d

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menganjurkan MULTAQA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM 2009 pada 16 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Bilik Senat (UKM).  Program berkenaan adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dan Persatuan Kakitangan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKMANITA).  Program ini akan berlangsung mulai pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan wanita Islam di Malaysia, ahli-ahli pertubuhan seni dan budaya, ahli akademik, budayawan, wakil media, ulama  serta pelajar akan hadir pada program itu.

Antara lain program ini bertujuan untuk memartabatkan kembali budaya dan seni Melayu Islam;  menjadikan budaya dan seni Melayu Islam sebagai cara hidup; menjelaskan kepada masyarakat kedudukan kebudayaan dan kesenian menurut Islam; mencadangkan garis panduan persembahan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia dan Islam dan mempertemukan wakil-wakil NGO wanita Islam di peringkat kebangsaan .

Seminar yang membawa tema   “ISLAM MELESTARIKAN KEBUDAYAAN MALAYSIA’ ini akan diisi dengan ucaptama, pembentangan empat kertas kerja serta satu sesi forum.

Ucap tama akan disampaikan oleh Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM merangkap Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Prof Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek dengan tajuk ucaptamanya `Mengaplikasikan Kesenian Dan Kebudayaan Sebagai Medium Dakwah’.

Empat kertas kerja yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:
1.    Peranan Kebudyaan Melayu Dalam Membina Jati Diri Wanita oleh Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Sarjana Tamu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.    Peranan Media Swasta Dalam Membina Jati Diri Wanita oleh Ir Ahmad Jais Alias (Pengarah Radio IKIM.fm) dan penyanyi kumpulan Nowseeheart, Encik Idzhar Jumali.
3.    Penerapan Budaya Dan Kesenian Islam Dalam Drama Dan Filem oleh Rashid Shibir (Pengarah Drama dan Filem) dan penulis bebas, Pn. Sujiah Salleh.
4.    Unsur Islam Dalam Novel; Pengaruhnya Kepada Pembaca oleh Dr. Mawar Shafie dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Sementara itu, sesi forum akan membincangkan tajuk `Islam Melestarikan Kebudayaan Malaysia’ yang akan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Asiah Sarji.  Manakala ahli-ahli panel terdiri daripada pelakon dan penerbit terkenal, Erma Fatima, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Prof. Madya Mohamad Kamil Haji Abdul Majid dari Universiti Malaya.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada Sekretariat MPWIM (Ustazah Normawati Muhammad) 012-2629836, Afiqah Mohd. Yusof (019-9412849) atau Unit Perhubungan Awam YADIM pada talian 03-22746077.

kuntum1

“Awak harus panggil saya kakak, kerana umur saya lebih banyak dari awak,” jelas saya padanya.

“Awak tidak nampak tua bagi saya. Beza berapa tahun sahaja,” jawabnya.

Sebenarnya sahabat saya itu tidak mahu memanggil saya kakak bukan kerana saya nampak muda dari segi fizikal tetapi apa sangat beza umur jika mahu dibandingkan dengan peri pentingnya perkara yang boleh dikongsi. Oleh semua manusia. Tanpa mengira apa latar belakang dan umur seseorang.

KOMA

I

“Puan,”

Saya belum kahwin,”

II

“Kakak,”

Siapa kakak kamu?”

III

“Makcik”

Aik, saya nampak tua kah?”

*Ini dialog yang biasa kita dengar.

KOMA

“Tapi, kaum wanita sangat pentingkan gelaran yang dipanggil. Gelar ‘kakak’ jika lebih tua dan belum lagi masuk hal ‘cik’, ‘puan’, ‘makcik’ dan segalanya. Tanda hormat dan budaya adab sopan,” sambung saya lagi.

“Ala, wanita, jika kita panggil dia kakak sedangkan dia perasan dirinya muda, dia akan marah. Cuba panggil dengan panggilan yang lebih muda dari usianya, pasti wanita itu akan tersenyum manis,” jawab teman yang lain.

Apa kata kamu?

daisies.jpg

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Bacaan lanjut….

Lelaki Malaysia penyayang! Wanita Indonesia menawan dan menggoda !

Senyum. Gelak. Diam. Beku.

Lelaki Indonesia, kamu harus tahu kenapa lelaki Malaysia menjadi pilihan :

  • lebih bersifat penyayang
  • lebih memahami diri wanita
  • baik hati

Wanita Malaysia, kamu juga harus tahu kenapa wanita Indonesia digilai:

  • Berketerampilan dan lebih menggoda
  • kelembutan tingkah laku wanita seberang
  • Lebih langsing, lebih kecil molek
  • hantaran perkahwinan yang lebih murah
  • status wanita Malaysia yang semakin kukuh dan berpelajaran tinggi turut mewujudkan jurang antara mereka dengan lelaki tempatan
  • wanita Malaysia yang berpelajaran menjadikan soal jodoh sebagai perkara kedua selepas karier

Namun, banyak perkara harus dikaji. Bukan alasan harta dan kerakyatan kah?

Dan saya masih memikirkan kata-kata wanita Indonesia ini,

“Memang orang kata perempuan Indonesia suka rampas suami orang, tetapi saya berasa kita bukan bertepuk sebelah tangan.”

“Ada kalanya lelaki tempatan yang hendak sangat kepada wanita Indonesia,”

“dia tidak kisah jika jodohnya di Malaysia ditakdirkan bersama suami orang.”

Dan cerita di bawah hanya sekadar hiburan!

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung.

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana. Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru.

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.

“Oh, tak pe … bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung – 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”

53.jpg

Bila sebut je pasal gender, macam-macam cerita yang keluar – antara lelaki dan wanita, siapa yang lebih…….

Cerewet, malas, pengotor, kuat membebel, mudah ditipu, kuat, pandai berjimat, rajin…bla…bla…bla..

Semua aspek-aspek di atas tak perlu di pertikaikan kerana selagi seseorang itu hidup, segala sifat sama ada baik atau buruk pasti wujud dalam diri mereka tidak kira lelaki atau wanita.

Salah satu aspek yang juga sering diperdebatkan ialah antara lelaki dan wanita, siapa lebih teliti dan pandai merancang?

Contohnya : Apabila ingin ke sesuatu tempat untuk bercuti atau berkursus, beg siapa yang lebih besar? Lelaki atau wanita?

Sudah pastilah beg wanita lebih besar kerana segala macam benda hendak di bawa. Dalam fikirannya telah terbayang perjalanan selama mana dia pergi bercuti atau berkursus. Hari pertama nak pakai baju apa, kasut warna apa, seluar, tudung, lipstick, sepit rambut, …bla…bla…bla…hari kedua lak, baju lain, begitulah seterusnya selama mana dia berada di luar rumah.

Berbanding dengan lelaki, mereka lebih peka kepada acara atau agenda yang akan dilaksanakan semasa pergi bercuti..hari pertama nak g mana, singgah di mana, nak beli apa, bla…bla….bla…

Habis tu? siapa lebih pandai merancang dan teliti semasa nak keluar bercuti atau ‘out-station’?

thtear.jpgKata orang hati seorang wanita mudah terluka dan terasa. Kerana itu bila berbicara tentang air mata, wanita akan dikaitkan sekali. Benarkah?

Untuk menjadi seorang yang tabah bukanlah mudah, baik lelaki atau wanita. Kerana itu, jika ada wanita yang tabah dalam mengharungi liku kehidupan, masyarakat akan memandang tinggi ketabahannya. Terutama jika wanita itu ditinggalkan suami, bertungkus lumus menjaga anak-anak dan berhempas pulas membanting tulang empat kerat untuk mendewasakan anak-anak sehingga menjadi orang yang berguna. Malah sambutan hari ibu mithali juga lebih meriah daripada bapa mithali.

Kekuatan seorang lelaki pula bukan diukur dari aspek fizikalnya. Kekuatan seorang lelaki dinilai dari tahap kesabarannya dan ketabahannya dalam menangani sesuai situasi. Kita pernah dengar kata-kata ‘ gagahnya seorang lelaki bukan kerana fizikalnya, tetapi hatinya yang dapat menahan sabar dan kemarahan’. Benarkah?

Hari ini seorang wanita telah menangis kerana ketabahannya telah direnggut oleh lelaki yang tidah gagah dan tidak sabar. Dan hatinya yang terluka tidak dapat diselindung, maka air mata menjadi saksi beberapa mata yang selama ini menyangkakan dia seorang wanita yang tabah.

Semoga air mata yang tumpah itu dapat membilas hatinya yang terluka. Aminn…