Merenung wajah tuanya, tidak terlihat kepayahan atau kekesalan melahirkan dan membesarkan 17 orang anak. Dia Ibu Mithali 2007. Dan dia lambang kegigihan ibu yang tiada ternilai jasa dan pengorbanannya.

Saya ingin sangat anda membaca sedikit dialog bersama beliau semasa sesi sidang media tempoh hari……

WARTAWAN: Mak cik, apa perasaan mak cik selepas dinobatkan sebagai Tokoh Ibu Mithali kesembilan ini?

HAJAH ESHAH DIN: Tak sangka. Semua kuasa Allah. Rezeki anak-anak. Mak cik seronok dan bangga.

WARTAWAN: Semua anak-anak mak cik hadir?

HAJAH ESHAH DIN: Lima keluarga (anak) sahaja yang tidak hadir. Yang lain semua ada. Satu bas yang datang.

WARTAWAN: Mak cik, boleh cerita sedikit bagaimana mak cik membesarkan kesemua 17 orang anak mak cik?

HAJAH ESHAH DIN: Membesarkan anak yang ramai memang susah, tapi mak cik dan suami lebih rela tidak makan asalkan perut anak terisi. Walaupun makanan yang ada sedikit, ia akan dibahagikan sama rata. Sikit sama sikit, banyak sama banyak. Kadang-kadang anak yang datang dahulu siap ukur kuih tengok jika ada yang dipotong besar sedikit (disambut dengan derai ketawa para wartawan).

Bacaan lanjut sila ke BLOG INI…

Esok, PWTC akan bergema dengan senandung ibu mithali dan serentetan pengorbanan kaum ibu dalam melahir generasi yang membina bangsa dan negara pada hari ini.

kaki-1psd.jpg

Majlis ini akan berlangsung di Dewan merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh Seri PAduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan juga isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor serta beberapa para jemputan kehormat yang lain.

Majlis yang diadakan secara tradisi sejak tahun 1980 ini telah melahirkan ramai tokoh ibu mithali dari pelbagai latarbelakang. Tahun ini seramai 5 calon telah dipilih daripada 137 pencalonan dari pelbagai negeri.

Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui RTM 1 dan radio IKIM.

“Dan kami mewajibkan manusia berbaik budi kepada kedua-dua ibu bapanya; di mana ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kepayahan dn telah melahirkannya, juga dalam keadaan serba payah” [surah al-Ahqaf, ayat 15]