Bahan A:
- 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
– di basuh bersih
– sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
– letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
- 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
- 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
- 2 batang serai di mayang halus
- 1 helai daun limau purut di koyak empat
- 25 biji cili padi di mayang halus
- halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
- 1 biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar sos minyak ikan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan ke dalam bahan A. Barulah bahan C di perah ke atasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. Biarkan selama 15 minit untuk dia mesra, lemas dan rimas dengan kesemua bahan-bahan tadi. Lepas tu kukus/bakar selama 20 minit. siapppppp!
*Sesuai dimakan bersama orang tersayang. Jgn lemas dah le. Cuba..Su dan kak lenny jangan tak cuba plak!. hehehehhee
Julai 5,2007 at 11:57 am
sblm ni dh tau dh resepi ni…tp tak pernah buat sendiri…husband tolong buat…dia pandai masak…
ikan goreng saya pandailah…ikan yang sampai lemas ni…mmg fail lahhehehehehe…
tapi, memang sedaaaaaaaaapppnak-nak mkn waktu makan tengaharin waktu perut lapoconfirm liciiiiiiiiiiiiinnnnnnnn
Julai 5,2007 at 1:39 pm
hehehhee..makan apa pun waktu tgh lapar memang licin…cuba makan kuaci masa tgh lapar…sah dengan kulit2 sekali ditelan…..
Julai 6,2007 at 11:19 am
baca tajuk ingat ikan pari kelemasan…pikir balik pelik…lemas dalam lautan tp rupa2nya lemas dalam kuali!! heheheehe..
Julai 6,2007 at 11:31 am
berdose kan ……lemaskan ikan pari yang dah mati..apa hukumnya?
Julai 6,2007 at 11:38 am
hukum? hukuman la…hukumannya…makan sampai licin laaaaaa…hahahahah
Julai 6,2007 at 11:53 am
Hancur DIET……