Saya masih lelah. Bukan mendung, tapi hanya lelah. Lelah itu tak memerlukan saya menggunakan inhaller. Inhaller hanya berguna untuk lelaki itu, yang sering lelah tetapi masih mahu membunuh diri dengan menghisap rokok. Saya lelah kerana pelbagai perkara ‘things to do’ dalam diari saya, tergendala dan tertangguh.

Simposium yang saya hadiri masih berbayang dalam jiwa. Tapi kesempatan untuk menulis laporan mengenainya amat sempit. Maaf kepada teman-teman yang ingin mengetahui suasana simposium itu.

Hari ini saya ingin menjawab soalan Encik Nickmenza. Soalan yang diterima melalui sistem pesanan ringkas [sms] itu, seharusnya saya jawab on the dot tetapi, atas halangan kesungguhan memberi perhatian kepada para pembentang dan asakan ilham yang bertalu, maka saya tangguhkan untuk menerangkannya.

Soalan : Apa beza simposium dan kolokium.

Di sini saya ingin terangkan secara ringkas beza antara kedua-dua istilah tersebut.

SIMPOSIUM

Kamus Dewan mendefinisikan simposium sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.

Wikipedia menjelaskan simposium dengan panjang lebar. Sila baca di sini.

KOLOKIUM

kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.

In legal parlance, colloquium is used when the identity of a plaintiff in a defamation suit is not expressly stated, but people know who the tortfeasor was attempting to defame.

Secara keseluruhan, kelihatan seolah-olah tidak ternampak perbezaan antara kolokium dan simposium. Tetapi, Jika diteliti, Simposium lebih bersifat terbuka kepada umum, topik perbincangannya juga pelbagai serta perbincangan itu selalunya akan berakhir di situ tanpa resolusi atau ketetapan yang segera.

Manakala kolokium pula lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan di kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya di sebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.

*Sila maklumkan jika terdapat kesalahan tafsiran atau penambahan makna pada istilah ini.