DSC_3149

 

Hari ini 31 Disember 2012. Lebih tepat lagi hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Di FB sahaja, bertali arus yang mengucapkan selamat tinggal kepada 2012 dan bersedia dengan semangat menggamit 2013.

Masa.

Teringat novel Gadis Oren yang saya baca dan ulas pada tahun ini [dan ulasan itu memenangi hadiah di tempat keempat dengan ganjaran baucar sebanyak RM200].

Dalam novel itu konsep masa menjadi plot kepada jalan cerita. Bagaimana masa menemukan watak-wataknya. Bagaimana masa memanipulasi konflik yang dicetuskan. Bagaimana masa menjadi satu perkara yang sangat penting sehingga segala cara dilakukan demi memenuhi masa.

Dan begitulah kehidupan. Masa dan nyawa.

Islam.

Dalam agama Islam sendiri, konsep masa sangat diutamakan. Menghargai masa sangat dituntut kepada setiap umat.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Berdasarkan surah di atas, fahami konsep masa yang dilingkungi ajaran Islam. Masa yang ada hanya sementara, jangan bertangguh. Juga memanfaatkan masa di dunia sebaiknya.

Saya tidak mahu menjadi orang yang rugi lagi dengan melakukan hal yang sia-sia. Itulah keputusan yang saya ambil penghujung tahun 2011. Tidak disangka keputusan baik dan bermanfaat itu tidak dipersetujui oleh kawan yang masih mahu bergelumang dengan kezaliman kepada diri sendiri. Penghujung 2011 juga saya mengalami ujian maha berat dan Alhamdulillah, sepanjang tahun 2012, segalanya manis dan berada dalam landasan yang terbaik hasil keputusan yang telah dibuat.

KOMA

2012

Terlalu banyak yang tercatit. Itu penting untuk diri sendiri. Menilai kembali diri, kawan, keluarga dan segala yang berkaitan. Kerana ia menyumbang kepada baik atau jahatnya diri, seterusnya, menjadikan kita siapa pada masa akan datang.

Memiliki kawan-kawan yang baik, dijauhkan daripada kawan-kawan yang ‘busuk’, merupakan nikmat tidak ternilai. Di kala diri diuji, masih ramai menyebelahi dan memahami, malah lebih akrab dan lebih senyum terukir. Syukur pada Mu ya Allah atas ingatan yang diberi.

Memiliki kekuatan semula dan mula bekerja dengan lebih konsisten tanpa gangguan, berusaha menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya, dan kini mencicip manisnya kehidupan.

Memiliki Umar, pelengkap bahagia.

Memiliki cinta, setelah kelemahan dan kebobrokan menjadi perbincangan yang waras dan wajar. Ya Allah, nikmat manakah yang hamba-Mu ini lupakan. Maafkan daku ya Allah.

Dan macam-macam lagi senyum bahagia mengiringi 2012 yang bermakna.

Terima kasih Allah untuk kesekian kali tanpa jemu sehingga mati!

KOMA

Untuk 2013, sudah tentu azam-berazam akan meniti dibibir dan melekap di hati seperti biasa-biasa.

Senaraikan sahaja. Ia tidak salah malah merancang itu dituntut dalam kalendar perjalanan setiap muslim.

Untuk 2013, semoga umur panjang bagi mencicip nikmatnya hidup bersama mereka yang dikasihi.

Masa kemalangan tu kamu pengsan?
Ya, masa tu semua orang panik dan bantu apa yang patut.
Masa tu, kamu nak ke mana?
Ambil telefon bimbit yang tertinggal dalam kereta jejaka, masa tu saya nak cepat.

Masa tu, pintu sensor terbuka atau tutup?
Mula-mula pintu tu terbuka, tapi masa saya sampai, pintu tu tertutup serentak dengan gerakan saya yang laju.
Ohhh..maknanya, masa tu kamu dan pintu mempunyai kelajuan yang tinggi?
Ya!

KOMA

Masa ada dua hari lagi nak siapkan artikel tentang bahasa isyarat (dunia yang sepi).
Sempat ke?
Entah, macam tak sempat je. Saya pun baru buka e-mail. Minggu lepas saya tak ada masa, sibuk.

KOMA

6,7 dan 8 Februari 2008
12 Februari 2008
14 hingga 19 Februari 2008

Kenapa diari harian saya kosong? Saya lupa mencatat apa yang berlaku masa itu.

Cuti Raya Cina, perhimpunan bulanan dan Multaqa Alumni Sedunia Al-Azhar.

KOMA

Hari ini saya menghabiskan masa hampir setengah hari melawat blog-blog teman saya.
Berapa banyak?
Semua blog yang tersenarai dalam bicara mereka.
Banyaknya masa awak, kata tak ada masa.
Entah. Kadang kita tidak boleh memaksa masa mengikut jadual.

*belajar mencatat apa jua perkara yang penting di dalam satu buku khas. Bukannya susah! Hasilnya boleh menyenangkan kita.

Susahnya nak set tarikh dan masa untuk blog saya. Ada sesiapa nak tolong?