Pagi ini matahari senyum.
Puteri pipit terbang menuju ke sebuah astaka minda yang berdekatan dengan Astaka ‘D’ yang merupakan tempat Nakhoda Enggang bersemayam.
Puteri pipit harus ke sana. Bukan menyerah diri untuk didenak.
Nakhoda Enggang datang dengan megah. Sayapnya dikibas dengan penuh elegan.
Puteri pipit tersipu. Sayap kanannya menjinjit bakul kecil, yang kiri pula sibuk mengutip ‘buah hutan’ yang lazat.
Uwoop! Uwoop! (Bunyi kongkang dan burung undan pun boleh ni. Ha ha ha.)
*’buah hutan’ bermaksud buah-buahan yang ada di hutan. memang lazat la…
*Hikayat Nakhoda Muda sudah ada ditangan. Misi bermula. Oh ya, dalam hikayat ini ada burung bayan. Terima Kasih jejaka penghembus api!
April 4,2008 at 11:58 am
Ok, Kasih di terima. HA HA.
April 4,2008 at 3:28 pm
Pak belang juga yang dibelit sawa. Ha Ha. hampeh.
April 4,2008 at 4:33 pm
“Naga dan Rimau. Dua perkara yang harus kamu elakkan.” kata seorang teman yang senyumnya manis seperti madu.
“ya”, saya jawab acuh tak acuh.
Dan sekarang saya sibuk mengacuh naga dan rimau yang sering berkeliaran di halaman. Bahaya woo…
April 4,2008 at 8:26 pm
Apakan daya, liepan cuma merayap di tanah basah berlembah cuma….hahha… (suka2 jer nak menempel sama)
April 8,2008 at 9:06 am
kemat, liepan lagi bahaya. Menyengat kala kita leka. dan sengatannya boleh membunuh jiwa. Jangan nakal-nakal sangat ye.
Disember 13,2019 at 4:03 pm
Beri saya cerita yang lengkap