“Apa yang awak mahu tulis?” tanya saya
“Pengalaman saya. Yang saya pasti, tidak sama dengan orang lain.” Dia menjawab dengan pasti.
Saya senyum dan membuang pandang ke arah langit.
KOMA
Puisi saya, tersiar di dalam surat khabar Mingguan Malaysia awal bulan lalu [5 Jun 2011]
Itu jawapan saya kepada kawan-kawan yang selalu tertanya mengapa saya kurang konsisten menulis puisi.
Dan, sebelum menulis saya berfikir banyak perkara. Semuanya akan berbalik kepada diri saya sendiri.
Ini bukan alasan saya untuk malas menulis.
*Sengaja masukkan semua puisi yang tersiar hari itu kerana semuanya puisi yang baik dan bermakna buat saya.
Tahniah buat diri sendiri.
KOMA
Saya ada menulis puisi tentang kita.
Awak mahu baca?
Julai 2,2011 at 7:02 am
Tulislah dan ceritalah. Saya selalu sudi dan ingin mendengarnya. Selamat terus menulis.
MARSLI N.O
Julai 4,2011 at 8:49 am
Terima kasih, dan maaf kerana selalu melukakan.
Julai 15,2011 at 10:51 am
biar reput papan melaka,jgnlah asyik beli di tanah jawa..banyak hardware di singapura,kenapa melaka tak cuba di sana pula?bila jawa bikin puaka,sesama melaka bertikam berluka…kah kah kah