Pagi ini matahari menyinar. Bahagia. Jika hujan pun, ianya tidak akan mengubah bahagia yang telah tuhan janjikan kepada hambaNya yang tidak pernah lupa untuk bersyukur. Bahagia, jangan biarkan duka menyinggah.

Siapa yang mahu berduka? Tidak pernah saya temui manusia yang mencari duka di dunia. Dan menyedihkan bagi mereka yang sengaja menolak bahagia yang telah tuhan kurniakan. BUTA. Mungkin mereka buta dengan bahagia yang mereka telah kecapi.

Bahagia. Ya, mencari bahagia banyak caranya. Dan menghindar duka juga banyak caranya. Bunuh rasa cemburu melihat bahagia orang lain. Cari bahagia sendiri. Di dalam al-Quran juga terkandung banyak rahsia dan ubat untuk BAHAGIA.

Banyak perkara yang perlu saya laksanakan.

Belajar memahami bahagia dalam penulisan. Belajar mencipta bahagia ketika mengambil gambar. Belajar menghargai bahagia dengan mengikhlaskan diri terhadap mereka yang telah melengkapi hidup saya. Ketika ini.

Titik tolak wujudnya duka dan dendam ialah apabila kita sering mengingati hal-hal yang remeh, melemahkan jiwa dan mengingatkan sesuatu yang Tuhan tidak takdirkan menjadi sebahagian hidup kita. Saya tidak akan kenang hal-hal yang boleh membuatkan duka menyelit masuk. Itu hanya permainan Syaitan laknatullah.

Tuhan, semoga saya dan mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan REDHA dengan percaturan yang telah Engkau laksanakan. AMIN.