diasaya

Ada bunga-bunga mekar, jatuh dari langit menimpa laman hati.

Ada bunga-bunga harum, jatuh dari langit melakar laman jiwa.

Ada bunga-bunga kaca, jatuh dari langit menusuk ke sukma.

Saya, untuk hari ini, usah memandang belakang lagi. Sedang kaki teruskan melangkah.

KOMA

Tiga hari kebelakangan ini terasa masa sangat suntuk dan padat sehingga kecamuk rasa yang tiba-tiba melanda amat menyemakkan.

Itulah manusia, kata ibu. Dalam tangis pasti ada tawa. Begitu juga sebaliknya. Tapi kita hidup bukan untuk merasa tangis dan tawa sahaja.

Ada rasa bermakna ada jiwa. Ada jiwa beerti ada nafas untuk disedut-hembus.

Saya, untuk hari ini, usah sia-siakan hati.

KOMA

Selamat ulangtahun buat saya.

Doa untuk diri sendiri : Semoga saya jadi manusia yang sederhana dan ikhlas demi Tuhan.

[Sedang mencuri semangat dari kawan-kawan yang kadangkala lebih faham diri kita lebih daripada diri sendiri.]

Advertisements