jalan

“Perjalanan kita sama. Laluan juga sama. Biarlah masa yang menentukannya,” jelas dia tanpa ragu.

“Ya, memang sama, tapi tidak semestinya kita perlu melalui perjalanan itu bersama bukan?” jawab saya, juga tanpa ragu.

KOMA

Esok saya akan ke Kedah. Ada program yang harus saya hadiri.

Tidak, perjalanan ini tidak akan mampu menghapus lelah sepertimana yang teman sepejabat katakan;

“Bolehlah jalan-jalan di sana. Boleh hapus tekanan sedikit.”

Tidak kawan, ia tidak akan hapus apa-apa.

Yang tinggal tetap begitu, kadang manis dan kadang pahit.

Yang bakal datang juga tetap begitu, kadang manis dan kadang pahit.

Kamu mengerti bukan, bahawa masa yang kita ada terlalu singkat untuk kita melunaskan apa yang telah dirancang.

Saya, tidak mahu melunaskannya.

Ini bermakna, perjalanan kita yang kamu kata sama seiring, akan tetap berlalu, tanpa saya atau tanpa kamu. Maaf.

KOMA

“Kamu lelah?” tanya dia.

“Tidak. Saya cuma letih dan bosan,” jawab saya.

Noktah.

*IklanJangan lupa tutup lampu selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 Mac ini sempena kempen “Earth Hour 2009”.