Gambar ini diambil ketika pertama kali berada di kawasan masjid semasa solat Jumaat. Waktu itu ada majlis perasmian yang perlu saya hadiri sebagai wartawan dan jurugambar. Ada rasa di situ melihat mereka berdoa.
PERMULAAN YANG PANJANG
Hidup adalah anugerah dan keajaiban. Kata dia.
Hidup adalah harapan, impian dan kenikmatan. Kata dia lagi.
Ya. Hidup untuk dinikmati. Dalam hidup punya impian dan harapan. Ada tujuan yang harus dipenuhi. Maka lahirlah sebuah kehidupan yang penuh keajaiban. Anugerah Tuhan yang sering kita kesampingkan.
Berfalsafah pagi-pagi setelah bangun dari perbaringan, merasakan diri amat kerdil. Namun, dalam kekerdilan ini ada suatu keajaiban, harapan dan impian yang harus dinikmati.
Ada orang kata, ‘biarkan sahaja’ hidup ini berjalan atas landasnya.
Ada pula yang menggeleng dan berkata, “jangan biarkan sahaja. Ada perkara harus kita rancang. Ada perkara harus disusun dengan baik.”
Saya setuju kawan.
Ada perkara yang di luar lingkungan batasan kita, biarkan sahaja. Itu kerja Tuhan dan takdir-takdir-Nya.
Ada perkara yang perlu kita rancang sehabis kudrat.
Maka, jika kamu biarkan sahaja hidup ini berjalan tanpa hati dan akal berkerjasama, makanya apa akan jadi dengan kata-kata yang kamu keluarkan setiap hari? Apa pula halnya dengan doa-doa yang kamu panjatkan kepada Tuhan Maha Besar?
KOMA
Saya pernah berkata tentang hidup yang perlu dicatat dalam apa juga bentuk pendokumentasian.
Kawan-kawan pun mengiyakan dan merasa mendokumentasikan perjalanan hidup bukanlah satu kerugian dan hal yang membuang masa.
Catatan itu boleh sahaja merupakan diari harian yang pernah saya ceritakan sebelum ini.
Boleh sahaja catatan itu kamu lakukan dalam bentuk yang lebih sempurna. Buku misalnya.
Jika ada jiwa yang berlegar, jika ada peristiwa yang mahu dirakam, medium dalam bentuk gambar dan video juga amat bermakna.
Lakukan apa-apa sahaja yang kamu selesa dan mampu. Asalkan ada catatan yang dapat kamu ingati dan sebarkan kepada yang lain.
KOMA
Melihat gambar-gambar dalam simpanan sepanjang dua tiga tahun ini mengundang banyak cerita yang ingin dikongsi kepada umum. Mungkin cadangan seorang teman agar saya membuat satu catatan dan puisi bergambar dapat direnung kembali.
Hidup ini mudah dan menarik. Hargai diri sebagai satu keajaiban dan anugerah. Pesan seorang kawan berkali-kali.
Saya teruja. Dengan doa segala urusan dipermudahkan hari ini. Amin.
Julai 20,2009 at 10:36 am
cuba pula lihat pesanan;
http://pakcikli00.wordpress.com/
Julai 21,2009 at 4:33 pm
Terima kasih sudi hadir di blog ini.
Julai 20,2009 at 11:36 am
hidup untuk makan..hikhik!
Julai 21,2009 at 4:33 pm
Sangat betul. Hahahha….
Julai 20,2009 at 6:54 pm
Hidup ini mudah dan menarik.. 🙂 Suke..
Julai 21,2009 at 4:34 pm
Ya. saya juga rasa begitu. Sedang mencari di mana mudahnya hidup ini dan apa menariknya hidup ini.
Julai 21,2009 at 1:16 pm
Hidup ini adalah persediaan untuk sebuah kebahagiaan sesudah ajal mengundang
Julai 21,2009 at 4:42 pm
Ya. Saya kira begitulah.
Julai 21,2009 at 1:49 pm
hidup ini adalah untuk menyatakan kesempurnaan keujudan Allah swt yang mencita alam semesta dengan sifat kudrat iradat ilmu dan hayatNya nokhtah.
Julai 21,2009 at 4:43 pm
Ya, pakcikli00. Tiada yang dapat menafikan itu.
Julai 21,2009 at 4:15 pm
Apa yang pasti hidup ini hanya sementara dan hanya Dia yang tahu segala percaturan dan perjalanan makhluk-Nya yang hidup dan bernafas di muka bumi ini.
Julai 21,2009 at 4:44 pm
Terima kasih atas kata-kata itu.