gubrabmp.jpg sepetbmp.jpg  mukhsinbmp.jpg

Gubra (2006), sepet (2004) dan Mukhsin (2006)- adalah antara filem-filem arahan Yasmin Ahmad. Memenangi beberapa penghargaan, memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.

Sejak awal penggambaran dan hebahan media tentang filem-filem ini memang agak hangat. Idea dan budaya yang melingkari jiwa serta hidup Yasmin dipertikaikan. ‘Pencemar budaya Melayu dan Islam’, itulah gelaran sesetengah pengkritik filem dan budaya mengenai hasil kerja Yasmin Ahmad ini.

Benarkah?

Saya tidak mahu mengkritik secara mendalam tentang Yasmin kerana saya tidak begitu mengenalinya. Saya juga bukanlah orang yang tepat untuk berkata itu ini tentang dunia perfileman. Namun, pemerhatian saya mengenai filem-filemnya menemui beberapa perkara yang agak ‘gubra’ dan ‘serabut’ sehingga menimbulkan beberapa tanda tanya mengenai mesej yang hendak disampaikan oleh beliau melalui Gubra, Sepet dan mukhsin.

gubra2bmp.jpg

  • Benarkah orang Melayu itu sentiasa berkemban dalam rumah?
  • Adakah orang Melayu tidak pandai menyesuaikan pakaiannya dengan situasi sekeliling? contohnya : Orked (SePET), memakai baju kurung, rambut panjang terurai dan mengenakan kasut sukan (sport shoes) semasa menghadiri parti hari jadi kawannya.
  • Paparan Namron yang memegang watak ustaz membelai seekor anjing tempang di tengah jalan memberi mesej kasih sayang antara manusia dan haiwan. Tetapi bukankah ustaz itu dalam perjalanan ke surau pada waktu subuh? Sudah pasti anjing tersebut dibasahi embun pagi dan hukum dalam Islam…….?
  • Ada satu babak di mana Orked bertengkar dengan Arif (suaminya – lakonan Adlin Aman Ramli), kerana Arif ditangkap sedang berdating dengan perempuan lain. Setelah pertengkaran itu tamat, Orked meninggalkan suaminya lantas memimpin tangan lelaki lain (Choo Seong Ng sebagai Jason) di hadapan suaminya, dan babak ini amat membingungkan.
  • Kemesraan antara watak walaupun ingin memaparkan unsur ikatan kasih sayang dalam filem-filem Yasmin harus ada batasan. Kasih sayang antara suami isteri tak perlu ditunjuk-tunjuk dengan adegan cium-cium atau peluk-peluk yang keterlaluan. Harus diingat lakonan tetap lakonan dan diluar filem, mereka tetap haram bersentuhan.

Penggunaan Bahasa Melayu-cina-Inggeris dan sedikit loghat negeri menjadikan filemnya nampak ‘antarabangsa’ dan sudah tentu dapat memaparkan kepada ‘orang luar’ kemajmukan, perpaduan dan harmoninya kehidupan di Malaysia

Mungkin juga Yasmin (yang setengah Melayu [jawa], Bugis dan Jepun) itu mahu membawa pendekatan berbeza dalam hasil karyanya. Idea tentang cinta, kasih sayang, dan aspek sosial dalam filem-filemnya agak baik.

Paparan suasana setiap babak berlatarbelakangkan ‘view of Malaysia’ amat cantik dan membawa rasa dan jiwa untuk menghayati filemnya.

Namun, paparan itu akan lebih bermakna jika Yasmin mampu menghayati budaya serta nilai agama dengan lebih baik dan mengkaji sesuatu yang ingin disampaikan dengan lebih teliti.

Saya sentiasa memberi sokongan kepada Yasmin dan penggiat Filem di Malaysia asalkan cara yang digunakan itu tidak mengelirukan mana-mana pihak.