Album Kehidupan


Semalam hujan. Cantik dalam dingin. Jatuh cinta untuk kali yang entah ke berapa. Hari ini saya tidak tahu sama ada hujan turun lagi atau tidak. Juga tidak tahu sama ada saya akan bernafas untuk berapa hela lagi. Semoga dipanjangkan umur buat saya dan semua.

KOMA

Hujan. Banyak tafsirannya.

Lebih kepada emosi : pilu, sedih dan emosi-emosi yang membawa kepada kepiluan hati.

Hujan itu air mata. Katanya. Saya biarkan sahaja kerana dalam jiwa ada banyak cerita tentang hujan.

Ia tidak terucap. Tidak tercatat.

Hujan tidak menentu sejak tahun lepas. Tidak ikut musim lagi. Banyak perkara jadi tidak menentu.

Nelayan yang biasa menyusun atur jadual untuk ke laut tiba-tiba runsing dengan permainan cuaca ini.–> Insya Allah, ada rezeki yang lain yang telah Tuhan sediakan untuk hamba-Nya yang sentiasa berdoa.

Penunggang motorsikal pula sudah tidak percaya kepada mentari yang cerah di pagi hari yang tiba-tiba dalam masa beberapa minit hujan turun tanpa wacana. –> Bawa sahaja baju hujan untuk menunjukkan keredhaan kita terhadap apa juga yang menghalangi perjalanan.

Melihat langit sudah menjadi satu tertib untuk memulakan perjalanan. –> Mulakan sahaja dengan doa. Insya Allah, dipermudahkan segala perjalanan tidak kira panas atau hujan.

Ahh..hujan lagi. Tergendala lagi segala agenda. –> Tidak mengapa, ada hikmah yang besar di sebalik ‘rehat’ ketika hujan.

KOMA

Masih mengingati hujan semalam. yang sungguh deras berjatuhan dari langit. Awan-awan mula menipis. Dan akhirnya mentari mencelah dengan hangatnya.

Ya, sejak setahun yang lalu…kisah hujan masih belum mampu saya tafsirkan dengan kata-kata dan cerita. Hujan turun dan terus turun. Saya masih buntu dan terus buntu. Sepertinya, titis air hujan dingin yang suci itu belum mampu menghilangkan karat yang bertampuk di hati dan turunnya ke jemari. Maafkan saya tuan yang setia menunggu.

DSC_0656-Edit

Rintihku di sudut itu,

“Aku masih di sini!”

Tuhan menjawab di ruang tiada bersudut,

“Aku masih di sini!”

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Semoga dipanjangkan umur yang berkat dan dilimpahi rahmat bertingkat.

dingin

ketika kau bicara
tentang dosa dan pahala
dalam dingin,
aku katakan;  iya, aku tahu
padahal aku tidak mengerti apa

Sambil terus buat-buat mengerti.

pasir

“Kenapa?” tanya dia sekadar berbasa-basi.

“Kadang tak perlu tahu sebabnya,” tingkah saya juga berbasa-basi.

KOMA

“Kebenaran itu kadang memedihkan”.

Kerana itu tidak semua perkara harus dicanangkan.

buntu

Antara kamu berdua, perlukan pilihan dari saya. Perlukah saya memilih sedangkan kamu berdua ada di hati. Yang paling dalam. Cuma masa yang kadang saling bertelagah membuatkan saya rimas dan tak mampu mencintai kamu berdua. Saya tewas.

spekSaya cinta ‘menulis’. Virus ‘M’ bunuh dia.

cover

Saya cinta ‘fotografi’. Virus ‘M’ bunuh dia.

Jika sudah kehabisan nafas dan mencungap menuju ke titik tujuan, berhentilah seketika.

Tiada apa yang mengejar kamu. Tiada siapa mengejar kamu.

Berehat.

Dugaan dan ruang kita berbeza. Jangan sesekali menyamakannya.

Kuciptakan janji irama tra..la..la…la…laa -kuciptakan ingkar irama tra…la…la…la..laa….

Usai membaca Tunggu Teduh Dulu, karya Faisal Tehrani. Selama seminggu bermula Sabtu yang lepas. Ketika hujan turun, setiap hari. Seolah meminta manusia berteduh dahulu.

Berteduh dahulu dari segala asakan yang bertalu-talu menyimbah jiwa.


Dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

(Matahariku- Agnes Monica)

Saya sangat letih.

Maaf.

Kempen selamatkan bukit gasing dari diceroboh oleh pemaju. Rasanya sudah lama diperjuangkan oleh aktivis pencinta alam.

http://savebukitgasing.wordpress.com

Sudah berlalu….Tapi masih perlu usaha menyelamatkan bukit gasing yang dikatakan menjadi kawasan tadahan hujan untuk kawasan sekitarnya.

Pameran dan pengenalan tentang senjata tradisional. Bukunya berharga RM250. Memuatkan keris dan senjata tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Selangor.

Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa – Persembahan oleh kanak-kanak sempena Pelancaran VCD : Tari dan Dendang Si Manja 1

Melukis. Orang dewasa jadi pengawas atau pengacau?

Buku yang menarik bukan?

Sekitar pesta buku….

Jangan lupa janjitemu kita esok bersama penulis novel Ayat-ayat Cinta – Habiburrahman El-Shirazy

ila-526.jpg
Di mana kamu? 
ila-524.jpg
Saya di sini. Mencari Macro lens.

ila-468.jpg

Tunas baru

ila-489.jpg

Tunduk Mengalah

ila-510.jpg

Cuma Aku Yang Hidup

ila-520.jpg

Bertelur Sebiji Riuh Sekampung

ila-512.jpg

Tamat Perkhidmatan

*Demam sesudah memangkah!

 

ila-358.jpg
ila-367.jpg
ila-369.jpg
ila-376.jpg
ila-378.jpg
ila-382.jpg
ila-384.jpg
ila-387.jpg
*gambar sedikit blur sebab snap dari dalam kereta yang dipandu laju oleh jejaka itu. Juga kerana masih dalam proses belajar mengambil gambar.

Buang yang keruh, ambil yang jernih…

raincloud.gif

Laman Berikutnya »