“Jangan makan pisang tu” jerit nenek suatu ketika dahulu. Semasa dia masih hidup.

“Kenapa nek?”

“Pisang berkembar tak elok dimakan begitu sahaja. Nanti dapat anak kembar” jelas nenek.

Saya diam. Pisang berkembar yang berada ditangan, saya letak kembali di dalam bekasnya. Nenek ambil, buang kulitnya dan letak bersama pisang-pisang lain yang bakal digoreng.

Bila mengenang kembali peristiwa itu, saya jadi tertanya. Kenapa anak kembar menjadi suatu perkara yang harus dielakkan. Apa rasionalnya? Mungkin mengambilkira kepayahan menjaga dan mendidik kedua-dua atau ketiga-tiga anak kembar tersebut. Wallahualam.

Dan larangan serta pesan nenek itu menjadi taboo dalam hidup saya. Padahal, zaman sekarang orang lagi suka dapat anak kembar. Tak perlu lahirkan anak banyak kali.

Sebelum…

Pisang goreng dicecah dengan sambal ikan masin.

Pisang goreng tau. Bukan goreng pisang!