yin
Buka jendela rasamu
Ada aku
Dalam senyum paling basah

Cuma lihat.
Usah sentuh atau rasa.
Jika tidak kau akan binasa.

kunci tiap sebutmu.

KOMA

Cerita lain.

Menuggu Pagi

Lagu ini.

Saya suka tanpa mengambil kira siapa yang memberinya.

Suka versi ini. Ada dialog. Ada konflik. Susunan muzik agak baik mengikut caturan emosi.

Tetapi jangan bagi Siti Nurhaliza buat video klip melalui lagu ini. Dia tak pandai sangat ekspresi emosi ikut lagu.

img_5400

“Cuba lihat KDNK negara kita. Apa item yang ada dalam KDNK?”

KDNK?”

Persoalan itu, ada dalam muktamar di Kedah tempoh hari.

KOMA

Industri perjudian dalam negara semakin berkembang.

Industri maksiat (penjualan manusia) juga tidak kurang hebatnya.

“Itu termasukkah dalam KDNK?” tanya teman yang itu.

“Entah. Kena teliti hal ini,” jawab yang seorang lagi.

Saya sibuk di sebelah mereka dengan catatan dan kamera.

KOMA

KDNK itu singkatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Negara Kasar?

Keluaran kasar atau negara kasar? KKDN atau KDNK? Hukum DM?

Sepatutnya KKDN kan?

Keluaran Kasar Dalam Negara.

Sambil membuat dua kerja (wartawan dan jurukamera) untuk satu ‘gaji’, saya masih berfikir hal ini.

diam

“Saya sudah beritahu sejak dahulu, yang telefon bimbit dengan saya amat tidak sinonim” jelas saya kepada teman semasa kursus ISO semalam.

Dia terkejut apabila saya melempar telefon selepas menjawab pesanan ringkas yang diterima.

KOMA

“Saya sedang kursus sampai ke petang. Maaf. Petang nanti sesudah kursus, insyaAllah saya akan hubungi encik.”

Bukankah itu satu kenyataan yang jelas bahawa saya sedang berkursus dan usah diganggu sehingga petang?

Tetapi, saya terima lagi sms, bunyinya;

“Kursus apa? Bila boleh berbual?”

Dan sms itu bukan yang terakhir. Pemberi mesej ringkas itu terus-menerus bertanya itu ini, tentang kursus dan kelapangan saya dengan rasa prejudis.

KOMA

Seharusnya, saya balas sahaja;

“Saya tidak mahu diganggu oleh anda. Maaf.”

Mungkin itu agak kasar, tetapi lebih baik daripada beri alasan dengan ayat yang muluk-muluk, tetapi hati sendiri jadi sakit.

boh4

Jangan-janganlah adik angan-angan
Merayau ke alam impian
Duduk termenung kesepian
Tiada teman
Tujuh gunung lautan-lautan
Sembilan lautan ala intan
Umpan kutabur dah makan
Ikan dah makan

[Jangan Adik Angan-angan, dipetik dari filem ‘Musang berjanggut’]

KOMA

boh1

boh2

boh

“Bila nak sampai?” tanya saya kepenatan dan mengantuk.

“Lagi dua jam.” Jawabnya sambil memandang wajah saya sekejap-sekejap, kerana dia sedang memandu.

“Dua jam? Bukankah sepatutnya perjalanan ini hanya sejam setengah?” tanya saya sangat terperanjat.

Sambung saya lagi, “saya fikir Cameron Highland berjiran dengan Genting Highland.”

Dia tergelak.

Perjalanan ini ditandakan dengan tarikh 130209 di bawah fail ‘Cameron’.

KOMA

Dengan kelajuan 40 km/j, dengan perjalanan yang semakin sepi setibanya di kaki Cameron Highland dan dengan tahap bunyi pada paras 14, kami ditemani dendangan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma.

Sangat ‘menangkap’.

“Saya tidak mahu diganggu. Semak!” – Ini pesanan ringkas (SMS) kepadanya yang tidak saya hantar demi menjaga hati seorang kawan.

Mendongak ke langit. Dan awan mula berbicara rahsia alam.

Satu perkataan jika tidak difahami melalui sebutan yang betul akan menimbulkan salah faham. Sebab itu sistem pesanan ringkas (SMS) selalu mendatangkan musibah pemahaman bahasa.

Sebagai contoh, bila saya taip ‘jangan ganggu saya’, ia bermakna saya sedikit ‘semak’ dengan kehadiran sms kamu. Dan sebagai seorang kawan, kamu seharusnya memahami keadaan saya yang tidak mahu diganggu.

Atau kamu tidak faham makna ‘semak’?

SEMAK menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga;

  1. Semak – Tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar.
  2. Semak – Kusut fikiran, perasaan dan lain-lain.
  3. Sémak РMendengarkan atau memerhatikan ( percakapan, bacaan orang) dengan teliti.

Dan ‘semak’ yang saya maksudkan ialah ‘semak’ dalam definisi yang kedua. Harap kamu faham bahasa Melayu!

Pesanan : Jangan semakkan fikiran dengan benda remeh begini. Mari lapangkan fikiran.