“Ada sahaja alasan awak kan?” katanya bengang apabila apa yang dia persoalkan saya tangkis dengan hujah sendiri.
“Ini bukan alasan, ini jawapan saya,” jawab saya membela diri.
KOMA
Menikmati jawapan akan ada dua implikasi. Jawapan yang manis atau pahit.
Menikmati alasan, juga akan ada dua implikasi. Alasan yang diterima dengan jiwa yang pahit dan juga manis. Namun, peratus kepercayaan atau penerimaan terhadap alasan yang diberi selalunya rendah.
Kamu tahu apa beza alasan dan jawapan.
Apakah unsur yang perlu ada ketika menikmati alasan atau jawapan?
Emosi atau akal ?
November 2,2009 at 2:12 pm
Menjawab dengan alasan.
Mengalas dengan jawapan.
Saya sendiri tidak pernah mampu membezakannya.
Hee.
November 3,2009 at 8:18 am
Ya. Dengan emosi atau akal ia terbentuk. Dengan emosi selalunya alasan.
Dengan akal tidak semestinya jawapan.
November 2,2009 at 2:54 pm
“Rokok anda”? Dalam teater Cuci, “Pisang Jojo”.
Ini tafsiran akal matang sahaja. Budak-budak belum matang, tak akan tahu punya. Haha.
November 3,2009 at 8:17 am
Erkk..apakah itu. Hehehe..
November 4,2009 at 8:08 pm
ya, setuju amat-amat.