Racun. Masalah.

Penawar. Penyelesaian.

Tapi selalunya, racun itu benar-benarkah meracun dan penawar itu benar-benarkah memulihkan?

KOMA

Masalah kita, manusia memang banyak.

Kata alim, Allah sayang kita, sebab itu kita diuji.

Kata lucu, hidup tanpa masalah umpama makan nasi tanpa lauk.

Mungkin juga, ada kata falsafah mengatakan masalah itu umpama debu-lumpur yang memalit tubuh. Cuci atau biarkan.

Atau juga, masalah itu umpama rerumput kering di antara rerumput hijau. Pasti ada.

Dan kata-kata falsafah tentang kehidupan dan masalah yang begitu akrab, memang banyak.  Kerana falsafah itu lahir daripada manusia dan manusia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza tentang ruang lingkup kehidupannya. Semua tidak salah.

Yang salah apabila kita melihat masalah sebagai penamat kehidupan.

KOMA

Ya, saya ada banyak masalah. Tapi, saya takkan putus asa.

Ambil jalan mudah tidak semestinya tanpa fikiran yang panjang.

Seperti membuang nombor telefon lama yang sering mengganggu dengan cerita-cerita lama yang sudah dibuang tetapi masih mengekor dan membelengaskan diri.

Dan ia keputusan yang melegakan walaupun tidak menyelesaikan masalah.

Keputusan ini amat melegakan.

Seperti mengalihkan pandangan dari lumpur yang berdebu melemaskan, kepada rerumput yang hijau menyegarkan.

Hidup saya adalah pilihan saya.

grasspsd.jpg

Malam tadi melalui buletin utama, seorang ‘kawan’ menyarankan agar rakyat Malaysia mencari alternatif lain bagi mengelakkan harga barang yang naik. Kenaikan harga memang ketara terutama sayur-sayuran. Alasannya kerana hujan [hahahahahaa…].

Bagaimana nak mencari alternatif lain?

Kata ‘kawan’ itu lagi, “kalau harga sawi mahal, kita makan la bayam ke…dan sayur-sayur lain yang mempunyai khasiat sama dengan sawi”…”tak pun kita jangan beli kat kedai yang mahal, cari kedai yang boleh manawarkan harga yang murah” katanya lagi….dan lagi…

Masalahnya semua sayur dah naik harga. Makan rumput la nampaknya….ermm…’senangnyer’ alternatif yang disarankan tu. Tak mampu beli yang tu, beli yang ni…

greenpsd.jpg

*bila dengar jawapan ‘kawan’ tu macam tu, saya teringat adik saya yang berumur 11 tahun. Bila saya katakan barang yang dia minta tu mahal, adik saya menyarankan saya beli barang yang sama tetapi harganya lebih murah.

Pemikiran seorang ‘dewasa’ tak banyak beza dengan ‘budak’. ermmmmm…