Seorang Binatang (Marsli N.O) Mingguan Malaysia, 22 Mac 2009

4. Kisah Sebatang Pokok (S. M. Zakir) Mingguan Malaysia, 28 Jun 2009

5. Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah (Mawar Shafei) Mingguan Malaysia, 18 Januari 2009

6. Tukang Sepatu dan Sahabat dari Bukit (Malim Ghozali PK) Mingguan Malaysia, 26 April 2009

KATEGORI PUISI

Tiga hadiah utama, RM 1000 setiap satu

1. Aroma (S.M Zakir) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009

2. Ingatan kepada Kawan ‘XXI’ (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 10 Mei 2009

3. Sekeping Lukisan di Kaki Lima (Mohamad Saleeh Rahamad) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009

Hadiah Penghargaan, RM500 setiap satu

1. Ayah adalah Hadiah Allah (Salman Sulaiman) Wanita, Jun 2009

2. Catatan Tentang Bukit (Husna Nazri) Mingguan Malaysia, 22 Mac 2009

3. Cerita Terpanggil-panggil, Penglipur Semakin Melara (Ariff Mohamad) Mingguan Malaysia, 4 Oktober 2009

4. Ego Sebutir Pasir (Fudzail) Mingguan Malaysia, 6 Disember 2009

5. Ingatan kepada Kawan ‘XXII’ (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 11 Oktober 2009

6. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fahd Razy), Mingguan Malaysia, 15 Februari 2009.

RENCANA SASTERA

Dua hadiah, RM1000 setiap satu

1.Bahasa Cinta Hamzah Fansuri, Mohd Hashim Osman : Mingguan Malaysia, 6 Disember 2009

2. Psikosomatik Yang Menyala, MAlim Ghozali PK : Mingguan Malaysia, 22 Februari 2009.

KOMA

Tiada pemenang dan tiada yang kalah.

Saya kira, kalaupun bukan kerana pertandingan dan imbalan, sesebuah karya yang mahu berjumpa dengan khalayak pembaca, harus dinilai.

Pertandingan, ada juri dan panel hakimnya.

Penerbitan pula, ada editor dan pembaca prufnya.

Tidak kira apa jua bentuk bahan bacaan, ia harus dinilai sebaiknya. Ditapis sebaiknya.

Paling penting, karya yang bernilai ini harus dipelbagaikan cara dan kewujudannya untuk bertemu pembaca. Mudah diperolehi di kedai buku. Ada tindakan susulan seperti didramakan atau difilemkan dan menjadi teks rujukan untuk pelajar sekolah dan universiti.

Tahniah buat kawan-kawan penulis yang berjaya membawa karya dan pemikiran mereka kepada khaayak pembaca.

Apabila ada yang bertanya kepada saya tentang ciri yang bagaimanakah yang perlu ada dalam diri seorang penulis, maka saya bertanya kepada mereka semula, “apakah tujuan kamu menulis?”

Saya kira itu soalan yang selalu ditanya oleh pembimbing dalam bidang penulisan.

Apakah yang ingin kamu tulis dan apakah tujuannya. Kerana setiap perlakuan punya cerita dan matlamat tersendiri.

Di situ ada rangkak, jalan, lari dan tersungkur yang perlu kamu pelajari dan beritahu orang lain.

Ada bangun yang penuh kental.

KOMA

Ceramah Penulisan dan Bengkel Cerpen bersama Puan Nisah Haji Haron.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Negeri Sembilan [PEN] akan mengadakan ceramah “Asas Penulisan Cerpen” dan Bengkel Cerpen Intensif bersama penulis muda terkemuka Puan Nisah Haji Haron. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Mei 2010

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang

Sesi ceramah akan bermula jam 9:00 pagi diikuti sesi bedah cerpen [bengkel]. Sesi ceramah terbuka kepada umum, manakala untuk menyertai sesi bengkel, peserta digalakkan menghantar cerpen untuk dibedah sebelum atau pada 30 April 2010.

Yuran penyertaan untuk kedua-dua sesi cuma RM50, dan sekiranya ingin menyertai sesi ceramah sahaja yurannya hanya RM20. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya : tejamanis@gmail.com

KOMA

Rajin dan berbakat. Pengalaman dan bakat. Ilmu dan bakat.

Ini bermakna bakat tidak boleh bergerak sendiri. Harus juga bergandingan dengan konsisten yang tinggi iaitu rajin. Pengalaman yang dimanfaatkan serta ilmu yang sentiasa ditambah. Ilmu itu termasuklah memperkaya diri dengan ilmu-ilmu baharu dalam dunia kreatif, membaca situasi dunia penulisan semasa, silaturrahim yang baik dengan kawan-kawan penulis, dan tahu apa yang perlu ditulis dan medium yang bagaimana tulisan itu harus disebarkan.

Jadi, jangan rasa kamu tidak perlu ke bengkel penulisan dan kelas bahasa hanya kerana beranggapan kamu berbakat dalam bidang penulisan dan tidak perlu tunjuk ajar sesiapa.

Berbengkel sehingga mati. Teringat kata-kata yang saya ungkapkan semasa bengkel penulisan cerpen sebelum ini.

Merangkak, berjalan, berlari, tersungkur, dan bangun semula. Itulah penulisan.

Abah tukang kayu. Abah buat rumah kami sendiri. Rumah batu. Juga rumah-rumah orang lain. Rumah batu juga. Tapi abah tetap dipanggil Isa ‘tukang kayu’.

Suatu petang, abah menyusun alatan menukangnya. Macam-macam ada. Pelik. Tapi hanya abah tahu kegunaannya. Juga abah sangat kenal dengan barang-barang kepunyaannya.

Abah minta saya buat teka-teki untuknya. Setelah berfikir, saya minta abah pejam mata dan saya akan gunakan alatan kepunyaan abah. Abah harus peka dengan bunyi tersebut dan meneka alatan apakah yang saya sedang gunakan.

Saya ambil salah satu alatan abah. saya ketuk-ketukkan alatan yang punya hujung yang tajam berkilat. Abah diam. Kemudian buka mata.

“Patutlah tak berbunyi. Alat ini namanya pahat. Harus gunakan tukul untuk mengetuknya. Jika tidak ia tak boleh bergerak dan melakukan tugasnya,” kata abah.

Saya tersipu.

KOMA

Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Beberapa hal yang saya ‘tiada rasa’ dengan anugerah ini.

Mungkin kerana pemilihan tempat yang tiada semangat kebudayaan, kesenian dan semangat yang berkaitan dengan dunia penulisan serta penghasilan karya. Untuk anugerah yang berprestij begitu, haruskah di cerukkan di tempat yang dipenuhi dengan ‘sepi’, suram dan dihiasi dengan elemen-elemen yang tidak berkaitan dengan dunia penulisan [lampu yang suram dan arca-arca patung yang sekali pandang bagai puaka yang membunuh jiwa si pengecut].

Sesekali terfikir, mengapa konsert-konsert dan program hiburan yang lainnya dihadapkan kepada masyarakat dalam bentuk yang gembira, warna-warni, lampu yang terang  dan bergemerlapan serta susun atur set yang menarik perhatian setiap yang memandang.

Kadang, saya terfikir bahawa anugerah sebegini seharusnya lebih menampakkan semangat yang besar, berkobar-kobar dan merasa megah dengan usaha ‘setengah mati’ pemenang-pemenangnya. Caranya dengan memilih lokasi yang berjiwa sama dengan jiwa penulisan seperti Istana Budaya, hotel-hotel atau tempat yang menunjukkan keselarian dengan dunia kesusasteraan negara serta disulami dengan suasana-suasana meriah.

Kerana secara budayanya, majlis penganugerahan untuk penulis dan aktiviti seni-budaya-sastera ini biasanya dibuat secara sederhana dan sekadarnya, maka golongan-golongan itu sahajalah yang datang dan memenuhkan dewan. Masyarakat ketinggalan maklumat tentang karya yang bermutu, tentang penulis yang hebat dan kaya hanya dengan kerja menulis serta penulis yang harus dijadikan contoh terbaik buat generasi muda membina tamadun dan bangsa.

Kerana, secara budayanya juga, usaha yang terbaik pihak yang menganjurkan acara hiburan tanpa batasan, membuatkan masyarakat sanggup berkumpul beramai-ramai di dalam dewan atau dataran yang besar dengan acara yang gemilang hanya untuk mengetahui dan meraikan artis yang kebanyakannya ‘tiada sumbangan’ dalam melahirkan bangsa yang kenal akar dirinya.

Jadinya, dengan mengambil iktibar dari ‘bunyi-bunyi pahat’ begini, pihak penganjur akan lebih memahami bahawa pahat yang berbunyi bukan untuk membunuh tetapi lebih kepada mencantikkan rumah yang barangkali sudah siap. Namun, siapnya sesebuah rumah, bukan bermakna ia boleh didiami. Ada elemen lain yang perlu ditambah agar rumah tersebut selesa di huni dan dinikmati.

Saya tidak akan bicara tentang karya yang memenangi anugerah tersebut.

Laporan penuh boleh di baca di sini. [Sila buat salinan dalam bentuk fail ‘word’ kerana berita ini tahan seminggu sahaja]

PERTAMA

5576_1211359362361_1180071899_30644298_633644_n

[Di salin terus daripada Facebook ITNM]

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” pada 8 Ogos 2009 bertempat di DBP, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan bagi mengenang dan menghargai karya serta sumbangan Sasterawan Negara Keempat (1986) ini membangunkan bidang sastera kebangsaan, selain bertujuan meraikan menjelangnya 75 tahun usia beliau pada 9 April 2010.

Majlis penghargaan ini akan diadakan dalam dua acara, iaitu “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said” pada 8 Ogos 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang di bangunan lama DBP. Bengkel ini akan dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman seperti Nam Ron (bengkel seni pentas), Sharifah Maswari Syed Bakar & Drew Harris (bengkel seni tampak), dan Taja Meet Uncle Hussain (bengkel seni muzik).

Hasil bengkel tersebut akan dipersembahkan di kemuncak acara “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said dan Pelancaran Buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map” (terjemahan buku Cinta Fansuri dan Balada Hilang Petang) bermula jam 8.00 malam di Auditorium DBP. Selain persembahan tersebut, terdapat beberapa persembahan kebudayaan lain antaranya Nisah Haron yang memulakan acara dengan menceritakan “A. Samad Said yang Saya Kenali”. Penggiat sastera yang turut tampil membacakan dan menyanyikan lagu puisi adalah Prof. Rahman Shaari, Shukri Abdullah, Taheerah Rosheena Mohamed, Zurinah Hassan, Raja Rajeswari Seetha Raman, Dr. Chew Fong Pang, Dr. Ahmad Razali, Dr. Victor Pogadev, Seri Amalina Mohd Khair, Saifullizan Yahya, Malim Ghozali PK, SM Zakir, dan Datuk (Dr.) A. Samad Said sendiri.

KEDUA

maskara16

[Disalin terus dari facebook Sol-Jah]

MASKARA

Sol-jah dalam group ini merupakan pasukan simpanan kawan-kawan yang kita suka kepada Sindiket Sol-Jah barisan hadapan di http://sol-jah.blogspot.com/ . Perang kami adalah perang seni!

Kami lelaki urban yang gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot menyuntik ‘pop’ ke dalam seni. Kami tidak hisap ganja, minum arak dan amalkan seks sejenis. Tapi kami memang suka pada benda-benda cantik. Tapak Sulaiman, misalnya.

Aktiviti kami:
1. Terbit Buku
2. Acara MASKARA (Malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
sebarang pertanyaan hubungi
Vovin – 016-6611 940 | nazri123456789@gmail.com

d

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menganjurkan MULTAQA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM 2009 pada 16 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Bilik Senat (UKM).  Program berkenaan adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dan Persatuan Kakitangan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKMANITA).  Program ini akan berlangsung mulai pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan wanita Islam di Malaysia, ahli-ahli pertubuhan seni dan budaya, ahli akademik, budayawan, wakil media, ulama  serta pelajar akan hadir pada program itu.

Antara lain program ini bertujuan untuk memartabatkan kembali budaya dan seni Melayu Islam;  menjadikan budaya dan seni Melayu Islam sebagai cara hidup; menjelaskan kepada masyarakat kedudukan kebudayaan dan kesenian menurut Islam; mencadangkan garis panduan persembahan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia dan Islam dan mempertemukan wakil-wakil NGO wanita Islam di peringkat kebangsaan .

Seminar yang membawa tema   “ISLAM MELESTARIKAN KEBUDAYAAN MALAYSIA’ ini akan diisi dengan ucaptama, pembentangan empat kertas kerja serta satu sesi forum.

Ucap tama akan disampaikan oleh Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM merangkap Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Prof Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek dengan tajuk ucaptamanya `Mengaplikasikan Kesenian Dan Kebudayaan Sebagai Medium Dakwah’.

Empat kertas kerja yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:
1.    Peranan Kebudyaan Melayu Dalam Membina Jati Diri Wanita oleh Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Sarjana Tamu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.    Peranan Media Swasta Dalam Membina Jati Diri Wanita oleh Ir Ahmad Jais Alias (Pengarah Radio IKIM.fm) dan penyanyi kumpulan Nowseeheart, Encik Idzhar Jumali.
3.    Penerapan Budaya Dan Kesenian Islam Dalam Drama Dan Filem oleh Rashid Shibir (Pengarah Drama dan Filem) dan penulis bebas, Pn. Sujiah Salleh.
4.    Unsur Islam Dalam Novel; Pengaruhnya Kepada Pembaca oleh Dr. Mawar Shafie dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Sementara itu, sesi forum akan membincangkan tajuk `Islam Melestarikan Kebudayaan Malaysia’ yang akan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Asiah Sarji.  Manakala ahli-ahli panel terdiri daripada pelakon dan penerbit terkenal, Erma Fatima, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Prof. Madya Mohamad Kamil Haji Abdul Majid dari Universiti Malaya.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada Sekretariat MPWIM (Ustazah Normawati Muhammad) 012-2629836, Afiqah Mohd. Yusof (019-9412849) atau Unit Perhubungan Awam YADIM pada talian 03-22746077.

bannerpestabuku4

Masih sempat kalau mahu memborong ilmu.

fes-10minit-22apr2009-101017

Jumpa di Pentas Drama 10 minit. Festival Drama 10 minit

152

Kamu Melayu? Pentas 152 untuk kamu.

image0021image0032

Tambahlah aksesori kamera kamu!

Kepada graduan-graduan yang masih belum bekerja atau berkeputusan untuk menjadi usahawan dan juga kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan, mungkin pengumuman di bawah boleh diambil kira;

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Bahagian Ekonomi Desa, Unit Latihan dan Bimbingan Usahawan sedang melaksanakan Kursus-kursus Keusahawanan dalam Bidang:

1. Latihan Keusahawan dan Pemantapan Perniagaan;
2. Latihan Kemahiran, Teknologi Makanan dan Teknologi Pertanian;
3. Latihan Penyediaan dan Penyajian Makanan; dan
4. Latihan Bimbingan Teknologi dan Peningkatan Kualiti.

Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan kursus-kursus ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan kecuali pengangkutan. Sehubungan itu, anda dijemput untuk melawati e-SMILE (Sistem Maklumat Integrasi Latihan Ekonomi Desa) dengan melayari laman web https://smu.rurallink.gov.my.

Selain itu, jika anda mempunyai masalah mengenai luar bandar seperti masalah lampu jalan, bekalan air (di bawah Bahagian Pembangunan)dan kemiskinan (di bawah Pembasmian Kemiskinan) boleh melayari laman web www.rurallink.gov.my

Kerjasama anda dalam menghebahkan perkara ini khusus kepada masyrakat luar bandar amat digalakkan dan dihargai.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Aras 4-9, Blok D9, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62606 Putrajaya.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NO TELEFON DI BAWAH

Tel : 03-8886 3500/3700

Web:www.rurallink.gov.my

 

Kisah sufiah mula diperkatakan. Banyak. Dan seperti biasa bukan sahaja di media cetak malah blog juga.

Semalam, semasa menerima kunjungan Y.B Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri di Jabatan perdana Menteri dan juga Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, hal ini turut diperkatakan.

Datuk Dr. Mashitah menjelaskan akan mengadakan “program menyelamatkan Sufiah”.

Menjawab soalan daripada wartawan, beliau berkata akan membawa Sufiah pulang ke Malaysia. Selamatkan akidah Sufiah serta membantu Sufiah yang telah tersesat.

Saya tidak bertanya satu apa pun, kerana saya tahu jawapannya mungkin akan menjadi onar kepada sistem pendidikan negara kita sendiri.

Saya cuma tertanya,

  1. Benarkah Sufiah begitu terdesak?
  2. Adakah ‘membiayai pengajian’ alasan utama Sufiah bertindak sedemikian?

Saya cuma membayangkan yang Sufiah bukan menjadi mangsa keadaan.

Bacaan lanjut:

Dan banyak lagi!

4.jpg

Teman sekerja mencari blog pro kerajaan!

Semacam menjadi dua dunia yang berbeza apabila satu medium informasi menjadi dua puak yang berbeza. Memang berbeza apabila melihat secara fizikal. Malah lebih berbeza apabila melihat secara dalaman antara dua medium informasi itu.

Media bercetak dan media eletronik yang turut dikenali sebagai media arus perdana sebelum ini, mempunyai kuasa yang besar dalam menentukan persepsi masyarakat terhadap pelbagai isu.

Jika meneliti Utusan Malaysia, Berita Harian, Nst, Harian Metro, Harakah, Siasah, Wasilah dan pelbagai lagi, kita boleh mengenalpasti hala kiri atau kanan akhbar-akhbar tersebut. Juga RTM, TV3, Tv9, 8, NTV7.

Era Digital menyaksikan sms, e-surat, blog dan laman web bukan sahaja bertindak sebagai alat perhubungan sosial seperti yang tradisionalnya.

Sms, e-surat, blog dan laman web berfungsi sebagai medium yang mengupas informasi terkini tentang isu-isu besar dalam negara terutama yang berkaitan politik dan pentadbiran negara yang selama ini ditapis penyiarannya dan penerbitannya dalam media bercetak utama.

Namun, masih banyak pihak yang tidak faham konsep media digital yang semakin menampakkan taringnya kini. Antara kebenaran dan kepalsuan, dua konsep yang masih boleh dipertikaikan bukan sahaja untuk media bercetak dan juga media digital ini.

Suatu waktu kita mendengar suara-suara yang mengatakan media bercetak masa kini tidak boleh dipercayai kebenarannya kerana dikuasai oleh pihak-pihak tertentu.

Oleh itu, mereka memilih untuk mempercayai bulat-bulat apa yang dipaparkan melalui media digital.

Apatah lagi penulis yang bergiat aktif dalam media digital tidak terlihatkan kecenderungannya ke arah yang mana satu. Dalam aspek politik, kita katakan bahawa penulis blog ini tidak menyokong kerajaan juga tidak menyokong pembangkang. Pendek kata membongkar kebenaran secara telus.

Apa yang menghairankan, kebanyakan penulis blog yang tegar memperkatakan tentang kebenaran dan ketelusan merupakan bekas wartawan dan penulis yang pernah berkhidmat di dalam media arus perdana (bercetak) suatu ketika dahulu.

Adakah mereka ini konspirasi raksasa bekas-bekas warga Balai berita (memetik kata-kata A. Kadir Jasin semasa memberi komen di blog Ahmadtalib)

Di sini, semacam ada satu keadaan ‘melepas geram’ oleh mereka ini kerana dahulunya terpaksa mengikut telunjuk ‘raksasa’ tertentu dalam menyebar maklumat yang benar.

Perkembangan media bercetak yang diragui ketelusannya dalam menyampaikan maklumat semakin terhakis dengan kewujudan segerombolan besar media digital yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.

Media digital dikatakan lebih berkuasa. Lihat sahaja apa yang berlaku pada pilihanraya ke-12 baru-baru ini. Lihat sahaja pengikut dan kumpulan yang terlibat dengan dunia digital (terutama blog) yang semakin membesar koloninya sehingga kini.

Fungsi komunikasi melalui blog dikatakan lebih efektif dan mesra pengguna melayakkan blog mendapat tempat di hati pengguna untuk menyuarakan apa sahaja.

Sudah tentulah hal ini menggerunkan pihak kerajaan yang memandang media digital sebagai musuh utama mereka.

Teman sekerja masih mencari blog pro kerajaan!

Jika sebelum ini satu pihak berjaya menguasai media cetak dan eletronik dalam memberi maklumat kepada masyarakat, mengapa tidak kali ini? Dengan membina blog-blog yang mencantas segala kata-kata blogger yang dikatakan memfitnah mereka. Buktikan dan perangi blogger ini dengan kaedah yang sama iaitu blog. Bukan susah kan?

Memusuhi media digital terutama blog memberi erti memusuhi kemajuan sains dan teknologi yang suatu waktu dibawa masuk dan diuar-uarkan oleh pihak yang sama. Memerangi dunia siber beerti menidakkan kebenaran.

Adakah jerat memakan tuan?

Namun, harus diingat tidak kira media bercetak, eletronik atau media digital, masih ada kepalsuan yang akan menipu mata dan hati masyarakat. Berfikir secara baik dan menyelidik secara telus. Itu lebih baik. Jika tahu, terpulang sama ada mahu menguar-uarkannya kepada umum atau simpan sahaja di dalam diari bertulis (bukan digital).

Teman sekerja masih mencari blog pro kerajaan!

Mungkin ada selepas ini selepas kerajaan ditadbir oleh pucuk pimpinan yang baru.

Dan blog cacamerba seperti blog saya ini dan jutaan blog lain diluar sana yang bersifat rempah ratus merupakan satu lagi cabang atau jenis blog yang tidak perlu digeruni.

Dan buat Mardhiah, ini sebenarnya yang saya jangkakan dari program Astaka Minda, Penulis dan Blog -Trend masa kini yang diadakan di DBP baru-baru ini. Mungkin saya silap tafsir, tetapi bukankah lebih baik memperkatakan tentang blog secara keseluruhan dan bukan satu isu yang kecil sahaja, apatah lagi isu blog sangat menjerut jiwa ramai pihak sekarang ni.

Mungkin juga selepas ini DBP mencari peluang dan masa yang sesuai menganjurkan hal yang sama dalam konteks yang lebih besar, panel yang pelbagai larat belakang dan masa yang panjang serta promosi yang lebih baik agar pihak yang terkeliru dalam penjelasan tentang era digital ini dapat maklumat yang menyeluruh.

gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan : Masjid Kristal, Kuala terangganu [terima kasih Mzeddy]

Multaqa Alumni Al-Azhar 2008 akan diadakan pada 15-18 Februari ini. Yayasan tempat saya bekerja ini akan terlibat sebagai sekretariat pelaksana.

Program ini memang besar dan bersifat antarabangsa. Mengumpulkan ilmuan dan cendekiawan, tokoh-tokoh ulama’ diperingkat antarabangsa serta golongan yang berjaya dan berpengaruh di dalam masyarakat yang merupakan bekas lepasan Al-Azhar.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah :

  1. Prof. Dr. Mahmood Karim [Mesir/Egypt] – Warisan dan Ilmu
  2. Prof. Dr . Usamah Al-Rawi [Mesir/Egypt] – Warisan dan Kesenian
  3. Prof. Dr. Fuad Al-Nady [Mesir/Egypt] – Teori –teori Politik Dalam Islam
  4. Prof. Dr. Kamal Imam [Mesir/Egypt] – Warisan Islam Di Antara Pembaharuan dan Penghapusan
  5. Prof. Dr. Muhammed Umarah [Mesir/Egypt] – Pandangan Muhammed Abduh Di Dalam Pembaharuan
  6. Prof. Dr. Abdullah Najjar [Mesir/Egypt] – Pandangan Imam Al-Maraghi Di Dalam Pembaharuan
  7. Prof. Dr. Ahmed Ajibah [Mesir/Egypt] – Pandangan Dr Muhammed Abdullah Darraz Di Dalam Pembaharuan
  8. Prof. Dr. Abdul Mukti Bayoumi [Mesir/Egypt] – Warisan dan Kepelbagaian
  9. Prof. Dr. Abdul Khaliq Qadhi [Pakistan] – Pembaharuan dan Kepentingan Keseimbangan
  10. Prof. Dr. Mahmood Ahmed Ghazi [Pakistan] – Projek Pembangunan Di Negara-negara Islam dan Cabaran Sikap/Etika
  11. Prof. Dr. Mahmood A’zab [Perancis/France] Keistimewaan Warisan Di Dalam Ilmu Kemanusiaan
  12. Prof. Dr. Abdul Majid Al-Najjar [Perancis/France] – Peranan Wahyu dan akal Di Dalam Membangun Epistimologi Islam dan Peringkat-peringkatnya
  13. Prof. Dr. Noor Samad [Kampa Indonesia] – Keistimewaan Warisan Islam Di Bidang Falsafah Sejarah
  14. Dr. Omar Kamel [Arab Saudi/Saudi] – Arabia Keistimewaan Tersendiri Warisan Islam: Perhubungan Pengetahuan Di antara Warisan dan Kontemporari
  15. Dr. Abu Lubabah Al-Tahir [Emeriah Arab Bersatu/United Arab Emirates] – Warisan Islam Untuk Menghadapi Cabaran Ketamadunan/Semasa
  16. Dr Dheen Mohammed Mira Sahib [Sri Lanka] – Sumbangan Warisan Islam Di Bidang Falsafah
  17. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukur Haji Hussin, Naib Cancellor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Malaysia Warisan – Islam: Di Antara Pembaharuan dan Kejumudan/Konservatif

Multaqa ini akan dirasmikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada hari Jumaat, 15 Februari 2008, di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 4.00 petang. Difahamkan juga di malis yang sama Sheikhul Al-Azhar, Dr Muhammed Sayyid Tantawi akan menyampaikan ucaptama.

Ingin tahu lebih lanjut? Klik SINI.

*Oleh itu, saya tidak punya kesempatan untuk menjenguk blog ini dan blog anda semua. Selama seminggu.

JOM!

2350-warehousead.jpg