perak

“Saya berada di Perak. Kuala Kangsar. Ada majlis perkahwinan kawan satu universiti dahulu,” jelas saya pada seorang sahabat.

“Wah, cari labu sayong ye. Jangan lupa beli,” jawabnya seolah-olah kampungnya bukan di negeri Perak.

Mungkin juga itu bukan satu pesanan membelikan labu sayong untuk dirinya, tapi sekadar mengingatkan bahawa negeri Perak terkenal dengan labu sayongnya.

Ya, saya tahu setelah terlihat papan tanda iklan encik DG ini.

dg10

“Baru saya perasan, di Kuala Lumpur, ‘hantu kuning’ ini memeluk Menara Berkembar Petronas. Di Perak, ‘hantu kuning’ ini membuat labu sayong,” saya memberitahu seorang sahabat.

“Di Kuantan, ‘hantu kuning’ ini dikejar sang harimau,” jelasnya.

KOMA

Sudah berada di bumi Perak, saya cuba sedaya upaya melawat tempat yang menarik di sekitar Kuala Kangsar, Bandar Diraja.

ubudiah

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

makandirajaMakam DiRaja

perak11

Rumah lama Perak [mungkin, kerana saya mengambil gambar dari jarak jauh. Perak sangat panas hari itu]

perak3

Muzium DiRaja Kuala Kangsar, Perak

sungaiperak

Sungai Perak

labusayong1

Labu sayong

Ada masa carilah emas di negeri orang, walaupun sekadar singgah-menyinggah. Sebenarnya banyak lagi tempat yang saya pergi, tapi tidak mahu menjadikan blog ini blog pelancongan. Cukup sekadar ini. Perak sangat panas sehingga gambar yang diambil tangkap muat sahaja.

KOMA

“Sejuk sahaja perjalanan ke Kuala Kangsar ni kan?” saya hantar mesej kepada seorang sahabat yang berasal dari Perak.

“Memang la, sepanjang jalan banyak hutan simpan dan Gua Tempurung. Tapi sampai tol nanti mesti ‘panas’,” balas dia.