Perkara pertama yang terlintas ketika saya membaca kisah Kartini semasa sekolah dahulu ialah watak atau karikatur Kartini sangat cantik. Sempurna.
Perkara yang selalu saya buat tentang Kartini ialah bentuk huruf dan tulisan KARTINI itu sangat comel dan saya selalu menggunakan gaya tulisan yang sama untuk kerja-kerja seni saya seperti membuat kad ucapan buat kawan-kawan, menghiasi kulit depan kertas kerja saya dan sebagainya.
Perkara yang paling saya ingat tentang cerita Kartini ialah kata-kata keramat ‘tapi, apa yang paling kita nak, itulah yang takkan kita dapat’.
Sudah lama tidak menguliti ilustrasi kartunis Tembakau dan siri Kartini yang saya tinggalkan setakat babak cinta Yon yang tidak kesampaian pada Kartini.
Dan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, saya temui siri Kartini yang telah dibukukan di bawah Komik-M, PTS.
KOMA
Kartini merupakan kisah cinta zaman persekolahan. Mengapa siri ini begitu popular? Adakah ia hadir pada waktu yang tepat di kala itu tiada siri kartun yang memaparkan zaman persekolahan dan konflik cinta? Saya tidak pasti kerana waktu itu saya tidak banyak membaca.
Pada pendapat saya, siri ini popular sejajar dengan popularnya majalah Ujang dan Lanun ketika itu.
Ia tentang cinta. Mungkin cinta pandang pertama. Cinta yang masih mengkal. Berdasarkan rasa semata-mata. Kebodohan. kebijaksanaan. Persepsi tentang orang lain. Tindakan terhadap apa yang berlaku. Seakhirnya, cinta memberi banyak pengalaman.
Saya akui, kerana cerita Kartini, saya membina persepsi tentang cinta semasa zaman persekolahan. Berangan dan tersenyum. Sakit kerana cinta tidak berbalas dan bahagia apabila si dia hadir di depan mata.
Kisah Kartini, kisah cinta yang biasa-biasa tetapi dihadirkan dalam bentuk komik yang lebih mudah difahami.
Kisah Yon yang merupakan seorang pelajar seni yang tidak pintar berhubungan perasaan dengan Kartini, pelajar junior yang cantik dan bijak. Yon mendamba cinta dan mengekspresi makna cinta dalam hubungannya dengan Kartini. Manakala, Kartini pula mentafsir silaturrahim itu sebagai kawan yang istimewa.
Ini adalah konsep biasa yang dilalui oleh setiap manusia yang mula menyukai pasangan berlainan gender.
Tembakau mentafsir konsep cinta dan kawan dengan jelas dalam komik ini.
Ilustrasi Yon marah dan kecewa dengan menumbuk cermin, dinding dan membelasah orang lain memang akan berlaku jika cinta menguasai diri.
Kartini pula, yang berperilaku sedemikian iaitu tidak menyatakan rasa hati kepada Yon, mungkinkah menjelaskan konsep kawan yang didukungnya sehingga tidak mahu melukakan hati kawannya itu.
Sejujurnya, komik Kartini ini kisah sedih. Kisah cinta yang menjadikan manusia tidak faham akan dirinya. Saya sebetulnya tidak suka pengakhiran yang menyedihkan. Ia akan memberi kesan negatif dalam diri jika tidak disertai redha dan akal yang panjang berfikir.
Kisah kartini sebetulnya belum berakhir. ‘Kartini Kembali’ khabarnya adalah kesinambungan kisah Kartini. Namun, komik Kartini Kembali tidak saya temui di gerai PTS semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Saya akan mencari sambungan kisah Kartini bagi menghuraikan apakah kesudahan kisah Yon dan Kartini.
KOMA
Benarkah apa yang paling kita mahu, itulah yang takkan kita dapat?
Ada sisi yang jawapannya, ya.
Ada sisi yang jawapannya, tidak.
Ini buku ketiga yang saya ulas.
P.s : Ada seorang kakak senior semasa saya sekolah menengah dahulu yang wajahnya mirip kartini dan nama kakak tersebut juga Kartini. Misteri yang saya tidak tahu ada kaitannya dengan komik Kartini atau tidak.
Mac 24,2010 at 11:52 pm
Menusuk kalbu ulasan awak ni. Terkenang sejarah zaman remaja saya. Pahit dan manisnya bila mengetahui ada yang suka pada diri ini tapi…………….
Mac 25,2010 at 6:44 am
Kisah Kartini cukup dekat di hati pembaca majalah Ujang, terutama yang membesar bersamanya. Macam tengok siri Samarinda, tak sabar nak menanti keluaran Ujang seterusnya semata-mata nak tahu kisah Kartini. Ada juga yang jadikan Kartini inspirasi dalam pencarian cinta.
Sayang, sambungan Kartini Kembali kurang menyengat (pendapat peribadi). Mungkin penamatnya tak seperti yang saya harapkan.
Mac 25,2010 at 8:32 am
KARTINI..hmm..mmg dulu-dulu zaman sekolah, cukup minat baca cerita tu…masa tu mula kenal majalah ujang yg asal-usulnya dari majalah Gila-gila..rindulah zaman tu…zaman sekolah
April 1,2010 at 3:53 pm
teringat zaman sekolah dulu suka baca majalah ujang… ‘apa yg kita mahu itulah yang kita xdpt’ rasanya sesuai dgn hidup sy… apa2 pun kehidupan sekarang ini alhamdulillah
April 4,2010 at 12:16 pm
Datang melihat dan membaca.
April 10,2010 at 4:38 pm
penah bersembang dgn abg tembakau masa dia bli kuih kat tepi umah saya. (tembakau owg kg saya, arwah ayahnya(cikgu mat-alfatihah) adalah bekas guru besar saya semasa sekolah rendah, adiknya sebaya saya(saper igt bdk kecik dalam cite kartini tu masa yon kat kampung)
dialognya lbih kurang mcm ni:
(S)saya:abg, kartini yg abg lukis tu kisah benar ker?
(T)tembakau: mmg btol ler yob
S:kartini tu duk maner bang?
T:adela, kenangan jer tu
S:buku tu ada jual tk lg bang
T:ada, yob cr ler, jumper la nnt, assalamualaikum
dan beliau pun berlalu pergi….
dan beliau pun berlalu pergi lepas bli kuih
April 25,2010 at 10:08 pm
yang pasti,kisah Kartini ini amat mempengaruhi saya tika d hostel sekolah menengah.amat mendalam bg mereka yg menghayati watak2 dlm Kartini ini..terbawa bawa hingga ke U..1 kisah yg saya Tabik kpd Tembakau..
Mei 3,2010 at 11:05 pm
Sayangnya.. Komik Kartini ku ilang. Kini setelah bertahun-tahun mencari kat mana ada jual buku nih…
Jun 4,2013 at 12:42 pm
cube cek kat mudah… harga rm26 xsilap
Mei 7,2010 at 9:02 am
Assalamu’alaikum,
Semasa saya bersekolah dahulu, saya sukakan novel cinta ‘Hartini’ karangan Tuan Aziz Afkar.
Julai 8,2010 at 1:49 pm
Salam. Kartini, komik yg hebat. Kerana terpengaruh dgn kata2..apa yg kita nak tu takkan dapat’ nyaris2 saya menolak cinta sejati seorang lelaki pada saya. Dgn idea2 dari komik tu, saya buat scrap book rasa cinta saya pada lelaki itu yg kini telah 7 tahun menjadi suami saya. kartini dari Tembakau & Hartini dari Aziz Afkar..keduanya karya yang hebat!
Ogos 10,2010 at 6:38 pm
Cikpuan, buatlah juga sebuah cerita berdasarkan cinta cikpuan dan suami. Insya Allah, karya dari hati akan terpalit dihati pembaca juga.
Ogos 5,2011 at 5:03 pm
“ass’mualaikum..ANA..org mntk maaf byk2 dgn apa yg dh jd..xde niat nk main2kn perasaan awk masa tu tp tekanan pd masa tu n memory yg org ada about “wife” yg buat org serik n fobia..namun..tu sume adalah kenangan antara kt yg akan org igt hingga akhir hayat ini..apa pn,org tumpang gembira yg awk la ni ada family disisi awk..jgn ada benci antara kt n org harap dpt b’kwn lg ngan awk coz ank2 org masih igt n tnya psl awk..sori if org ganggu masa ceria awk kala ni..bkn ada apa2,just nk kata apa yg org xdpt luah since 2002..”
April 7,2012 at 9:24 am
peh.. yg mamat kat bawah nih ex bf akak ke?.. boleh plak jumpe kat sni.. sah2 due2 ke sini cri info pasal kartini.. dan konpem sah2 due2 pnah bace kartini nih.. jgn2 mse tuh mse tgh becinte, msti share2 perasaan ttg buku kartini nih hehehehe =))
Julai 30,2010 at 11:15 pm
mana nak dapat buku ni..merata dah saya cari…tolong la minat sangat kat buku ni..
Ogos 10,2010 at 6:36 pm
PTS publication.
Ogos 15,2010 at 4:56 pm
mna 2 pts publication??
Ogos 10,2010 at 2:08 pm
watak kartini yang diilustrasikan amat sempurna.tapi kenapa perlu ada qoute’tapi, apa yang paling kita nak, itulah yang takkan kita dapat’.semua ni amat mempengaruhi hidup saya sebagai seorang yang bernama kartini.erm…
Ogos 10,2010 at 6:35 pm
Ya, ceritanya cukup sempurna. Konflik yang dibawa sungguh baik dan mendalam. Saya tidak setuju dengan isu yang dibawa penulisnya iaitu cinta itu derita dan Yon beremosi ketika cintanya tak kesampaian.
Disember 20,2010 at 7:56 pm
Assalamualaikum, mane nak cari komik kartini nie…..infor kat saya
Ogos 26,2011 at 8:48 am
try beli online kat PTS Publications
Disember 20,2010 at 7:58 pm
sebab sy duk sabah….
Disember 23,2010 at 10:30 am
Boleh layari laman web PTS. Bookcafe menyediakan pesanan secara online.
Disember 21,2010 at 4:40 pm
mmm.. ingat macam zaman sekolah dulu
Mei 19,2011 at 12:51 am
tuan blog.leh cite asal usul kartini dgn lbh mndlm.adik junior nk tau.
kasasian 2003
Mei 20,2011 at 7:45 am
Cerita asal-usul yang bagaimana?
Jika mahu tahu kisah sebenar kena tanya penulisnya la. Kalau mahu tahu kisah dalam siri komik ini, kena la beli bukunya…
Jun 8,2011 at 6:38 pm
I LIKE THIS
I LOVE YOU R.A KARTINI
Ogos 25,2011 at 1:24 pm
like2
Ogos 25,2011 at 1:34 pm
mana perlu cr komik ne..krna komik yg lama telah ilang…rindu nk bca lg..
Ogos 26,2011 at 8:49 am
PTS Publicatio. Bleh beli online
September 4,2011 at 9:52 pm
masih ramai mencari ya?
Siapa dapat cara nak beli, tlg la inform, bertahun cari buku ni
September 19,2011 at 8:16 am
Beli secara online di book cafe PTS. Google.
September 16,2011 at 9:06 am
cinta pandang pertama memang indah..tambah lagi jika ia juga cinta pertama bagi sang jejaka..terkenang cinta pertama yang hadir tika zaman persekolahan, sungguh indah tatkala dijemput senyuman manis setiap kali berselisih disertai perasaan malu malu ketika berbicara..
‘kartini’ umpama dewi sempurna yang diturunkan dari kayangan..
hadirnya sentiasa membuahkan perasaan berbunga yang menerbitkan rindu..
tapi sayang..
” apa yang paling kita nak itulah yang takkan kita dapat…”
September 19,2011 at 8:16 am
Suka dengan kata-kata saudara.
Disember 8,2011 at 2:41 am
Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
Julai 25,2012 at 12:04 pm
van persie islam rupanya….alhamduLiLLah…
Ogos 28,2013 at 7:48 am
pada saya, ending asal Kartini tu dah cukup perfect..sejajar dengan tagline Kartini, apa yg paling kita nak, itu yg kita takkan dapat..
tapi tu la, saya tetap beli bila Kartini Kembali tu ada kat pasaran..ternampak sebenarnya, tu yg terus beli..tapi, bit disappointed sebab Kartini Kembali tak sesedap apa yg saya harapkan..
senang cerita, ending Kartini masa Yon dgn Kartini kat tepi pantai tu memang dah cukup sempurna. tambah pulak dengan ayat yg last tu, “kita hanya merancang, Allah yg menentukan”..
Januari 23,2014 at 1:52 pm
ada lagi jual tak komik ni? nak cari sebab yang part 1 da ada. huhuhuuh
Februari 5,2014 at 10:05 pm
Kartini dah pun kahwin, dengan 5 anak. Usia dah 40 tahun (2014).
Wujud rekod Kartini di SMKA dan sekolah tersebut memang wujud kerana saya pernah bertugas di situ.
Februari 11,2014 at 11:14 pm
sekolah yg ada taman cendawan.
April 29,2019 at 4:46 pm
macam tak percaya bila Tcher cakap begitu. Apalah rasanya melihat wajah Kartini yang sebenar.
Julai 25,2019 at 2:21 pm
boley x nak mintak pic tini yang dahulu dalam majalah ujang