Gadis : Awak dah berubah kan? Tak macam dulu…

Jejaka : Lebih baik daripada awak yang tak berubah….

Maka ‘sekali air bah, sekali pasir berubah’ menjadi hukuman yang dikenakan ke atas jejaka dan gadis.

Kata gadis, jejaka umpama pasir. Berubah-ubah. Memeningkan.

Jejaka diam. Katanya gadis umpama ombak. Tak berubah. Memukul pasir  tanpa belas.

Gadis pula senyap. Wajahnya kelam. Dia berlalu. Meninggalkan tapak-tapak kakinya, di dada pasir.

Jejaka hanya memandang. Kemudian menjerit kepada gadis ;

Sekurang-kurangnya gadis, kau harus bersyukur. pasir sanggup berubah kerana mengikut alunan ombak yang kadangkala lembut dan kadangkala menggila.

Pasir terpaksa. Ombak memaksa.

Tapi kedua-duanya ciptaan Tuhan dan saling melengkapi.

Itu yang jejaka dan gadis tidak sedari.