belon

“Kenapa sesak sangat hari ini?” tanya saya dalam hati pagi tadi setibanya di kawasan pejabat.

“Oo…perhimpunan UMNO.” Jawab akal apabila melihat ada kakak-kakak dan makcik-makcik yang memakai baju seragam, merah-putih dan merah jambu, sedang beratur mahu melintas jalan ke PWTC.

KOMA

Pagi tadi, semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat, saya buka saluran radio berbahasa Inggeris.

[Saya tidak akan bicara hal bahasa kali ini]

Topiknya, sesuatu yang menimbulkan pertanyaan ‘kenapa’ [why] kepada anda. Maka, ramailah yang membuat panggilan telefon dan menyatakan segala perkara yang menimbukan pertanyaan ‘kenapa’.

Antaranya;

– Kenapa pizza yang bulat diletakkan di dalam kotak yang berbentuk empat segi?

– Kenapa ‘hadiah percuma’ [free gift] di sebut percuma sedangkan anda perlu beli sesuatu untuk mendapatkannya?

Dan beberapa pertanyaan ‘kenapa’ lagi.

Menarik topik ini.

KOMA

“Kenapa?” tanya dia.

“Entah,” jawab saya.

Kawan, kadangkala tidak semua pertanyaan ‘kenapa’ harus ada jawapan.

Dan saya tidak boleh mengada-adakan jawapan yang sememangnya tiada.

Diam lebih baik. Seperti yang saya sarankan sebelum-sebelum ini.