“Kasut awak cantik la. Beli kat pasar malam ye?” Tanya makcik kedai
“Pasar malam?” saya menjerit dengan kuat.
Saya rasakan makcik kedai itu sangat melampau dengan mengatakan kasut saya yang cantik ini dibeli di pasar. Melampau. Ulang saya banyak kali.
Jejaka tanya apa yang saya jawab bila makcik kedai kata kasut saya yang cantik itu dibeli di pasar.
Saya kata…
KOMA
Cerita Romlah yang saya tulis telah terpilih untuk dimuatkan dalam ROMLAH : The Untold Stories. Saya ceritakan juga hal ini kepada jejaka. Dia tanya berapa harganya. Saya kata saya tidak tahu kerana buku ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada pembaca pada malam Maskara Shorties, 1 November nanti.
Kemudian dia tanya pasal buku-buku yang Sindiket Soljah [SS] terbitkan. Dia kata nampak menarik dari aspek ilustrasi dan ceritanya. Saya kata memang menarik dan mendapat sambutan hangat. Namun polisi Sindiket Soljah, mereka hanya jual dalam kuantiti yang tidak banyak dan tiada ulang cetak.
Jejaka tanya, mengapa SS buat begitu sedangkan buku-buku yang dihasilkan boleh buat keuntungan yang banyak.
Jawapan saya, cara penghasilan dan pemasaran buku-buku SS lebih mementingkan ‘seni’. Hanya orang seni tahu apa itu seni.
Jejaka gelak besar. Saya tak tahu kenapa dia gelak macam orang jahat.
KOMA
“Kasut saya nampak macam kasut cap ayam ke?” tanya saya pada diri sendiri setelah makcik kedai mendakwa kasut cantik saya dibeli di pasar.
KOMA
“Buku-buku yang SS hasilkan nilainya tinggi tapi boleh dianggap sebagai buku cap ayam,” kata jejaka.
“Siapa kata?” Tanya saya tak puas hati.
KOMA
Bila sesuatu produk atau perkhidmatan tidak berkualiti atau kurang nilai, ia akan dilabel sebagai ‘cap ayam’. Bagi mereka yang mementingkan nilai atau ‘standard’, cap ayam mungkin tidak beri erti. Bagi mereka yang tidak pentingkan nilai, ‘asal boleh’ dan ‘janji ada’, sudah tentu cap ayam ada nilai bagi mereka.
Apa nilai ‘cap ayam’ yang sebenar?
“Eleh, orang bukan tahu barang ni cap ayam atau naga, yang penting boleh pakai,” kata mamat jual burger kat bawah.
Oktober 30,2008 at 12:52 am
Makcik tu nak sindir ke? sebab pada pendapat saya, kasut tu sangat cantik. Rasanya tak ada kat pasar malam (kalau ada taktau la saya)
Erm,saya tak berapa faham la “KOMA” tu. 😆
Oktober 30,2008 at 8:04 am
makcik tu nk pinjam kasut tu sbnrnya..
cuma dia malu nk ckp..:p
Oktober 30,2008 at 8:17 am
Hehehe…makan sardin cap ayam lagi sodappp…
Oktober 30,2008 at 8:56 am
Ixora : Tak tahulah, mungkin dia pernah nampak kasut yang sama di pasar malam. ‘Koma’ tu maknanya berhenti seketika untuk kisah yang lain. Kisah yang lain itu harus diceritakan kerana punya pertalian dengan topik yang dibincangkan. Harap faham.
Budak Kampung : Mungkin juga.
Mat4nira : Terima kasih sudi jengah blog ini. Bos saya obses sardin. Dia mungkin tahu rasa sardin cap ayam.
Oktober 30,2008 at 10:19 am
ramai yg silap rasanya. sardin cap ayam adalah yang paling sedap sekali di kalangan semua sardin. juga paling mahal. gambar ayam itu juga, adalah brand untuk le cox sportif, jenama pakaian sukan, yang jadik jersi rasmi Peranchis. Macam Umbro di England.
anak gua, seperti budak-budak yang lain, sangat suka makan ayam. lagi2 ayam goreng. tapi jangan ajar KFC. itu ayam lain.
ayam juga adalah panggilan untuk seorang kawan gua, yang kini sudah jadik ‘mufti’ di Uniten.
meletakkan cap ayam sebagai satu metafora untuk benda yang paling lekeh adalah satu tindakan paling bodoh bagi pencipta t shirt tersebut.
gua hanya boleh geleng kepala, bila seorang pramugari MAS yang cun dan sexy menegur baju cameraman kitorang dalam flight;
wow! coolnya baju abang ni
patut pun dia jadik pramugari.
Oktober 30,2008 at 12:30 pm
kadang-kadang kasut di pasar malam sama cantik dengan yang ada dalam butik dan gedung besar. haha..
Oktober 30,2008 at 1:25 pm
Babazahra : Ya, sardin cap ayam paling mahal. Dan cap ayam nilainya bergantung pada individu. Ermmm, banyak rupanya kisah ayam ni. Macam lagu ayam – Jalil Hamid
Q : Ya, mungkin.
Oktober 30,2008 at 3:36 pm
aku setuju ngat dgn komen babazahra, perlu ke kita nilai ayam tu paling lekeh? bagi aku cap ayam antara barangan yang dah wujud dulu dari orang yang berlagak pandai letak hukum mempelekehkannya. mak bapak dia orang dulu pun ada yang makan barang cap ayam, pakai pakaian cap ayam tp anak dia boleh kutuk pulak….anak jenis aper raaaa….Sekarang ni aku dengar ada lagi jenama cap ayam kuar dan laris jualannya. nak tau contact aku!!!!
Oktober 30,2008 at 3:47 pm
tahniah!
hmm macam mana ye gelak macam orang jahat?
Oktober 30,2008 at 5:12 pm
new look, tahniah
Oktober 30,2008 at 7:02 pm
Bayan, aku mau pesan buku kamu … tolong belikan! Aku nak beli jugak … tolong simpan … nanti aku turun KL bulan November …
Oktober 30,2008 at 8:37 pm
Denan : Itu yang saya maksudkan dengan ‘lain orang lain citarasanya’.
Iman : Terima kasih. Gelak orang jahat macam bos saya selalu gelak.
nickmenza : Terima kasih.
Izrittzz : Kalau nak beli, buat pesanan dan pembayaran melalui Sindiket Soljah.
Oktober 30,2008 at 10:02 pm
Kat mana ada jual baju cap ayam tu? Lawa la…. Brape hinggit agaknya?……
September 27,2012 at 5:42 pm
Salam. Saya salah seorang pengedar T-shirt ‘Cap Ayam’.
Barangan ni dinamakan begitu kerana totally buatan Malaysia.
Pengeluar /Designer org M’sia, Idea sendiri (bukan ciplak), harga berpatutan, juga sesuai utk kita rakyat M’sia.
Produk ‘Cap Ayam’ mula establish since 2003. Maknanya dah 9 tahun di pasaran tanahair. Bermula dengan t-shirt, kini pasaran semakin luas dengan ‘sweater’, topi, bag, sticker dan yg terbaharu, seluar jeans.
Kepada yang berminat, boleh e-mail kepada saya;
leensal@medic.upm.edu.my.
Tqvm
Oktober 31,2008 at 2:25 am
err baju cap ayam dalam gambar tu brp harganya…?
Oktober 31,2008 at 6:40 am
sekarang budak2 muda bangga pakai baju CAP AYAM, hahaha…macam yg kt dlm gambar atas tu..
Oktober 31,2008 at 11:09 am
Saiful : Gambar baju cap ayam di atas saya ambil di bandar Melaka. Kalau tak silap, Bazar Melaka agaknya. Nanti saya pastikan semula.
Gerektua : Entahlah berapa harganya.
Hazri87 : Nampak ‘cool’ kan?
September 8,2011 at 5:28 pm
ada kat pertama kompleks, jalan tar, bb plaza jalan bulan…banyak lg design kluaran cap ayam…harga x sampai rm 20 pn…add fb cap ayam.
kain t shirt cap ayam ni sgt2 best dipakai=D
Oktober 31,2008 at 3:59 pm
cap ayam pun tetap ada cap.. 🙂
Oktober 31,2008 at 5:51 pm
janji boleh pakai. ada kualiti. oke ape~ 🙂
November 1,2008 at 2:34 pm
daun : ya, semua ada cap.
amyz : Yang penting ada.
Februari 12,2010 at 10:15 am
terima kasih keperhatian anda untuk T-SHIRT CAP AYAM.
PRODUK TERBARU CAP AYAM DIPASARAN :
KEY, SLIPPER, NON VOWEN BAG & SELUAR PENDEK
BOLEH DIDAPATI DI:-
1.58 CAMPBELL KOMPLEK JALAN DANG WANGI KL
LOT SF038B 2ND FLOOR BB PLAZA, BUKIT BINTANG KL
E190 DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL MELAKA
KIOSK GIANT KELANA JAYA SELANGOR
PASAR MALAM LORONG TAR
KAJANG/KUALA TERENGGANU/JB/
UPTOWN/DOWNTOWN/SINGAPORE
HARGA BORONG / RUNCIT
CONTACT 017-3241497 [10.30PG – 7.30PTG]
November 19,2012 at 6:44 pm
salam, boleh saya dapat kan email utk perniagaan cap ayam ni
Mac 27,2010 at 10:17 pm
salam.Tertarik pasal buku tu.Tak sangka lak SS kuarkan buku.Apa pun.Saya ada Copy gamba anda untuk dimuatkan dalam blog saya untuk entri Bahasa Ku.Kudos untuk anda ya!