senja

“Beg hilang.” Adu saya melalui telefon kepada abah ketika melihat beg pakaian saya yang diletakkan di tempat simpanan beg di perhentian bas Bahau hilang. Hanya beg kertas berisi kasut sahaja yang tinggal.

“Jika begitu balik sahajalah. Buat apa tunggu di sana lagi. Tidak perlu ke Terengganu,” abah bersuara lantang.

Saya tidak balik ke rumah. Tekad mahu ke Terengganu kerana program baktisiswa itu baharu pertama kali saya sertai. Saya meneruskan perjalanan dengan beg tangan dan beg kertas menuju ke Kuala Lumpur.

Tuhan sudah memberi memo dengan kehilangan beg saya, namun, saya enggan meneliti memo itu. Rentetan dari itu,  saya ditimpa kemalangan sehari selepas kehilangan beg. Kaki saya patah. Dan abah tidak mahu menjenguk saya.Katanya saya anak derhaka.

Kehilangan beg, memo dari Tuhan supaya saya tidak menyertai program baktisiswa itu. Namun saya bersyukur, jika saya tidak ditimpa kemalangan di Kuala Lumpur, mungkin sesuatu yang buruk bakal berlaku di Terengganu.

Mungkin.

KOMA

“Saya hampir kemalangan pagi tadi. Seram sejuk masih terasa,” kata saya kepada Pn. Ainon semasa menghadiri bengkelnya suatu waktu dahulu.

Pn. Ainon terkejut dan berkata saya harus bersyukur kerana selamat. Ada malaikat yang menjaga saya. Dan mungkin ada kebaikan yang telah saya lakukan sebelum memulakan perjalanan itu.

Mungkin.

KOMA

banjir1

banjir11


banjir2

_mg_43571

_mg_43051


Pejabat saya dilanda musibah. Maksud saya kawasan pejabat saya, Jalan Ipoh. Musibah yang membuatkan saya beristighfar beberapa kali. Kebesaran Tuhan terpampang dan bersyukur saya tidak terlibat semalam kerana saya pulang awal dari pejabat akibat kesihatan yang mendera.

Kepada mereka yang dilanda musibah, mungkin kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami air atau pegerai yang mengalami kerugian yang besar, bersabarlah. Kehilangan itu mungkin satu memo dari Tuhan. Yang pasti ia ujian Tuhan.

*Gambar banjir diambil oleh teman pejabat yang terperangkap di tingkat satu sehingga pukul 9 malam dan juga bos saya yang baru balik dari Lake Town semalam. Terima kasih ihsan gambar!