“Dalam simpanan saya hanya ada beberapa buah buku motivasi. Itupun bukan saya beli. Ada orang beri dan ada yang didapati secara percuma ketika menghadiri majlis ilmu,” jelas saya kepada dia yang suka membaca buku motivasi. Mungkin.
Sambung saya lagi, “saya tidak boleh membaca buku motivasi. Bukan kerana saya sudah termotivasi. Tetapi entahlah, tidak boleh membaca buku seumpama itu lagi. Agak membosankan. Tetapi saya akan baca buku yang awak beri ini. Cuma bila masanya, itu saya tidak pasti.”
Dia hanya tersenyum.
KOMA
Mereka kata otak kita punya kemampuan yang luar biasa jika digunakan sepenuhnya. Bank memori kita punya kuasa minda yang kadang tidak terjangka oleh kita sendiri.
Kita perlu tahu, kuasai, percaya dan kaji sejauh mana otak kita bekerja setakat ini dan sejauh mana ia digunakan.
Saya tidak akan bercerita bagaimana otak kita bekerja.
KOMA
Dahulu, saya fikir saya tidak boleh melakukan sesuatu hal itu hanya kerana saya tidak punya ‘jalinan kimia’ (chemistry) dengan hal itu.
Saya pasti, saya silap tentang doktrin itu. Sebenarnya kita boleh melakukan apa sahaja dalam hidup.
Membaca apa sahaja jenis buku. Menyanyi atau mendengar apa jua jenis muzik. Membuat apa sahaja jenis kerja. Berkawan dengan sesiapa sahaja. Makan apa sahaja. Minum apa sahaja. Buat apa sahaja.
Asalkan semua itu tidak memudaratkan diri dan iman kita.
Sebenarnya, saya fikir begini :
Kita selalu menolak atau tidak menyukai sesuatu atas dasar perkara itu tidak kena dengan jiwa kita. Hal itu tidak sesuai dengan diri kita. Lalu kita tinggalkan beberapa hal yang tidak kita gemar atas alasan tipis iaitu ‘hal itu tidak kena dengan jiwa kita’.
Sebenarnya, apa juga perkara mampu kita lakukan jika dilaksanakan pada TEMPAT dan MASA yang betul.
Saya bercakap tentang hal yang tidak memudaratkan diri dan sekaligus ianya beri manfaat yang kita sendiri tidak nampak.
Saya, tidak gemar membaca buku motivasi, tidak gemar mendengar lagu-lagu berentak keras dan tidak gemar makan makanan yang pedas-pedas.
Hakikatnya, saya rasa buku motivasi bukanlah sebosan mana.
Lagu-lagu ‘keras’, okey juga jika didendangkan saat jiwa mengantuk.
Makanan yang pedas sangat ada ‘ump’ jika di makan ketika tekak meloya.
KOMA
Pilihlah masa dan tempat yang sesuai untuk kita lakukan sesuatu yang pernah kita abaikan.
Istilahnya, ‘buat sesuatu pada masa yang tepat dan situasi yang betul’.
Saya terfikir, mengapa kadangkala semasa sekolah dahulu, ada beberapa subjek yang tidak ‘masuk’ dengan jiwa saya.
Saya tahu kini, bahawa saya boleh menjadi lebih cemerlang dari hari ini jika saya bijak mencari masa yang sesuai untuk menelaah subjek yang membosankan itu, dahulu.
Saya terfikir yang kita memerlukan jadual waktu yang baik untuk melaksanakan segala tugasan. Jadual itu pula tidak perlu dicatit dalam sebuah diari atau kertas. Cukup kita tahu apa yang perlu kita buat dan bila mahu melaksanakannya.
Kamu pula bagaimana?
Februari 10,2009 at 2:02 pm
Adil, meletakkan sesuatu pada tempat,masa dan waktu yang betul.
Zalim, meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya…
Kata seorang pakar motivasi, seumur hidup kita sekurang2nya kita ada 300 kemahiran. Wow! aku punya kemahiran boleh dibilang…..
Aku juga boleh terlena kalau dengar lagu ‘keras’, kenapa entah… 🙂
Bayan : Zalim dan adil. Boleh terlihat di mana-mana bukan? 300 kemahiran?
Sangat memeranjatkan bukan?
Februari 10,2009 at 3:52 pm
Lakukan sesuatu itu mengikut kemampuan kita..
Bayan : Fairuz, apa kata sesekali atasi kemampuan itu. Pasti boleh selagi tidak memudaratkan diri.
Februari 10,2009 at 7:11 pm
Semuanya boleh berlaku jika kita bermotivasi.
Tak kiralah atas dasar apa motivasi tersebut.
Jika bermotifkan cinta, ada pujangga mengatakan manusia sanggup melakukan apa sahaja.
Jika bermotifkan harta, ada pula yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga.
Jika bermotifkan kejayaan, rasanya kita patut meredah apa juga halangan mental dan fizikal.
Dan sebagainya.
Tapi,ya…letakkan secara Adil (letakkan sesuatu pada tempat dan masanya). Tak? Maka zalimlah pada dirinya.
[,]
300 kemahiran? Hmmm…kena buat senarai-semak. Hehe
[,]
Semak citra akal.
Dengarnya. Lihatnya. Hatinya.
Bayan : Semua benar. Semoga kita semua tidak buta tentang itu.
Februari 11,2009 at 1:07 am
saya memahami apa yang dituliskan…tetapi terlalu lemah untuk dinyatakan…itulah tanda pengukur sejauh mana ilmu yang ada..
Bayan : Maafkan saya. Mungkin saya yang lemah dalam memilih kata-kata yang sederhana, supaya mudah difahami oleh semua. Usah ukur ilmu yang ada dengan kekesalan.
Februari 11,2009 at 3:39 pm
awak tidak bersalah…tak perlu minta maaf..ruangan ini hak awak..saya mesti menghormatinya…
Februari 11,2009 at 10:13 pm
Ironi, cik tidak suka buku motivasi, tetapi tulisan-tulisan di sini pun seperti helaian-helaian dalam buku motivasi.
Bayan : Peliknya saya tidak suka baca buku motivasi tetapi bicara bagai banyak membaca buku motivasi bukan? Sebenarnya saya tidak pernah membaca buku motivasi sehingga habis. Paling banyak muka hadapan dan pendahuluan.
Saya bicara berdasarkan pengalaman sendiri dan ingatan buat diri serta orang lain.
Nampaknya, saya boleh menulis buku motivasi jika encik fikir tulisan saya memotivasikan orang lain. Saya harap ya.