Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menariBiarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan
Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang
Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi
Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan
Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku
Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu
*Lagu ini untuk temani kamu selama dua hari kita tak bertemu. Nak dengar? Cuba lihat di bahagian kiri blog ini. Ada Box.Net yang warna hijau itu. Lagu ini ada di situ. Cuma klik, ambil album yang menempatkan wajah kekasihmu, dan layan….
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
* Rossa seharusnya berpakaian lebih baik untuk video klip lagu ini. Bukankah Filem Ayat-ayat Cinta sebuah filem Islamik?
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Bila Aku Sudah Tiada. Mati. Meninggal. Passed Away. Menemui Tuhan. Rest in Peace.
Mungkin ada perkataan lain yang boleh disenaraikan, yang mendukung konsep ‘mati’.
Sejak akhir-akhir ini saya sering terfikir tentang mati. Tentang apa yang telah saya lakukan. Tentang hal-hal sekeliling. Tentang peranan saya. Tentang sesi soal jawab di ‘sana’. Tentang itu dan tentang ini yang kesemuanya bertitik tolak dari konsep MATI.
Selain orang sekeliling yang mengetahui tentang kematian saya, bagaimana pula dengan mereka yang tidak mengetahuinya?
Apa agaknya perasaan kamu apabila mengetahui orang yang dikutuk atau diumpat-umpat itu telah mati? Kesal? Atau memohon keampunan tuhan dengan alasan kamu tidak tahu tentang kematian orang itu?
Kerana kematian adalah permulaan sebuah pembongkaran rahsia kehidupan. Ya, selalunya orang yang telah mati akan di bongkarkan rahsia kehidupannya.
Di dunia, orang akan sibuk bercerita pasal si mati. Kisah hidupnya, asal usulnya, sumbangannya atau jika si mati seorang penjenayah, keburukannya akan menjadi perbualan.
Belasungkawa akan dititip kepada keluarga si mati. Belasungkawa juga dipaparkan di dada akhbar jika si mati merupakan ‘seseorang’ dalam masyarakatnya.
Ya, kematian akan membongkarkan rahsia kehidupanmu. di depanNYA kelak, kamu tidak boleh berahsia seperti mana kamu berahsia semasa hidupmu.
Saya melihat hal ini dengan seluasnya.
Kematian bukan sahaja dihebahkan melalui jiran tetangga dan kenalan rapat, malah surat khabar menjadi medium yang penting dalam menyebarkan berita kematian seseorang selain media eletronik seperti televisyen dan radio.
Bagaimana pula dengan weblog? Adakah ia boleh berfungsi sebagai penyampai khabar kematian? Sudah tentu boleh.
Lihat sahaja berita-berita kematian yang berlaku di dunia, akan dikhabarkan melalui blog. Malahan belasungkawa si mati yang lebih terperinci, mungkin boleh di perolehi dari blog. Terutama jika pemilik blog merupakan teman rapat si mati. Atau orang yang mengagumi si mati. Lihat ini. Juga ini. Pengumumannya di sini. Dan di sini.
Bagaimana pula jika penulis blog sendiri yang mati? Siapa yang akan umumkan di dalam blognya yang “PENULIS BLOG INI TELAH MENGHADAP ILAHI” atau ” PENULIS BLOG INI SEDANG BEREHAT DENGAN AMAN ‘DI SANA’...”.
Adakah wujud satu domain yang bertindak sebagai pengumpul blog-blog yang pemiliknya di sahkan telah mati?
Acciaccatura pernah menulis tentang hal ini. Saya juga terfikir hal ini.
Sedang saya berehat dengan tenang [insyaAllah, aminnn] di alam barzakh [kubur], adakah pembaca blog saya tahu yang penulis blog ini telah tiada di dunia? Siapa yang akan buat pengumuman ‘mati’ untuk saya? Sedangkan saya bukan siapa-siapa. Tidak punya nama dan tidak di kenali.
Saya cuma mahu orang tahu saya sudah tiada. Tiada di dunia. Tiada entri terkini yang akan di poskan. Tidak perlu menanti pos terbaru. Tidak perlu beri komen kerana saya tidak akan dapat menjawab komen-komen tersebut. Tidak hari ini, Tidak esok, tidak akan jawab selama-lamanya.
Itupun jika blog ini tersenarai dalam bahan bacaan yang perlu kamu teliti dan hayati.
Saya masih memikirkan mahu memberi nama dan kata laluan blog ini kepada siapa, supaya dia boleh mengumumkan pemergian saya itu!
Boleh juga baca ini sebagai bahan bacaan sampingan.
Saya baru membina sebuah blog baru menggunakan khidmat blogmas. Blog ini dinamakan Resensi Klasik.
Resensi klasik menghimpunkan petua klasik, lagu klasik, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitih, alatan tradisional, perkamusan perkataan -perkataan lama serta kesusasteraan tradisional.
Selain itu, blog ini juga berusaha menjadi sebuah blog yang boleh menjadi rujukan kepada generasi muda untuk mengenali khazanah warisan orang lama dari pelbagai aspek – bahasa, cara hidup, pemikiran dan sebagainya.
Jika ada cadangan atau maklumat yang boleh dikongsi, anda boleh utarakan di dalam blog ini. Semoga terhibur dan mendapat manfaat yang boleh dikongsi bersama.
Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O… Ho… O… Ho…
Jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
selamanya
terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu
yg terindah
semoga dapat meluluhkan
segala keraguan
semoga menghancurkan
kerasnya batu prasangka
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu,
ku bersumpah
aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api
cinta yg membara[2x]
akuuu…
*untuk mendengar dan download lagu ini…klik di sini
"Gunung boleh kita cangkul jadi rata; kalau tiada cangkul kita pakai jentolak. Tetapi untuk membetulkan manusia, hendak menghilangkan sikap negatif dan mengubahnya menjadi positif, tidak semudah seperti hendak meratakan gunung."