“Bila kita diam, awak kata kita pekak dan bisu sebab tidak jawab apa yang awak tanyakan. Bila kita jawab, awak akan jawab balik. Kemudian kita akan gaduh…gaduh…gaduh,” kata saya kepada Rafi.
Kemudian kami sambung permainan. Mungkin kerana marah dengan kata-kata saya tadi, Rafi melanggar badan saya. Saya terjatuh dan bibir berdarah serta berpasir.
“Bukankah emak sudah pesan, duduk di rumah diam-diam. Awak perempuan. Siapa suruh main galah panjang? Galah panjang itu permainan lelaki.” kata emak, membebel kepada saya ketika saya adukan yang Rafi langgar badan saya sehingga jatuh.
Saya di marahi kerana tidak pandai duduk di rumah diam-diam macam kakak.
KOMA
Kawan-kawan bertanya, tentang keadaan diri saya yang tidak konsisten dalam berblog dan berfacebook.
“Mengapa diam sahaja sejak akhir-akhir ini?” soal mereka.
Saya kata, tiada apa-apa. Saya baik-baik sahaja. Jika jumpa saya di luar maya, saya masih Zalila Isa.
Cuma dengan blog dan facebook, saya harus lebih hati-hati dengan idea yang banyak tertumpah dan sengaja didermakan kepada orang lain. Juga berhati-hati dengan diri sendiri.
Sebetulnya dan sejujurnya, saya sibuk dengan aktiviti penulisan. Apatah lagi setelah masuk ke bahagian majalah. Banyak perkara yang saya temui. Bertemu dengan kelam-kabut dan sesak nafas.
Oh ya, jangan lupa beli majalah Dewan Bahasa dan Tunas Cipta bulan Mac. Ada ‘pemikiran’ saya di dalamnya.
KOMA
“Shhh, diam-diam. Nanti dia dengar,” kata Lin.
Tapi suara Lin didengari oleh Rafi. Maka, Rafi jumpa tempat persembunyian kami semasa kami bermain sorok-sorok.
Februari 9,2010 at 5:03 pm
diam ada makna tuh…
Februari 10,2010 at 12:40 pm
SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c
JADUAL MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X
Program Bulan Kelahiran Rasulullah di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR : http://wp.me/piAx4-17R
JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD : http://wp.me/piAx4-17E
Majlis Maulid Kubro Nabi Muhammad ke -8 di Yayasan al-Jenderami : http://wp.me/piAx4-17l
MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179
Februari 28,2010 at 6:34 am
Sdr. Alangkah indah dan elok catatan ini diteruskan hingga berbuah dan utuh menjadi sebuah novel. Saya suka membacanya.
Mac 2,2010 at 12:56 am
terlalu lama kamu diam (tanpa nukilan baru di sini) boleh buat jiwa kami kosong… kami tunggu
Mac 4,2010 at 12:01 pm
suka bacaan di sini…
memberi inspirasi utk mengguna perkataan baru dlm penyediaan kertas kerja…
p/s:pernah ada waktu naik
bas bersama..
Mac 14,2010 at 7:21 pm
salam ziarah ^^