“Saya tidak suka karipap yang dibeli di kedai. Saya hanya makan karipap yang emak buat atau saya buat sendiri,” jelas saya kepadanya yang mempelawa saya menikmati karipap yang dibelinya.
Saya nyatakan itu kepada kawan-kawan saya.
KOMA
Karipap-Karipap Cinta (KKC), karya keempat Nazri M. Annuar. Buku setebal 254 tidak termasuk kulit ini diterbitkan oleh PTS Fortuna [Pts Publication] dengan ilustrasi kulit muka buku yang menarik dan comel.
Menguliti KKC, bagaikan menonton sebuah filem yang sederhana temanya tetapi memberi impak yang besar. Ia tentang cinta. Tentang hidup. Tentang agama. Tidak mustahil jika saya kategorikan juga novel ini sebagai karya Islami. Apa yang penting ia penuh dengan gelak tawa. Sedari muka surat pertama, saya sudah tergelak-gelak sendiri. Ini novel komedi-romantik.
Cerita bermula apabila Ali jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah. Cerita tentang karipap awalnya nampak seperti tidak memberi kesan dan timbul tanggapan bahawa karipap hanyalah isu picisan dalam novel ini. Sekadar mahu menampakkan ia lucu dan menarik. Memang lucu. Namun, karipap bertukar menjadi konfik utama di akhir babak apabila karipap dijadikan syarat utama untuk memenangi hati Sarah. Agak kelakar. Memang kelakar. Suasana persekitaran yang digambarkan oleh penulis mengenai latar belakang kedua-dua watak begitu jelas dan mudah difahami.
Penulis menemukan titik yang harmoni antara dua watak yang berbeza karakter. Ali dan sarah bagai langit dengan bumi. Bagai enggang dengan pipit. Jauh panggang dari api. Ali seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah dan akhbar. Tiada latar belakang pendidikan agama yang kukuh namun punya hati yang mulia dan semangat cinta yang besar. Sarah pula seorang graduan dari Mesir. Karakter Sarah dihadirkan dalam perwatakan gadis luar biasa, bijak, cantik dan mempunyai persepsi yang moden tetapi masih menjaga tatatertib dan syariat. Watak-watak yang dihadirkan dalam KKC begitu semulajadi.
Dalam novel ini persoalan cinta yang menjadi isu sewarjagat diadun dengan cantik melalui pendekatan islami. Agama tidak memandang darjat dan latar belakang seseorang. Apa yang penting ialah ketaatan hamba-Nya menjadi khalifah kecil di muka bumi melalui perlakuan-perlakuan seharian.
Saya suka isu ‘menipu’ yang menjadi plot yang bergerak dengan cantik dalam novel ini. Kerana cinta, Ali menipu. Dan penipuan itu menunjukkan kesan yang tidak baik. Bagaimana cara Ali menangani penipuan yang telah dilakukan di langsaikan dengan babak yang menarik juga.
Sama seperti Opera Angkasa, gaya bahasa penulis ini mudah diterka. Tidak terikat dengan hukum berbahasa iaitu gaya perbualan harian yang semakin mendekatkan pembaca dengan cerita yang disampaikan. Namun, hati-hati dengan lambakan unsur sindiran, sarkastik, dan bahasa spontan yang dituturkan oleh watak. Bimbang ianya kurang difahami oleh pembaca seterusnya merencatkan pemahaman pembacaan. Juga sepertinya ada campur tangan penulis di dalam pemikiran watak. Saya percaya ini tidak salah dan disengajakan. Inilah gaya penulisan penulis novel ini yang tidak perlu diubah.
Namun, babak bagaimana Datuk Razali Bunari mendapat hidayah agak membosankan dan boleh diganti dengan adegan yang lebih menyengat.
Dari kaca mata seorang editor [tahap sederhana], saya juga menemui kecacatan dari aspek ejaan dan tanda baca yang boleh membuatkan ‘mood’ membaca tersekat-sekat. Malahan, terdapat juga ayat-ayat yang mungkin tidak betul susunannya yang membuatkan saya membacanya berkali-kali.
Contohnya :
‘Lebih kerana dia tidak berpeluang menonton televisyen kerana ruang tamu sudah dipenuhi dengan barang-barang pembuatan karipap.’
“Tidakkkkk!!!“jerit Ali sambil menghentak penghidup tendang motosikalnya.
Hal ini mungkin boleh diperbaiki oleh editor yang menyunting manuskrip ini. Walaupun ia hal kecil, namun masih perlu diambil berat apatah lagi novel yang mempunyai gaya bahasa yang pelbagai begini.
********
“Kacak juga Muaz ya,” pancing Ali.
Sarah angguk. “Ya, dia antara pelajar terkacak semasa saya belajar dahulu.”
Laut tempat Ali memancing mula bergelora. Bahaya untuk bot-bot kecil seperti Ali.
KOMA
Saya tulis dalam Facebook bahawa minggu ini minggu saya membeli buku. Namun, apabila novel ini berada di tangan, saya terus baca.
Ia tentang kehidupan dan cinta yang sederhana tetapi memerlukan semangat yang besar. Ia tentang kita. Tentang manusia yang mencari cinta dan mendapatkan cinta dengan apa cara sekalipun. Terima kasih kepada penulisnya yang berjaya menghasilkan cerita sebegini.
KKC akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Dapatkan naskhah ini di sana.
Ini buku ke-11 untuk tahun ini. Dan buku kedua yang saya ulas di blog saya.
Mac 17,2010 at 1:04 pm
Mahu beli. Menarik.
Mac 18,2010 at 5:02 am
Sila beli, berbaloi.
Mac 17,2010 at 4:18 pm
Syabas kepada penulis novel ini.
Ulasan yang bagus.
Mac 18,2010 at 5:03 am
Terima kasih.
Mac 17,2010 at 5:38 pm
Menarik. Insya ALLAH akan beli nanti.
Mac 18,2010 at 5:03 am
Silakan.
Mac 20,2010 at 2:46 pm
Sudahkah kamu habis baca? Dari 5 bintang, berapa yang kamu beri?
Mac 22,2010 at 8:34 am
Ya, saya sudah habis baca. Kerana itulah saya membuat ulasan. Dari lima bintang, saya beri 4.8
Mac 20,2010 at 8:32 pm
saya membeli KKC kerana saudara kerap ‘mempromosikan’nya di FB. iya, saya juga seronok membaca KKC. setuju juga dengan pandangan saudara tentang babak kesedaran Datuk Razali Bunari. tidak mungkin seorang yang kasar sebegitu hanya boleh dilembutkan hati dengan kisah cinta pekerjanya? hmmm…
Mac 22,2010 at 8:33 am
Mungkin boleh juga Datuk Razali Bunari insaf kerana itu. Cuma babak keinsafan itu sepatutnya lebih mendalam dan menyengat.
Mac 21,2010 at 12:09 am
Saya belajar perkataan baru – penghidup tendang. haha. Tidak sangka ada juga perkataan begitu. hebat.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penghidup_tendang
Mac 22,2010 at 8:32 am
Wah, saya fikirkan tersalah tulis. Rupanya memang ada penghidup tendang itu. Syabas kepada penulis kerana memperkaya minda pembaca.
Mac 26,2010 at 7:35 pm
Kiranya garisan yang dibuat terhadap perkataan itu kerana salahnya penghidup tendang itulah ya? Baru ingat nak tanya kenapa digariskan. Jadi, ayat itu betullah, begitu?
Mac 27,2010 at 12:58 am
Ya.
Mac 22,2010 at 9:22 am
Buku ini patut diwayangkan.
Mac 22,2010 at 8:20 pm
Ya, seorang rakan saya yang terlibat dengan produksi filem dan drama telah menyatakan keinginannya mahu memfilemkan atau mendramakan novel ini.
Mac 23,2010 at 11:33 am
Setuju. Khabarkan kepada teman saudari, jangan terlalu memilih pelakon yang GAH sangat, cerita ini , cerita orang biasa-biasa, kalau dilakokan oleh pelakon dari kalangan orang biasa-biasa (syaratnya berbakat dalam lakonan), mesti lagi Ump.
Cik jadi watak Sarah boleh ? 😀
Mac 23,2010 at 11:49 am
Ya, macam KCB. pelakonnya berbakat walaupun tak gah.
Saya tidak boleh jadi Sarah. Saya suka jika Husna Adnan jadi sarah.
Mac 23,2010 at 12:53 pm
Sudah membeli di PBAKL tapi masih belum sempat membacanya, kekangan masa. Macam menarik jer. Boleh buat Skrip cereka ni.
Mac 29,2010 at 6:17 pm
salam,
saya baru sahaja beli,
mula2 tu rase was2 juga nak beli
takut ceritanya picisan sahaja
tapi memang seronok bila dah baca.
thanks coz ulas buku ni.
Jun 4,2010 at 10:28 am
Cover macam DVD jek…
Jun 14,2010 at 5:29 pm
boleh thn juga..
Julai 15,2010 at 7:55 am
Sangat menarik. Terima kasih atas resensi ini. Saya memang mencari-cari orang yang telah membaca buku ini. Sekadar penilaian sebelum buku KKC dibeli 😀
Ogos 9,2010 at 1:33 pm
dahhabis baca..suka biler sarah cakap “Ya, dia antara pelajar terkacak semasa saya belajar dahulu.” ohh myy…hahahha
macam kembali ke zaman sekolah2..sebab tue salah satu cara kiter orang cakap akan kekacakan seseorang.. :p
Ogos 23,2010 at 1:36 pm
kat ner leh beli novel nie..??
interesting..
Disember 22,2010 at 11:23 pm
mesti cari………
Februari 15,2011 at 8:49 am
saya dah baca novel ni..sangat menarik perhatian saya dan ingin membaca nya lagi..
Mac 20,2011 at 11:40 pm
[…] Boleh juga jengah blog penulis buku ni di dunia-vovin.com. Boleh juga baca ulasan buku ini di laman psittacula.wordpress.com (kagum sambil iri hati dengan penulisan ulasan yang sangat baik) http://www.dunia-vovin.com/ […]
September 3,2011 at 4:04 pm
best cite die
klu boleh buat yg ke2 cer citer
x tahu nk komen apa lagi haha
September 7,2011 at 6:17 pm
Cerita dalam novel atau filem?
Mac 18,2012 at 1:44 pm
aku ni x reti nak comment mcm tak best cerita dia yang difilem kan tapi aku baca macam sedap jer karipap yamyam………………….
Mac 20,2012 at 8:56 am
Novel dan filem ialah medium yang berbeza dari dua kaca mata yang berbeza iaiatu penulis dan pengarah filem.
Memang bukunya lebih baik dari filem.
Tetapi lebih baik jika kedua-duanya best. 🙂
Jun 11,2017 at 11:13 pm
[…] Boleh juga jengah blog penulis buku ni di dunia-vovin.com. Boleh juga baca ulasan buku ini di laman psittacula.wordpress.com (kagum sambil iri hati dengan penulisan ulasan yang sangat […]
Oktober 20,2018 at 11:24 pm
[…] Boleh juga jengah blog penulis buku ni di dunia-vovin.com. Boleh juga baca ulasan buku ini di laman psittacula.wordpress.com (kagum sambil iri hati dengan penulisan ulasan yang sangat baik) […]
Mei 6,2020 at 12:37 am
[…] Boleh juga jengah blog penulis buku ni di dunia-vovin.com. Boleh juga baca ulasan buku ini di laman psittacula.wordpress.com (kagum sambil iri hati dengan penulisan ulasan yang sangat baik) […]