Pertama, sebetulnya bukan pertama.
“Berapa kali kamu buat kerja ini?” tanya cikgu yang menangani kes pelajar yang menceroboh masuk ke bilik persalinan pelajar wanita.
“Ini pertama kali cikgu,” jawab pelajar berkenaan.
“Tipu. Tiada istilah pertama kali dalam hidup kita. Ia pasti ada sebelum pertama,” jawab guru berkenaan yang betul-betul memeningkan saya ketika itu.
KOMA
Kaca-kaca di sisi jalan
Dan percik darah yang memenuhi kanvas harapan
Adalah satu titik noktah
Hidup atau mati
Kaca-kaca di sisi jalan
Adalah ujian
Adalah stesen perhentian
Adalah ingatan Tuhan
Tentang perjalanan
Yang kadang sampai
Yang kadang terbengkalai
Kaca-kaca di sisi jalan
Juga titik-titik darahnya
Adalah sebuah cerita
Yang mungkin baru bermula
Dan pasti ada akhirnya.
[Puisi KACA – Salah satu puisi saya di dalam buku Gema Serunai Hati 9, terbitan PEN]
KOMA
Pertama kali membaca puisi di Bengkel Hak Cipta dan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Negeri Sembilan pada 17 Januari 2010 yang lalu. Puisi sendiri.
Dan seorang kawan tidak bersetuju dengan ayat ‘pertama kali’ yang saya sebutkan sebelum membaca puisi itu.
Katanya, sebenarnya, kita atau kamu sudah baca puisi berulang kali. Bukan sahaja puisi sendiri tetapi puisi orang lain juga.”
Dia menyebut hal itu dengan panjang lebar.
“Semasa kamu menulis puisi tersebut, kamu pasti membacanya banyak kali di dalam hati. Ketika kamu membaca buku puisi orang lain, hal yang sama juga berlaku. Jadi bagaimana kamu kata, yang kamu baca itu pertama kali?”
Saya angguk. Faham.
Januari 21,2010 at 1:48 pm
Pertama kali saya kenal kamu, itu juga pertama kali saya membaca ayat-ayat kamu. Ayat-ayat itu membangkitkan kali pertama rasa ghairahku untuk menulis dan terus menulis. Pertama kali..
Januari 26,2010 at 10:57 pm
saya menanti bacaan kedua kamu dikhalyak ramai (dan juga yang seterusnya).
Dah jumpa orang yang nak temankan kamu berpuisi dengan petikan gitar?
Januari 29,2010 at 7:57 am
Bayan,
Anak muda hari ini, cerminan generasi kita masa akan datang. Saya tak boleh bayangkan bagaimana dengan bahasa ini mereka boleh mentadbir diri mereka sendiri dan ummah.
Ya bahasa itu menunjukkan agama.