Saya melihat sudut itu sesuai untuk saya mengambil gambar. Bersama seorang kawan, kami sama-sama menuju ke bahagian yang kelihatan hampir separuh tasik dengan dahan dan ranting kering yang menarik. Tiba-tiba pandangan saya tertempa kepada seorang pemancing ikan yang meminta saya berganjak dari kawasan itu dengan isyarat tangannya. Berkali-kali beliau meminta saya pergi dari situ dengan gaya tangan yang di gerak-gerakkan umpama mengibas nyamuk.

Dengan perasaan masih tertanya-tanya, saya dan kawan mula beredar.

Kami melalui kawasan pemancing yang membuat isyarat tangan tadi. Senyum berbalas senyum.

“Kawasan yang awak pergi tadi ada ular. Ular itu melalui sini dan terus menuju ke sana. Itu yang kami minta awak berdua beredar,” katanya.

Saya amat terkejut.

KOMA

Dalam kehidupan, yang saya lihat mungkin sahaja bukan pada masa kini, malah telah berlangsung sejak manusia diciptakan, terjadi hal yang sama.

Di antara kepentingan sendiri dengan kepentingan yang lain, sering menimbulkan konflik.

Kita mahu yang baik-baik untuk orang lain, tetapi tidak mahu pula melibatkan diri dan kepentingan kita.

Kita mahu masalah itu segera selesai. Namun, kita sendiri tidak bertindak. Apatah lagi jika ia melibatkan diri sendiri yang akan kerugian atau terkesan dengan hal tersebut.

Hal ini jelas kepada sesiapa juga. Paling nyata, berlaku kepada mereka yang mempunyai kuasa. Pemimpin.

Mahu memberikan yang terbaik buat rakyat, sedang diri juga tidak mahu terkena tempias rugi.

Contoh jelas : Mahu mengurangkan tabiat merokok, minum arak dan berjudi di kalangan rakyat. Tetapi kerajaan tidak pula mahu menyekat kemasukan anasir-anasir tersebut.

Barangkali, begitu sehingga kita seakhirnya diam.

Kamu menang. Saya juga tidak kalah.

KOMA

“Teruk betul mereka itu. Ini soal nyawa. Ular. Apalah salahnya jbersuara sedikit, bahawa di tempat kita tadi ada ular. Sanggup guna bahasa isyarat meminta kita beredar, tanpa suara. Agar kerja-kerja memancing mereka tidak terganggu,” kata saya kepada kawan itu.

Dia hanya diam. Barangkali memikirkan kata-kata-kata saya.

Dan saya juga memikirkan hal tadi berkali-kali.

Kamu menang. Saya pula, tidak kalah.

Advertisements

Hari ini, melalui entri saya yang bertajuk UNTUK DIKONGSI BERSAMA, saya menerima komen dari seorang manusia yang merupakan seorang nasrani dan……

Sila baca komen beliau dan saya harap ada pihak yang lebih arif daripada saya untuk menjawab komen saudara yang satu ini…

  1. Jeff… Says:
    September 24th, 2007 at edit…sememangnya satu hujah yang dangkal dan sempit.Apa buktinya bahawa kebanyakan produk daging ayam yang dijual oleh pembekal bukan Islam adalah TIDAK HALAL?

    Apa buktinya bahawa adanya kebanjiran produk-produk perasa-perisa makanan yang tidak halal dijual secara terbuka kepada pengguna Islam?

    Apa buktinya bahawa produk-produk basah seperti mee, tauhu dan ikan kering terdeah kepada haiwan haram?

    Walaupun saya beragama Kristian!, tetapi adalah menjadi satu kewajipan untuk saya mengetahui mengenai prinsip halal dan haram walaupun pengkaitannya tiada langsung dalam agama Kristian!

    Sebab terbesarnya adalah kerana saya menpunyai rakan-rakan Islam yang mungkin lebih berotak daripada saudara… secara metalogiknya!

    …Untuk pengetahuan saudara,…

    produk-produk daripada luar negara lazimnya akan diuji dahulu isi-kandungan oleh KEmenterian Hal-ehwal pengguna bersama dengan Majlis Agama Islam, kemudian produk tersebut akan dilabel dengan label “HARAM” jika ianya didapati menpunyai isi-kandungan yang tidak baik untuk pengguna ISlam. Maka manalah mungkin produk-produk tersebut akan dimakan oleh oleh penganut ISlam….

    Melainkan penganut Islam tersebut adalah buta huruf ataupun tak lagi mampu mengenai yang mana haram yang mana halal! seperti peminum Carlsberg!, lantaklah ko orang minum bebenda itu, yang penting kau orang menperkayakan orang barat yang merupakan pengeluar terbesar produk minuman keras…

    … Anywhere malas nak komen dakyah kau yang menyesatkan ini!…

    Aku terlupa yang aku ini kaum nasrani yang dipertanggungjawadkan untuk menyesatkan kaum-kaum ISlam yang dangkal seperti kau!

    Muah-mUahmmmmuyah!

 

ISLAM melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan bukan berdiri sendiri tetapi mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah kepada makhluknya melalui al-Quran dan juga as-Sunnah.

Tidak ada pertikaian yang boleh dibuat terhadap syariah dan hukum-hukumnya kerana ia jelas daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Bagaimanapun, masih ada manusia yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini.

(selanjutnya…)