This wonderful shot captures the movement of the children and water skillfully. The composition and colour palette is effective, and there’s an endearingly magical and joyful element that’s refreshing to witness.” (Judge’s comments)
Ini bukan gambar yang saya ambil. Ini gambar Tan Choon Wee, yang diangkat sebagai pemenang keseluruhan pertandingan Photographer Of The Year 2008 anjuran Digital Camera Magazine.
Kata pemenang ini ;
I’m a 57-year-old seasoned traveller from Singapore. I’ve been engaged with photography seriously for 25 years – it not only interests me, but it’s also my joy and passion, and I believe that if you feel it, you see it.
Gambar yang saya hantar, entah mana mereka campakkan. Memang wajar dicampak. Mungkin.
KOMA
Semasa saya mengikuti Kursus Fotografi Digital di Marang anjuran Angkatan Senifoto Selangor (ASFONS) tahun sudah, sebenarnya banyak perkara yang saya pelajari walaupun diri dibawa ke sana dengan hati yang separuh mati.
Gambar mewakili pelbagai cerita. Ambil gambar dengan jiwa. Ini salah satu ciri gambar yang baik selain aspek teknikal yang lain.
Ada satu gambar, yang dipuji fasilitator, katanya gambar itu boleh digunakan sebagai poster melawat negeri Terengganu. Bukan gambar penyu. Bukan gambar laut atau pulau. Bukan gambar keindahan alam.
Ia merupakan gambar anak-anak yang sedang mandi [ada yang berbogel] di tepian pantai, dalam keadaan yang sangat gembira. Anak-anak kampung itu, wajah yang jujur dan hati yang bersih, beri cerita yang besar kepada kami.
Dari situ, saya berlapar dan membutakan mata untuk yang lain-lain demi sebuah DSLR.
Nikon D80 ada dalam genggaman akhirnya. Tetapi mana cerita saya? Apa cerita yang saya rakam dan sebar melalui gambar-gambar yang saya ambil?
Hujah bela diri – Ini gambar saya. Kamu tidak faham cerita di sebaliknya? Tidak mengapa, biar saya sahaja yang mengerti dan faham.
KOMA
Dengan gambar kita memberi cerita. Ikut persepsi kamu cerita bagaimana mahu dilakar.
Dengan muzik atau apa jua bentuk seni, kita menyebar cerita. Terpulang kamu cerita bagaimana yang mahu dilagukan dan yang mahu kamu dengar.
Dengan tulisan kita berkongsi cerita. Tanya akal kamu, cerita itu untuk suka-suka atau untuk dihadam, menambah rencah hidup.
Dengan apa sahaja kamu akan bercerita dan memperoleh cerita. Buka panca yang lima itu. Tambah satu, akal dan iman.
Raih dan belajar cerita dari alam. Kamu tidak akan menyesali hidup.
Februari 11,2009 at 9:14 am
gambar juga adalah seni. Seni mata dan cahaya. Dan seni adalah subjektif
Bayan : Ya. Subjektif. Jadi usah tersinggung dengan pandangan orang lain. Kan?
Februari 11,2009 at 9:16 am
Takkan takde gallery untuk gambar2 yang ditangkap dengan D80? Nak jugak tengok gambar2 yang telah ditangkap. 😀
Bayan : Nak tengok? Tidak banyak kerana tidak sempat memuatkankannya di dalam galeri.
http://www.flickr.com/photos/dhilla
Februari 11,2009 at 9:40 am
hebat giler seh gambar tuh…
Bayan : Hehehhe…sebab itu menang.
Februari 11,2009 at 10:51 am
Teringat filem Ong Bak 2!
Bayan : Kaitan yang mana? Lokasi gambar diambilkah? Saya belum menonton filem itu.
Februari 11,2009 at 11:12 am
Bayan, mungkin kamu tersalah taip … Kursus Fotografi anjuran ASFON di Marang itu bukan pada tahun lepas tapi pada bulan Mei 2007. Apa-apa pun kamu cuba lagi hingga mendapat nama yang terbaik dalam bidang fotografi ini. Selamat Maju Jaya.
Bayan : Sengaja tidak meletak tahun yang jelas. Kerana itu saya gunakan ‘tahun yang sudah’. Mengenai gambar yang tidak terpilih itu, bukan apa-apa. Waktu itu memang tidak berfikir panjang. Hantar gambar pun yang entah apa-apa. Apapun, terima kasih atas semangat yang diberi.
Februari 11,2009 at 2:07 pm
dulu banyak buku2 di library aku gunting. buku national geografik tu la selalu jadi mangsa. gambar dinosor terutama t-rex memang aku cari la.
berdosa tak aku buat jahat kat library macam tu? 😉
Bayan : Tidak mahu sebut pasal dosa atau tidak. Tetapi, hukuman dunia paling sesuai atas kesalahan itu ialah potong lapan. Takpun, sumbat dalam kandang Rimau. Biar jadi pencuci mulut Rimau.
Hahahha…sangat tidak berhati perut menggunting buku perpustakaan.
Februari 11,2009 at 2:55 pm
…pandangan mata selalu menilai kecantikan sesuatu visual…
hati menilai kehebatan yang terhasil melalui pandangan mata…
sahabat, awak memiliki masa untuk menilai sesuatu gambar melalui pandangan mata atau hati..
Bayan : Terima kasih.
Februari 12,2009 at 9:35 am
Memang layak jadi pemenang! Gambar tu masuk ke hati.
Februari 12,2009 at 10:10 am
Hebat gambar di atas. Senyuman terukir pabila lihatnya. Seperti biasa, satu gambar mengambarkan 1000 kata kata.