Bawa pulang hati kamu. Hati ini sudah penuh…dengan luka.

Kejujuran, apalah sangat mahu dipertikaikan jika kamu sendiri tidak jujur -Ini untuk aku!

Kasih sayang, berapa banyak lagi yang mahu kamu kumpul, sedangkan kasih sayang yang ada tidak terbela – Juga tertuju buat aku!

Mengistimewakan orang lain yang tidak langsung mengistimewakan kamu, jawapannya, padan muka aku!

Ahhh….sekurang-kurangnya aku sediakan bicara manis yang berlainan maksud kepada kamu dan dia. Sedangkan kamu menggunakan bicara manis yang serupa untuk aku, dia, dan mungkin juga dia…dia…dia…- Ini untuk kamu!

Untuk apa meraih kasih sedangkan kamu tahu itu takkan Tuhan beri kerana Tuhan lebih tahu takdir yang bagaimanakah untuk kamu, kamu – Juga untuk kamu!

*Untuk mereka yang sedang menilai jiwa!

“Apabila terasa ingin menangis, kau jemputlah aku,” kata ribut.

“Ya, aku akan menjemputmu ribut, agar tiada siapa tahu aku sedang menangis, tersedu dan lesu,” kataku.

Sejak akhir-akhir ini saya sibuk dan sengaja menyibukkan diri. Fahamilah, saya tidak perlukan ketenangan dari kamu kerana dalam ribut yang sengaja saya ciptakan ini, ada ketenangan yang mampu saya perolehi.

Saya sibuk dengan pelbagai perkara. Letih dan sangat melesukan tapi manfaatnya lebih baik dari membiar diri melayan jiwa yang kadangkala tiada ‘kimia’ dengan akal. Percayalah, Jika kamu sedang tertekan, sibukkan diri [dengan yang bermanfaat]. Ini bukan konsep melarikan diri, tetapi lebih kepada menyelamatkan diri dari perkara yang memudaratkan.

Gambar-gambar di bawah adalah kesibukan yang banyak membantu saya. Akan saya ulas tentang kesibukan ini jika ada ruang.

KL Fringe Festival ’08

Bengkel Asas Penulisan oleh PEN

Sukan Tadika YADIM

Beli buku lagi walaupun yang ada masih banyak yang belum diteroka.

suaramu…gemersiknya bak buluh perindu…

Selalu, bunyi-bunyi yang keluar dari kotak suaramu membangkitkan rasa.

Tapi kini, walaupun suara kamu berjulat 0 dB, apabila nadanya digabungkan dengan isi bicaranya…sampai ke deria pendengaran saya, seolah olah berjulat 130 dB.

Apa yang kamu ucapkan. 130dB. Telinga dan jiwa saya sudah pecah dan rosak!

*dB = decibel