DSC_0550

Malam Sabtu lepas ke Maskara.

Mengulit dendangan Dewangga Sakti.

Tidak tahu bagaimana mahu gambarkan kehebatan mereka. Keasyikan muzik yang dimainkan. Keelokan lagu-lagu yang diperdengarkan.

Semua tahu bukan? Saya pernah menulis tentangnya dahulu.

Walaupun malam itu, kehadiran tidak seperti yang dijangka, persembahan mereka tetap semangat.

Terima kasih kerana menghiburkan.

maskara

Encik Attokz membuka majlis dengan mantera jawa. Saya kira.

maskara11

Semangat. Seperti Selalu.

maskara1Encik Naga yang saya tinggalkan demi masa.

KOMA

“Saya ditemani lagu-lagu Dewangga Sakti ketika kali pertama memandu cik B saya,” kata saya kepada dia.

“Iya?” tanya dia.

“Iya,” jawab saya.

Dan ada ombak rasa yang kadang tidak perlu kita hebahkan. Racaukan dalam bentuk apa yang kamu suka. Ia tetap terjadi.

FLICKR – Sedikit gambar.

Advertisements