tnb

“Cik, tak boleh mandi di sini,” kata pekerja kondominium itu.

“Kenapa?” jawab saya.

“Kerana cik bertudung,” sambungnya lagi.

“Saya bukan bertudung, saya menutup aurat.” Jawab saya sambil mengeluarkan beberapa ketidakpuasan hati.

KOMA

tnb1

Saya tidak mahu bersatira.

Hari ini saya bercuti di salah sebuah kondominium milik TNB, di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama keluarga.

Saya difahamkan, kawasan kolam mandi tersebut tidak membenarkan pengunjung memakai tudung, pakaian berwarna dan lampin pakai buang.

Bab lampin pakai buang saya fahami larangan itu. Yang meragukan mengapa pakaian berwarna dan bertudung tidak dibenarkan?

Apa rasionalnya?

Jawab pekerja tersebut,” Tiada penjaga keselamatan untuk kolam ini dan dikhuatiri tudung yang dipakai melilit di leher dan lemas.”

Saya lihat tudung yang saya kenakan. Tidak ada kerongsang atau apa-apa yang membahayakan. sekadar sarung terus ke kepala. Dan tiada untaian yang membolehkan saya lemas. Mungkin orang lain. Tetapi alasan itu tidak menyejukkan hati saya.

Rasionalkah?

Walaupun pemilik sesuatu kawasan atau kondominium bukan Islam, meraka masih tidak LAYAK menafikan pemakaian tudung di dalam negara ini.

Saya tahu kini, siapakah yang membunuh bangsa dan agama saya.

KOMA

“Bolehkah saya menanggalkan tudung saya?” tanya saya kepada seorang sahabat lelaki.

“Rasanya kamu lebih tahu hal-hal begini daripada saya. Lakukan jika kamu rasa itu wajar,” jawabnya mematikan bicara bodoh saya.

*Berita ini telus. Maaf, saya tak berniat mahu selindungkan nama tempat ini.