“Cikgu menjadi penyebab untuk saya bangun pagi dan menjawab soalan – mengapa saya harus ke sekolah.”
Itulah kata-kata seorang pelajar semasa Cikgu Rahman mengajar di sebuah sekolah di pedalaman. Cikgu Rahman kawan sekelas saya.
Tanya cikgu Rahman semula, “mengapa?”
“Kerana cikgu kacak dan bercakap dengan yakin. Jika cikgu menipu pun, saya akan percaya,” jawab pelajar itu.
KOMA
Setiap dari kita punya citarasa sendiri terhadap inspirasi yang perlu ada setiap hari.
Setiap pagi harus punya alasan mengapa perlu ke pejabat. Punya alasan mengapa harus hidup. Punya alasan mengapa harus kerja dan sebagainya.
Alasan itulah inspirasi.
Inspirasi boleh sahaja didapati dari apa sahaja dan sesiapa sahaja.
Jadi jangan perlekeh orang lain yang punya alasan tertentu mengapa mereka meminati sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita. Ingat, kita ini berbeza.
Tapi kalau sesuatu itu memudaratkan diri dan masyarakat sekeliling, perlu juga kita pertikaikan.
Hidup ini juga bukan sendiri-sendiri dan berjalan atas otak sendiri.
Mencari dan memberi inspirasi kepada orang lain akan mendapat pahala selagi ia bermanfaat.
Mungkin inspirasi itu ada dalam diri ibu bapa yang harus dikunjungi, dan dihubungi selalu. Suara mereka dan pandangan mata mereka memberi inspirasi untuk kita terus hidup.
Jika tiada…
Mungkin inspirasi itu datangnya dari kawan-kawan dan teman yang istimewa di hati dan di jiwa.
Jika tiada…
Inspirasi itu mungkin juga dari orang sekeliling yang tida kita kenali tetapi selalu berlegar di depan mata – jiran atau sesiapa sahaja yang memberi kesedaran dan semangat pada kita walau sedetik.
Jika tiada…
Mungkin juga melalui minat kita terhadap sesuatu. Makanya, kita punya alasan untuk teruskan hidup. Minat fotografi misalnya yang boleh menghiburkan kita dengan menatap gambar-gambar yang bercerita segala.
Juga mungkin melalui hobi membaca. Makanya, kita sering terinspirasi dengan kisah yang dibawa.
Juga apa sahaja hobi kamu, jadikan ia sebagai alasan untuk kamu tidak berasa bosan dengan hidup yang esok lusa mungkin tiada lagi nafas untuk kamu. Siapa tahu?
KOMA
“Saya suka tengok awak,” katanya suatu waktu dahulu.
“Kenapa? Saya bukan cantik pun,” jawab saya sambil agak tersipu.
“Bukan pasal cantik pun. Saya suka tengok awak bersemangat membaca dan bersemangat membuat kertas kerja,” jawab dia.
Hahhahaa…..
*Mana perginya semangat itu ya?
Ogos 14,2009 at 10:07 pm
Setelah berada di Tingkatan 4, saya semakin hilang semangat untuk ke sekolah. Kawan-kawan seangkatan semuanya sudah berangkat ke sekolah yang lebih baik, berasrama penuh dsb. Saya ditawarkan, tapi tak pergi. Percaya ataupun tidak, inspirasi saya untuk ke sekolah ialah seorang lelaki senior yang baru saya perasan, agak tampan juga. Saya pilih dia untuk jadi ‘secret admirer’ dia. Memang satu tindakan yang sangat tidak matang. Namun, dengan semangat itulah saya merajinkan diri ke sekolah, mengadap guru-guru yang tidak berapa semangat dan menganggap kita ini kumpulan yang gagal kerana tidak keluar dari sekolah itu walaupun dapat keputusan yang baik.
Benar, usah perlekehkan inspirasi, apatah lagi harapan orang lain. Entah-entah, itulah sahaja yang dia ada!
Ogos 15,2009 at 9:10 am
Saya sering tergelak dan mempertikai adik yang menghiasi failnya dengan wajah anime kegemarannya. Untuk apa? tanya saya. Dia kata, semangat.
Selagi hidup kan kak…
Ogos 16,2009 at 1:08 pm
Manalah lagi mahu cari inspirasi yang seperti itu agaknya ya.
Jika tiada.., jika tiada.. itu, semua boleh dicari satu persatu.
Cuma ada waktunya, ‘jika tiada’ itu sudah banyak diberikan, masih tidak ketemu juga.
Bila sampai waktu itu, lelah amat.
Ogos 16,2009 at 9:01 pm
Mungkin Tuhan sengaja meniadakan inspirasi. Mahu menguji sejauh mana kamu menjadikan Dia sebagai inspirasi. Mungkin.
Ogos 16,2009 at 5:08 pm
ehh..apa betul ka ada budak sepetah itu bercakap..??? takjub rasa nih..
Ogos 16,2009 at 9:03 pm
Budak-budak sekarang…Tingkatan tiga sudah pandai membina ayat yang sangat matang. Mungkin hasil pembacaan dan pemerhatian.
Ogos 17,2009 at 1:09 am
aMz sekarang ni masih lagi bergelar mahasiswa. memang tak sangka aMz boleh ke tahap ini. aMz sendiri pun tidak tahu yang aMz mampu pergi sehingga kini. Tapi aMz tetap risau, aMz risau dan takut untuk berhadapan dengan masyarakat
Ogos 17,2009 at 2:29 pm
assalamualaikum w.b.t.
inspirasi? ya, benar. kita perlu ada ‘inspirasi’ yang menggerakkan kita pada setiap hari. saya bangun pagi dengan harapan agar ‘inspirasi’ yang menjadi hala tuju itu akan menjadi kenyataan, insyaAllah.
Ogos 17,2009 at 6:18 pm
Amin…