Benar-benarkah berkawan itu apabila ia bermula, ia tidak akan terputus?
Dan apabila ia terputus, adakah ia perlu bermula semula ataupun sambung sahaja yang telah terputus?
KOMA
Semakin dewasa, semakin dibanjiri dengan konsep berkawan-kawan nan seribu.
Ah, betapa semasa kecil, kita hanya fikir perlu kawan untuk hidup. Bagaimana adik-adik saya, tidak mahu meneruskan pelajaran di sesebuah institusi hanya kerana’ tidak punya kawan’ yang boleh sama-sama belajar di sana.
Saya katakan sahaja, ‘jangan terlalu setia kepada kawan. Ia datang dan pergi. Ia mengajar kita erti berperi.”
Pernah juga, adik berkata, “dia sudah berubah. Dahulu, semasa sekolah, dia tidak begini.”
“Sudah berapa lama kamu terpisah?” tanya saya.
“Lebih kurang 10 tahun,”
Saya diam.
“Kamu harus bermula semula. Dengan umur yang semakin meningkat dan dengan kematangan yang semakin menebal,” jelas saya kemudiannya.
Ya, ia bukan menyambung apa yang pernah dikecapi dahulu, tetapi bermula semula.
Betapa, kawan-perkawanan itu bukan mengira tempoh masa kamu berkawan. Kerana ia perlu dikemaskini setiap ketika.
“Seperti kemaskini status Facebook, supaya semua kawan tahu bagaimana kita setiap hari?” tanya adik lagi.
Saya angguk. Mungkin juga begitu.
Semasa kecil dan setelah dewasa, ia berbeza.
Jadi, jangan berharap kawan kamu yang pernah mengelap ais krim yang mencomoti bibir kamu ketika kamu kecil dahulu, akan mengelap comot itu ketika kamu telah dewasa.. Mungkin juga, orang yang sama yang pernah mengelap comot itu juga, bisa sahaja mentertawakan kecomotan kamu.
KOMA
Kawan, kita pernah berkawan semasa kecil.
Ia tidak bermakna kamu faham saya apabila saya dewasa.
Kita sentiasa berubah.
Oktober 4,2010 at 3:25 pm
Dalam seribu, hanya segenggam. Itu lah istilah saya buat dunia berkawanan..
Oktober 5,2010 at 10:43 am
Banyak istilahnya. Dan ia berubah-ubah mengikut diri.
Oktober 5,2010 at 6:49 am
Dah lama tak melihat penulisan sebegini di blog ini. Menarik dan penuh bermakna.
Kawan. Kamu hulur salam perkenalan. Kami sambut penuh keriangan. Saya percaya. Ada kebaikan di atas setiap jalinan persahabatan.
Oktober 5,2010 at 11:07 am
Masih kawan. Untuk tujuan yang dinyatakan.
Oktober 5,2010 at 3:14 pm
Boleh beri pandangan tentang bagaimana rasanya apabila kita tidak pernah bertemu dengan rakan yang terpisah hampir 30 tahun yang kemudian sukar difahami kerana tuntutan perubahan.
Ianya berat dan sukar.
November 10,2010 at 11:32 am
Salam.
Foto yang cantik. Saya sukakan suasananya 🙂
November 10,2010 at 8:41 pm
adik saya pun selalu bagi alasan: “takde kawan”. “nak buat kalau ada kawan ini, itu je,” ataupun “nak buatkan untuk kawan sekali”.
lepas tu saya akan marah-marah sambil berkata: “awak tu ingat kawan, kawan tak tentu ingat kat awak lagi. fikir diri sendiri dulu”.
Januari 12,2011 at 12:43 am
Ya…dalam hidup aku:
Apa yang terlalu aku inginkan
– adalah apa yang aku tidak dapat…
Sehingga kini, hidup aku bagaikan tidak berpangkal hujung…kalau esok aku mati, maka aku memang takde hal…sb aku tak ada apa2 pun kat atas bumi ni…kalau esok aku masih hidup, aku cuma perlu makan, bernafas dan ‘keluar cari makan’. Itu saja. Tak ada apa2 yg bersejarah, kenangan dan keindahan dalam hidup aku. Sebab aku tau – angan2 yg tak tercapailah yg telah membuat aku jadi apa yg aku jdi hari ini…Berdoa seolah2 ianya akan tercapai – tetapi kita sedar ia boleh tercapai hanya setelah kita merosakkan segalanya…DAhlah….byk2 ckp pun semuanya tak tercapai…
hidup ni ambk mudah je – kalau celik esok, masih bernafas, buat le perkara yg spatutnya dibuat – makan, kencing, tgk tv, termenung dan mandi. Kalau tak, harap2 selamat le dlm kubur – berehat dgn aman. Amin.