Ibu dan abah sihat-sihat sahaja di sini.

Itu mesej pesanan ringkas terakhir daripada mereka semalam.

Tapi hari ini, rindu yang sangat pada mereka. Walaupun tadi ada telefon Ita. Ita kata abah dan emak biasa-biasa sahaja.

Terasa Negeri Sembilan itu jauh benar.

Hari ini tiada koma, hanya noktah.

 daisies2.jpg

Hampir seminggu saya tidak bersama blog ini dan dunia pelayaran maya tanpa sempadan ini. Ini semua akibat proses perpindahan pejabat yang sudah pasti melibatkan aspek pemunggahan barang, mengemas atur barang di pejabat baru, menunggu talian internet yang kadang mengambil masa agak lama dan sebagainya.

Alhamdulillah, sebenarnya proses perpindahan itu tidak mendatangkan masalah. Cuma bantuan dari teman sepejabat dari tingkat yang berlainan sangat diharapkan. Bukan untuk menolong mengangkat barang, cukup sekadar memberi perhatian dan ucap selamat kepada bahagian atau jabatan kami yang akan berpindah. Namun itu tidak berlaku. Sedikit rasa tersingggung di hati jabatan kami sehingga melabel rakan pejabat dari jabatan lain sebagai tidak prihatin.

Alhamdulillah, talian internet dapat di sambung semalam, dan hari ini, saya mula menyusun atur jadual kerja semula. Mungkin ada rasa cemburu di hati seorang rakan yang juga baru berpindah pejabat tetapi masih tiada talian internet. Saya ucapkan takziah.

Namun, percaya atau tidak, hidup saya tidak terganggu dengan ketiadaan internet. Mungkin sedikit rasa janggal kerana rutin harian yang membaca akhbar secara online dan mencari maklumat secara tanpa sempadan dan kesahihan.

Sebenarnya aktiviti mengemaskini dan memasukkan artikel ke dalam laman web rasmi kami agak terganggu. Namun itu bukan bidang tugas saya. Saya hanya perlu menyediakan berita tempatan dan juga artikel untuk dimuatkan dalam web kami.

Tidak bersama dunia siber membuatkan ruang waktu saya agak lapang. Saya telah mula menulis cerpen dan menyiapkan artikel dengan tenang. Membaca beberapa buah buku ilmiah tentang sejarah dan kebudayaan bangsa Malaysia serta menghabiskan bacaan novel “Ayat-Ayat Cinta” karya Habiburrahman El Shirazy yang telah lama dicadangkan oleh seorang teman untuk di baca. Ulasan tentang novel itu akan saya luahkan jika ada kelapangan.

Hari ini, dunia saya kembali seperti sediakala. Datang ke pejabat lebih mudah dari sebelumnya. Hanya menggunakan bas di hadapan rumah sehingga ke depan pejabat. Tidak perlu bersesak menggunakan perkhidmatan komuter dan tidak perlu berjalan sekitar 10 minit dari KTM KL ke pejabat induk yang terletak di sebelah Masjid Negara. Itu semua tinggal sejarah.

Kehidupan yang baik seperti sekarang harus saya manfaatkan. Walaupun persekitaran pejabat baru tidak begitu tenang seperti di tempat lama, sekurang-kurangnya saya tidak perlu berasa tertekan dengan perjalanan pergi balik ke pejabat.

Pernah seorang teman bertanya, “bagaimana kehidupan di tempat baru? Pasti membosankan dan kelam kabut kan?”

Saya hanya tersenyum dan ingatan kepada kata-kata ibu menerpa dengan tenang.

“Tidak kira di mana pun kamu dicampakkan, pastikan hati kamu tidak mati. Hati yang bersih membawa kepada akal yang sihat. Jangan biar diri ditelan keadaan. Biar kita yang menguasai keadaan itu.”

Dan saya hanya diam seperti biasa. Menelan kata-kata ibu dengan hati yang hidup dan bersemangat. Diam-diam juga saya memuji kejadian ikan di laut yang masin. Walaupun hidup di air yang masin, ikan tetap tawar. Maknanya keadaan sekeliling langsung tidak mempengaruhi ikan tersebut. Kecuali jika ikan itu mati dan manusia menjadikannya ikan masin.

Ayat-ayat cinta dari ibu meniupkan hati yang baik buat saya. semoga hati ini kekal hidup dan akan berusaha menghidupkan hati-hati lain yang semakin layu dan rebah menyembah bumi.

*Saya kagum dengan penghasilan novel Ayat-Ayat Cinta Itu.

Ya, kerana belajar dan mendapat ilmu akhirnya saya berjaya set semula tarikh dan masa untuk setiap entri dan komen di blog ini.

Tinggalkan hal picisan itu” [bak kata pak Emha dan ibu Fatin Hamama].

Pagi tadi, semasa berada di dalam perut komuter yang sememangnya sesak, saya melihat sebaris (bukan sekumpulan) ayam sedang mematuk-matuk tanah di hentian Segambut.

chicken_hop.gif Hal itu mengingatkan saya kepada dua kisah yang datangnya dari ibu berkaitan ayam.

Kisah pertama telah lama saya lupakan kerana orang yang menjadi watak utamanya juga telah lama terpisah dari saya dan dunia nyata. Ia berkenaan dengan arwah nenek yang ketika masih hidup dahulu gemar duduk di pangkin di bawah pohon rambutan dan memberi jagung halus kepada ayam.

Saya tanyakan kepada ibu,

“kenapa nenek suka termenung ketika memberi ayam makan? Bukankah itu membuang masa dan apa faedahnya memerhati ayam-ayam itu?”

Dan ibu menjawab,

“Setiap apa yang ada di sekeliling kita mengandungi pelbagai cerita. Kita tak tahu cerita apa yang mengundang nostalgia pada nenek. Mungkin suatu waktu dahulu nenek ada pengalaman manis dengan keadaan itu. Mungkin juga suatu waktu dahulu, nenek pernah memberi ayam makan bersama-sama dengan atuk. Dan nostalgia itu, tahapnya tidak sama dengan nostalgia orang lain. Bagi kita, biasa sahaja, tapi bagi nenek, mungkin itu pengalaman yang paling manis”

Saya faham, dan diam. BEKU.

Kisah kedua pula berlaku agak baru. Dua bulan yang lepas, semasa saya pulang ke kampung, saya dikejar oleh seekor ibu ayam yang baru turun dari reban setelah menetaskan anak-anaknya. Sepuluh ekor anak ayam, bukan mudah nak menjaganya.

Mencicit saya lari sehingga terlanggar akar pokok rambutan. Saya terjatuh. Lutut luka. Agak tidak comel perempuan seusia saya jatuh dengan keadaan begitu.

Lalu, pada malam harinya, mimpi saya turut dipenuhi dengan ayam-ayam yang garang. Bukan itu sahaja, Alhamdulillah, saya terjaga dari mimpi ngeri tersebut, juga disebabkan oleh ayam.

Kokokan ayam yang bertenggek di pohon rambutan berdekatan dengan bilik saya sungguh menyebalkan hati. Kokokannya pada pukul 2 pagi itu, sangat kuat seolah-olah ayam jantan itu berada di sebelah telinga saya. Aduhai…

Paginya, saya berbual dengan ibu berkenaan ibu ayam dan ayam jantan tersebut. Sangat menyakitkan hati seekor ibu ayam yang comel dan katik berperangai garang seperti itu sehingga mencederakan orang. Dan sangat janggal ayam berkokok pada pukul 2 pagi. Saya labelkan ayam jantan yang jaguh itu sebagai ‘mereng’.

Jawab ibu :

“Tahukah kamu, bahawa ciptaan Allah itu adalah yang paling sempurna. Dan manusia adalah sesempurna ciptaan yang diberi akal untuk berfikir. Binatang dan tumbuhan Allah ciptakan bukan untuk menyusahkan manusia yang berakal. Binatang dan tumbuhan melengkapkan hidup manusia dan kita dituntut belajar dan mengamati perilaku ciptaan tuhan itu [tumbuhan dan binatang].”

bagaimana?” tanya saya lagi..[ini bukan soalan budak tadika. Saya fahami apa yang ibu jelaskan cuma saya mahu belajar sesuatu dari pengalaman ibu].

“Tahukah kamu, bahawa ibu ayam mempunyai naluri kasih sayang dan sifat melindungi lebih dari manusia. Mereka sanggup mencederakan orang lain untuk melindungi anak-anaknya. Manusia juga begitu. Cuma, tidak semua manusia yang bergelar ibu mempunyai keutuhan nilai keibuan yang tinggi. Kerana itulah ada yang sanggup membuang anak”.

“Dan kamu sendiri nampak betapa ayam yang comel begitu amat tak comel bila bertindak garang-garang. Macam kamu la, garang sangat.”

Sambung ibu lagi :

“Tahukah kamu, manusia selalu lupa dengan tanggungjawab dan amanah yang harus di langsaikan dengan Maha Pencipta?”

“Ayam jantan yang bertenggek di pohon rambutan yang kamu marah-marah dan label sebagai ‘mereng’ kerana berkokok sehingga mengganggu lena kamu itu, sebenarnya membawa pesanan dari Allah. Membangunkan kamu dari terus lena dan lena yang akhirnya akan membebalkan dan menaikkan ego kamu sebagai manusia.”

Saya menoleh kepada ibu. Ibu mengatakan saya bakal bebal dengan tidur lena. Dan ibu kata saya ego dengan tidur. saya betul-betul tidak memahami kata-kata ibu kali ini.

Ibu menyambung lagi tanpa memandang wajah saya yang kehairanan. Katanya :

“Sebelum kamu tidur, sudahkah kamu menunaikan solat lima waktu? Sudahkah kamu berdoa memohon ampun dari Allah dan orang sekeliling atas dosa yang kamu lakukan sepanjang hari? Sudahkah kamu laksanakan tanggungjawab yang Tuhan berikan kepada kamu sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?”

“dan jika itu semua kamu sudah pasti lakukan dengan sempurna, ketahuilah bahawa kokokan ayam itu meminta kamu bangun untuk solat sunat, qiamullail atau sekurang-kurangnya bangun untuk melihat keindahan malam di kaki langit dan diserata bumi. Itu ciptaan Allah s.w.t yang maha indah yang sering kita tinggalkan demi mengejar keseronokan tidur yang tidak membawa banyak manfaat. Sesekali bangunlah tengah malam, dan lihat keindahan malam. Belajar dari alam untuk mengenal siapa kamu dan siapa Pencipta kamu”

Saya terdiam sambil melarikan pandangan mata daripada tertempa dengan mata ibu. Saya cuba menafikan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan dengan Allah s.w.t. Dan keegoan serta kesombongan saya kepada maha Pencipta itu disedarkan oleh sang ayam jantan yang mahu membantu saya kembali pada tanggungjawab sebagai hamba kepada penciptanya.

Ya, ilmu itu ada di mana-mana. Cukup jika kita menjadi pemerhati dan pemikir yang bijak. Lihat tafsiran surah al-Alaq, ayat 1-5 yang berbunyi :

“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku, bacalah danTuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”

Benarlah yang tersebut dalam Surah al-Isra’ ayat 9 :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”.

 

Assalamualaikum….

Mak…..Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..nak tinggal kan anak2 mak…..nak tinggal kan dunia fana ni…..mak macam dan sedia…..

 

Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…..tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..kakak pun rasa hairan…..mak tak penah buat gitu…..pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…..kengkadang siaran indonesia…mak terus tekun menganyam…

 

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi makke kuburan…Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….pastu mak jemur karpet-karpet.. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari…..ada kat dalam dalam beg…..ada dalam ASB…..ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi….ada kat dalam gulung tikar…..masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…mak cuma gelak jer…eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..bila malam tu kiter sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..mak tetap takmau pi hospital…..dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk…Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…..tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

 

Mak tetap tak bersetuju…..mak memang degil…tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…..

 

Mak…..amponkan kami semua…kami nak mak sehat…kami sayang mak…kami tak mau mak sakit…kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….ampon kan kami yer mak….

Mak…..Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta….Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula…kalau tak cukup, mak kan banyak duit…mak gelak ajerr…..

 

Lepas tu bila kereta kiter sampai…..mak buat kenduri kesyukuran…..Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor…..Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..Bila balik sahaja kampong….kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…mak, kiter menipu mak kan…ampon kan kiter….

Mak…..Jam 4.30 pa gi 19/08 /1999 Bila tiba aja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain putih…..mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn. Mak tau tak….Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaanseparuh sedar…Adik kat sebelah diam melayan perasann…Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…jalan di depan terasa makin kelam…..airmata dah tak mampu di tahan….

 

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga… di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong….sekosong hati ini…..Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya…..terasa syahdu dan sayu gitu…dinginnnn….

 

Mak…..Kiter masih ingat lagi…Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…Jam 11.00 pagi mak di mandi kan….Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..

Mak perasan tak…? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”Bila makcik tu kata gitu…lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

 

Mak…..Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..kiter nangis ni…..Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….Takder orang yang bangun lagi…..kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…kiter rindu kat mak..!Takpa la…..nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak…mak tunggu ya…!

 

 

 

Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya….Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi mak….kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak daya….kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…Airmata kiter tak boleh tahan….Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…badan akak terasa panas…makk…anak mak yang seorang tu demam….Mak tauu…cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan…

Mak…..Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…Begitu terasa kehilan gan mak…bo leh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan….entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…semakin kiter tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…Mak tauu…kiter cuba bertahan…memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…Kiter rasa nak telefon mak…nak cakap dengan mak….anak mak yang ni dah tak betul kan..????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…Puas la kakak memujuk kiter…Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau giniajer mak yang susah kat sana..” Dan akhirnya akak juga nangis…..

 

Agaknya mak nampak adegan tu…sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh…mengharap sedekah dari anak2 nya…Mak tau tak…di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…rasa nyilu sangat….menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….

 

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

 

Mak….cukup la sampai sini dulu….kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan…kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje…Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…

*Email dari seorang rakan…