Syawal akan menjelang beberapa jam lagi. Pengisian apakah yang kamu pilih? Mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan demi ikatan ukhuwah dan silaturrahim ataupun sekadar menyendiri menonton wayang ?

Zaman kanak-kanak dan alam persekolahan dahulu, pada waktu begini saya sibuk mengumpul kad raya dari teman dan menolong emak membuat kuih, serta lauk pauk yang akan diberi kepada jiran tetangga.

Kini, kuih muih banyak dibeli dari dibuat. Dan kad raya yang diterima bukan dalam bentuk fizikal tetapi digital.

Ucapan yang saya buat secara digital di atas telah saya hantarkan kepada rakan-rakan secara maya. Saya tidak pandai buat kad raya. Hanya paparan itu sahaja yang saya mampu.

Balasan dari mereka bukan sekadar kiriman kad ucapan yang cantik dan kreatif tetapi juga ucapan hari raya yang pelbagai dan menggamit silaturrahim.

Antaranya :

Daripada Azly ;
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Jika langkah membekas lara,
Jika kata merangkai dusta,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun maaf di pinta.

Daripada Firdaus;
Biar renggang di fana dunia,
Biar hina di mata manusia,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar jurang pangkat kita,
Jangan tergadai silaturrahim antara kita,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dari Khairul;
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda Ingatan tak layu dihati.
Selamat Hari raya Aidilfitri.

Dari cikgu memandu saya, Encik Azlan Ahmad;
Terhidang rendang dipagi raya,
Buat hidangan seisi keluarga,
Maafkan daku wahai saudara,
Tersalah laku juga bicara,
Hati-hatilah memandu di jalan raa,
Pesan tok guru jangan dialpa.

Daripada Hasfa;
Api lemang dijaga rapi,
Agar pulutnya masak sebati,
SMS dihantar pengganti diri,
Salah dan silap harap dimaafi.

Daripada Epul;
Godok kupat ngisor ondo,
Berasse sitik kurang sekati,
Salah silapkujalok ngapuro,
Ojo disimpen neng jero hati.

*(Yang akhir sekali minta tolong jowopinter terjemahkan…hehehehhe)

Kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA.
Semoga bertemu lagi selepas cuti.

Advertisements