Oh, berkali-kali saya menulis tajuk untuk entri kali ini. Tulis dan padam. Tulis dan padam. Rasanya saya tidak layak menulis tips ini kerana saya bukanlah pakar menulis ulasan. Saya cuma pernah menang dua kali sahaja. Itupun bukan tempat teratas. Selainnya hanya catatan rasa mengenai buku yang ditulis secara sederhana di dalam blog ini.
Namun, saya percaya, ulasan bukanlah satu bidang yang memerlukan kepakaran khas untuk melakukannya [menulis ulasan]. Ia lebih kepada kesedaran yang tinggi ketika membuat ulasan, tidak kiralah ulasan buku, rancangan televisyen, filem, masakan, atau apa sahaja.
Apa yang penting, ketika mengulas, segala maklumat perlu diketahui dengan jelas dan bukannya sekadar tempelan atau omong kosong menyedapkan rasa apatah lagi semata-mata untuk membodek atau ‘dibayar’ untuk menaikkan rating sesuatu yang diulas.
KOMA
Ada beberapa perkongsian yang menarik. Saya kongsikan urlnya di sini;
http://anuarmanshor.blogspot.com/2010/02/ulasan-buku-penting-dalam-industri-buku.html
Di dalam artikelnya, Anuar Manshor menjelaskan kepentingan ulasan buku dalam dunia perbukuan.
http://edukasi.kompasiana.com/2013/03/13/7-cara-jitu-menulis-resensi-buku-542544.html
Url kedua ini yang saya anggap perlu dikongsikan, menyenaraikan beberapa tips asas dalam kerja-kerja mengulas buku.
Juga saya kongsikan dua ulasan buku yang pernah saya tulis dan memenangi pertandingan ulas buku.
https://psittacula.wordpress.com/2012/05/31/gadis-oren-teropong-masa-lampau/
https://psittacula.wordpress.com/2011/05/16/facing-the-harbour-menyelami-dunia-wanita/
Ini ulasan buku oleh salah seorang pemenang utama ulasan tahun lepas;
http://muhammadlutfi.blogspot.com/2012/05/ibn-khaldun-dari-nubari-mohammad.html
KOMA
Okey, sekarang mari kita berkongsi ilmu membuat ulasan buku yang baik.
Pertama sekali betulkan NIAT.
Ini pesanan yang penting kepada pengulas – sama ada ulasan itu dihantar untuk pertandingan atau ditulis untuk mendapatkan imbuhan (ada majalah yang membayar ulasan buku yang ditulis), atau sekadar suka-suka menulis ulasan di blog peribadi, niat yang utama ialah ‘berkongsi nilai buku yang diulas’.
Buku yang mempunyai nilai baik [tema dan cerita yang dibawa, gaya bahasa, dan sebagainya], wajar dikongsikan kepada umum, agar buku yang sebegitu akan terus hidup dan dimanfaatkan oleh masyarakat.
Buku yang mempunyai nilai yang buruk [boleh menyeleweng akidah, bahasa yang buruk, tema yang tak sesuai dengan beberapa sasaran pembaca dan sebagainya] pula, juga perlu diulas agar masyarakat tahu kewujudan buku tersebut dan mengelak untuk dibaca.
Bagi saya inilah tujuan utama kita mengulas sesebuah buku. Kita mahu sebarkan kebaikan dan mencegah keburukan buku tersebut kepada masyarakat.
Buku yang popular tidak semestinya berkualiti. Buku yang berkualiti pula selalunya tidak popular.
Mari kita popularkan buku berkualiti dengan menulis ulasan mengenainya.
Mudah kan?
Seterusnya saya kongsikan tips-tips asas mengulas buku.
- Tajuk ulasan – Tulis nama buku dan tajuk kecil (tagline) yang merangkumi keseluruhan buku. Pilih tajuk yang ‘catchy’. Rujuk tajuk-tajuk akhbar tempatan yang menggunakan ayat ringkas tapi menggamit pembaca untuk membaca keseluruhan berita. Begitulah. Contoh; Kuasa Kata – Apabila kata-kata menjadi cinta! (Buku Kuasa Kata karya Mahaya Mohd. Yassin)
- Perenggan pertama ulasan, boleh sahaja tulis tentang petikan-petikan menarik dalam buku tersebut (rujuk ulasan Gadis Oren yang saya tulis). Boleh juga memuatkan pendapat peribadi tentang buku, latar belakang buku dan penulis dan ciri-ciri teknikal buku.
- Isi – tulis pendapat peribadi beserta fakta tentang apa sahaja yang mahu dikongsikan kepada pembaca tentang buku itu. Dalam bahagian ini saya bagi tips bagaimana mahu menulis keistimewaan atau perkara penting tentang buku yang diulas – semasa membaca, buat nota ringkas – tentang apa sahaja yang menarik untuk dikongsikan. Dengan itu, kebanyakan isi ulasan akan kita peroleh dengan mudah tanpa menyelak-nyelak kembali buku tersebut.
- Jika boleh, ambillah gambar buku dari pelbagai sisi atau gambar-gambar dalam buku [jika ada], dikepilkan bersama ulasan. Ilustrasi boleh buat jiwa pembaca tenang sebelum meneruskan bacaan ulasan.
- Masukkan pendapat-pendapat orang lain mengenai buku ini – boleh sahaja setuju atau tidak setuju dengan pendapat orang lain.
Tips ringkas ;
- Pilih buku yang paling kita sukai atau beri kesan secara mendalam kepada kita.
- Usah fikir ketebalan atau kenipisan buku akan mempengaruhi kehebatan sesebuah ulasan.
- Gunakan gaya bahasa sederhana. Elakkan menulis dengan menggunakan istilah-istilah yang berat. Tugas pengulas ialah memudahkan pembaca memahami buku itu.
- Panjang atau pendeknya ulasan tidak penting. Yang penting isi yang ingin disampaikan.
- Buku lama atau buku baharu juga bukan faktor penting untuk ulas buku. Namun, ia akan beri kesan juga akhirnya – Jika buku baru, ia akan laris dipasaran. Jika buku lama, kemungkinan akan diterbitkan semula hanya kerana ulasan anda.
- Elak memasukkan terlalu banyak pendapat pengulas lain. Sebaiknya tekalkan dengan ulasan dari perspektif sendiri.
- Sebaiknya, masukkan maklumat lengkap buku – penulis [sedikit latar belakang penulis], buku-buku yang segenre dengannya atau buku-buku yang ada kaitan sama dengan buku yang sedang diulas, penerbit, siri-siri lain, dan sebagainya
- boleh sahaja masukkan cerita dari buku lain yang punya kesamaan dengan buku yang diulas tapi jangan terlalu banyak sehingga menenggelamkam topik utama – buku yang sedang diulas.
- Paling penting, gunakan bahasa Melayu/Inggeris standard.
Dah banyak sangat kot. Okeylah, berhenti! Jika ada tambahan tips, boleh kongsikan.
KOMA
Tahun ini, saya tidak layak menyertai pertandingan ulasan buku seperti tahun-tahun sudah. Ikhlas, jika saya layak pun, tujuan saya bukannya untuk menang. Ia lebih kepada keterujaan berkongsi buku yang menarik. Di dalam blog ini juga, ada beberapa buku yang saya ulas sekadar untuk tatapan umum.
Selamat berusaha kepada kawan-kawan yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan ulasan untuk Pertandingan Ulasan Buku yang dianjurkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sudah beberapa tahun pertandingan ini dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hadiah tak kurang hebatnya. Lihat sahaja tahun ini, hadiahnya menarik dengan tambahan baucer buku yang nilainya 10 kali ganda nilai buku.
Harapan saya, penerbit-penerbit lain turut mengadakan pertandingan ulasan buku sepertimana yang ITBM lakukan. Saya pasti ada beberapa institusi pernah mengadakan pertandingan ulasan buku, cuma tidak diuar-uarkan sahaja.
Ulasan buku (khususnya), mempunyai kesan yang besar dalam mengubah lanskap dunia perbukuan di Malaysia. Malah, paling penting ia banyak membantu masyarakat Malaysia dalam memilih buku yang baik untuk dibaca, mengetengahkan buku yang wajar dibaca dan akhirnya mendidik masyarakat agar lebih gemar membaca.
Selain itu, paling penting, kita membawa buku-buku ke ‘perut’ dunia dan membincangkannya agar buku itu tidak tenggelam di ‘perut’ bumi. Rugi jika buku yang baik tidak dibincangkan secara meluas.
Yuk, kita ulas buku!
Mei 15,2013 at 2:30 pm
Tips yang baik, terima kasih jugak sebab berkongsi.
Maaf, aku baru tahu yang wujudnya pertandingan menulis ulasan ni. Ada baiknya tu.
Mei 15,2013 at 2:32 pm
Semoga beri manfaat. Terima kasih sudi baca.
Mei 15,2013 at 7:08 pm
terima kasih.. tips yang memberi kesan terus ke hati..
akan cuba digunapakai π
Mei 16,2013 at 8:40 am
Kalau berkesan, hantar ya. π
Jun 13,2013 at 12:49 pm
Terima kasih, puan. Awak, saya ibaratkan sebagai guru dalam dunia perbukuan walaupun umur kita sebaya. Sangat membantu usaha terbaru saya selain terus mahu menekuni pelbagai genre buku melalui pembacaan. Ulasan buku adalah untuk perkongsian ilmu. Saya mahukan bakat itu.
Jun 15,2013 at 12:22 pm
Assalamualaikum Tuan bayan,
Sebenarnya saya amat tertarik dengan perkongsian tip untuk menulis ulasan buku dari tuan . Saya juga menulis tentang ulasan buku atau perkongsian tentang buku yang saya baca yang saya rasa amat menarik. Perkongsian saya adalah berpandukan kepada pemahaman saya tentang buku yang dibaca dan juga ‘wow’ faktor yang terdapat dalam buku tersebut.
Sudi-sudikan lah melawati blog saya, saya berharap tuan dapat memberi pendapat serta perkongsian serta pengalaman tuan.
Mei 18,2014 at 4:42 pm
………
Mei 18,2014 at 4:42 pm
I don’t like
Oktober 18,2014 at 10:32 am
Trima kasih di atas perkongsiannya…
Julai 4,2016 at 9:00 am
Reblogged this on Bruise Pain.
Mei 6,2018 at 9:44 pm
HELLO
Ogos 5,2019 at 10:37 am
Thank very much utk tips membuatkan Ulasan Buku..sangat2 membantu, simple dn mudah difahami penjelasannya. God Blessed
Jun 23,2020 at 4:07 pm
Tulisan ini pun sudah jadi ulasan buat saya yang baru berjinak-jinak mencari ilmu mengulas buku. Terima kasih saudara… Sy mohon halalkan ilmunya…sy jadikan tulisan saudara sebagai panduan.
September 21,2020 at 11:50 pm
bolehkah saya menambah pantun pada permulaan ulasan buku?
November 4,2020 at 9:39 pm
[…] think no one else will read a review of the stuff you bought long time ago. But Bayan said in this post, saying it doesn’t matter at all whether you write a review of the new book or the old ones […]
Mei 11,2021 at 1:28 pm
Adakah pengulas perlu mempunyai kriteria / pengiktirafan tertentu sebelum mengulas sesebuah buku?