…Tidak syak lagi Saasatul Ibaad adalah karya Faisal Tehrani yang paling bercita-cita besar, dan provokatif. Membaca Saasatul Ibaad ke halaman akhir adalah sebuah pengalaman sejarah yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Dan ayat akhir yang saya baca di bahagian belakang novel Saasatul Ibaad ini di sambut dengan suara Mazidul dan Habsah Omar (Abby) dalam Malaysia Hari Ini.

KOMA

Mazidul dan Abby membacakan paparan surat khabar tempatan tentang hal politik negara, ‘Penyokong BN Boikot Anwar‘.

Surat khabar masih dengan ‘jumudnya’ menyiarkan berita yang sia-sia dan menyimpang dari logik akal. Dan akhirnya tanpa disedari mencalit arang ke wajah orang yang dikendong iaitu pemimpin UMNO dan BN sendiri.

Malah, ada ketikanya hanya seorang menteri, dua timbalan menteri dan tidak sampai 10 Ahli Parlimen BN berada di dalam dewan ketika Anwar berucap, selain beberapa menteri kelihatan mundar-mandir di lobi Parlimen atau berada di kafe.

  1. Memang perlu keluar masuk dewan untuk berehat dan mungkin membuang air. Duduk lama-lama dalam dewan, boleh mengejangkan otot dan membantutkan minda. Jika Pak Lah yang berucap, hal yang sama akan berlaku juga.
  2. “Beberapa menteri kelihatan mundar-mandir di lobi Parlimen atau berada di kafe” – paparan yang menunjukkan pemimpin kita tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan dewan sesuka hati.

KOMA

Perlakuan ‘Saasatul Ibaad’ itu menjalari fikiran saya pagi ini. Sehingga novel yang dihadiahkan oleh seorang teman ini tidak sabar untuk saya terokai walaupun tubuh novel ini masih ‘berbogel’ – suatu larangan bagi saya untuk memegang atau membaca novel yang masih ‘bogel’. Bimbang cedera dan tercalar badannya akibat kelasakan tuannya.

Sekilas teringat juga pesan Sasterawan Negara A. Samad Said bahawa yang mengayakan seseorang pembaca bukan selonggok buku yang ada dalam simpanannya tetapi selaut ilmu dan pengajaran yang terkandung di dalam buku tersebut berjaya mengubat dan menambah kebijaksanaan si pembaca.

KOMA

Menanti halaman akhir novel ini seolah saya berada pada zaman yang digambarkan dalam novel ini. Ya, saya merasakan berada pada zaman itu. Zaman kekacauan politik yang entah bila akan berakhir.

Baca juga :

Simpan Buku Dalam Otak!
Pantun Melayu Hebat


Pagi ini, suara khairil Rasyid yang biasanya hadir bersama suara Puan KE dan Encik SY, didengari secara solo di Sinar Fm. Dan itu lebih baik kan?

Khairil tanya pendengar Sinar fm, sama ada sempat atau tidak mengisi minyak dengan harga lama semalam? Ramai yang kata sempat. Dan ada juga yang tidak sempat.

Apa bezanya sempat atau tidak? Minyak merupakan satu keperluan kepada mereka yang mempunyai kenderaan persendirian. Hendak atau tidak, akan berhadapan juga dengan situasi harga minyak yang baru kan?

KOMA.

Malam tadi berita di televisyen memaparkan tajuk kecil yang jika dibaca dengan kuat akan berbunyi begini “Berkuatkuasa tengah malam ini”.

Dan huraiannya, harga petrol naik RM 0.78 dan diesel RM 1 seliter. Menjadikan harga baru petrol menjadi RM 2.70 dan diesel RM 2.58 seliter.

Berita itu tidak menyentuh hati saya kerana pakaian Norazlina A’ala, maksud saya tudungnya, sangat cantik. Warna hijau.

Selepas itu ada Pak Lah kat televisyen. Cakap pasal subsidi, bantuan kerajaan, bla…bla…bla…

Saya jenguk ke luar tingkap. Melihat keadaan stesen minyak yang berada lebih kurang satu kilometer dari tingkap rumah saya.

Sesak!

Saya tidak terkesan juga. Mungkin kerana saya tidak akan membeli petrol kerana saya tidak punya kereta pada masa ini.

KOMA.

Pagi ini, tiba-tiba otak saya menerawang kembali tentang berita malam tadi. Ini semua gara-gara saya harus membayar RM2 kepada encik bas untuk perjalanan ke pejabat yang sebelum ini hanya bernilai RM1.50.

Dan saya memikirkan kemungkinan barang-barang atau perkhidmatan yang bakal naik berikutan kenaikan harga minyak ini.

Aduhai!

bahagia-1.gif

Katanya : kita bahagia bila melihat orang lain bahagia. Jika hanya kita sahaja yang bahagia, tetapi orang lain tidak bahagia, itu bukan bahagia namanya.

katanya lagi : bahagia itu berbeza tafsirannya dalam diri setiap manusia. Ada yang bahagia mencintai dan dicintai. Ada juga yang bahagia hanya dengan berdiam diri.

BAHAGIA itu sebenarnya ada dalam diri. Cuma kita yang menolaknya ketepi kerana ego yang akhirnya memakan diri.

BEKU

 

Semalam Pak Lah kata jadikan bunga-bunga sebagai penghias laman…suatu waktu dahulu Pak lah pernah berkata..jadikan herba sebagai penghias laman.

Hari ini adik dah pening sebab nak tanam bunga atau herba. katanya kalau tanam dua-dua, takut termakan bunga yang disangka tanaman herba.

Saya berkata, seeloknya tanamlah dua-dua, dibelakang rumah tanaman herba, dihadapan rumah pula tanaman bunga.

Adik berkata lagi…kak, rumah kita sekangkang kera, mana ada belakang rumah dan laman depan pula hanya boleh memuatkan pasu bunga.

Saya berkata, jangan peningkan kepala mengikut saranan mereka. Buatlah yang kamu rasa bahagia.

Adik garu kepala. Nampaknya dia tak dapat mencari bahagia yang diperlukannya.