“Jangan makan pisang tu” jerit nenek suatu ketika dahulu. Semasa dia masih hidup.

“Kenapa nek?”

“Pisang berkembar tak elok dimakan begitu sahaja. Nanti dapat anak kembar” jelas nenek.

Saya diam. Pisang berkembar yang berada ditangan, saya letak kembali di dalam bekasnya. Nenek ambil, buang kulitnya dan letak bersama pisang-pisang lain yang bakal digoreng.

Bila mengenang kembali peristiwa itu, saya jadi tertanya. Kenapa anak kembar menjadi suatu perkara yang harus dielakkan. Apa rasionalnya? Mungkin mengambilkira kepayahan menjaga dan mendidik kedua-dua atau ketiga-tiga anak kembar tersebut. Wallahualam.

Dan larangan serta pesan nenek itu menjadi taboo dalam hidup saya. Padahal, zaman sekarang orang lagi suka dapat anak kembar. Tak perlu lahirkan anak banyak kali.

Sebelum…

Pisang goreng dicecah dengan sambal ikan masin.

Pisang goreng tau. Bukan goreng pisang!

Advertisements

Saya baru membina sebuah blog baru menggunakan khidmat blogmas. Blog ini dinamakan Resensi Klasik.

Resensi klasik menghimpunkan petua klasik, lagu klasik, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitih, alatan tradisional, perkamusan perkataan -perkataan lama serta kesusasteraan tradisional.

Selain itu, blog ini juga berusaha menjadi sebuah blog yang boleh menjadi rujukan kepada generasi muda untuk mengenali khazanah warisan orang lama dari pelbagai aspek – bahasa, cara hidup, pemikiran dan sebagainya.

Jika ada cadangan atau maklumat yang boleh dikongsi, anda boleh utarakan di dalam blog ini. Semoga terhibur dan mendapat manfaat yang boleh dikongsi bersama.

tomato-2bmp.gif

Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Berbual pelbagai-bagai perkara, dari isu semasa belajar hinggalah kehidupan terkini. Dulu dia bukanlah pelajar yang menonjol. Selalu duduk kat baris belakang. Kalau pensyarah tanya mula la dia menggelabah.

Tak banyak beza sikapnya dahulu dan sekarang. Mudah panik dan lurus bendul. Apa yang berbeza adalah dia semakin cantik dan kulit wajahnya putih dan lembut. Saya tanyakan juga padanya tentang rahsia dia menukar wajah (sebab dahulu kulitnya agak gelap dan kusam).

Dia tersenyum. Dengan yakin dia berkata dia hanya jaga pemakanan dan amalkan makan tomato setiap hari (walaupun dengan kadar yang sedikit – setengah atau 1/4 biji)

Balik rumah, saya pun tanamkan azam untuk jaga pemakanan dan amalkan makan tomato. Hehehehe… biasalah wanita, mudah terpengaruh. Tapi tak apa la kan, benda baik!

Saya cuba makan sebiji tomato…alamak meloya sikit. Mungkin tak biasa kot. Tapi saya cuba cari maklumat tantang kebaikan tomato. Ermmmm..

Kekalkan Kesegaran Tomato

Sebaik-baiknya sebelum menyimpan jangan basuh tomato itu dan pastikan ia kering. Simpan didalam bekas yang kering dan ditutup rapat. Pastikan juga tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari kerana tomato mudah layu dan kecut.

Kelebihan Buah Tomato.

TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

sumber : http://portal.dumei.com/ar_sihat3.php

Ini adalah petua yang diberi oleh en.Musa Yaacob ymusa04@gmail.com melalui email kepada group Myherba@yahoogroups.com .

CARA NAK MERAWAT PANAU

  • Daun gelenggang adalah antara tumbuhan yang amat mujarab untuk rawatan panau. Cara penggunaannya ialah sama dengan rawatan kurap. Daun matang ditumbuk halus bersama kapur dan lumurkan pada kawasan jangkitan.Biarkan beberapa jam sebelum dicuci dengan air bersih. Amalkan beberapa hari sehingga panau hilang.

  • Rizom lengkuas genting juga boleh digunakan untuk rawatan panau. Rizom yang muda ditumbuk, dicampurkan sedikit cuka dan disapu pada tempat jangkitan. Kawasan jangkitan akan terasa pedih seketika.

  • Lengkuas makan ( Alpinia galanga) boleh juga digunakan. Rizom Lengkuas muda ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit cuka makan dan digosok pada tempat berpanau.

 

  1. Bersihkan wajah dengan scrub/pencuci muka biasa/serbuk teh yang telah digunakan. gosok wajah dengan lembut dan menyeluruh.
  2. Cuci wajah dengan air suam sebersih-bersihnya.
  3. Bersihkan wajah dengan toner supaya pori yang terbuka dapat dibersihkan. Toner juga berfungsi untuk menutup pori di wajah.
  4. setelah muka kering sepenuhnya, lumurlah (lapkan) seluruh wajah dengan pati timun (parutan pangkal timun yang disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa minit). Sapu dengan menggunakan tisu muka selama beberapa sapuan.
  5. Rendam beberapa helai tisu muka di dalam pati timun tadi, perahkan sedikit agar tidak terlalu berair dan lekapkan ke mata.
  6. Rehatkan muka dan mata sehingga wajah agak kering.
  7. Basuh semula apabila telah kering.
  8. Bagi wanita, petua ini boleh menyegarkan mata dan wajah serta menjadikan mekap lebih tahan lama di wajah.
  9. Bagi lelaki yang mempunyai masalah kulit wajah kusam, petua ini boleh diamalkan lebih kerap agar wajah lebih segar dan kulit mati pada wajah akan berkurangan, seterusnya menjadikan wajah lebih berseri.

Kentang akan menjadi layu sekiranya disimpan terlalu lama. Untuk mengatasinya, belilah kentang yang segar dan baik. setelah itu rendam kentang dalam air panas (sebentar sahaja). Angkat dan keringkan. InsyaAllah kentang yang disimpan lama akan tetap segar

Masukkan dua atau tiga kuntum bunga cengkih ketika nasi sedang mendidih. InsyaAllah, nasi bukan sahaja lambat basi alah baunya lebih wangi.