Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Memang mudah mengatakan “terlajak perahu boleh diundur”. Fahamkah maksud sebenarnya?
Perahu, jika terlajak memang boleh diundur. Tetapi bukan semudah yang disangka.
Bolehkah diundur perahu seandainya sungai itu sempit dan berliku-liku?
Bolehkah diundur perahu seandainya air sungai yang mengalir terlalu deras atau perahu itu sendiri jika diundur akan menyongsang arus?
Perahu akan pecah!
Alangkan perahu sukar diundur, inikan pula kata-kata yang keluar dari hati menerusi bibir.
September 15,2008 at 10:23 pm
kalau perahu guna enjin mungkin boleh kot. Memang aku ni tak faham-faham
September 16,2008 at 8:15 am
manusia mmg selalu buat silap. Memberi dan meminta maaf perkara yang menyenangkan semua orang kan?
September 16,2008 at 11:42 am
Shimi : Tak apa tak faham. Ini cuma simbolik perlakuan manusia.
nickmenza : Meminta maaf dan memaafkan bukan semudah yang disangka. Apatah lagi jika kesalahan itu dilakukan berulang kali. Dan maaf juga seperti tiada harga.
September 16,2008 at 4:46 pm
maknanya org dulu dulu nak bercakap bukannya senang. lebih byk simpan daripada cakap. sama rentak dengan susahnya kalau nak undur perahu. dan sebenarnya itu selari dengan saranan agama, kurang-kurang bercakap kuranglah berdosa ..
salam perkenalan
September 16,2008 at 4:50 pm
pasti ada sebabnya
September 16,2008 at 11:51 pm
Terlajak perahu boleh diundur kena paham betul-betul ni… terlajak kata buruk padahnya! Kalau bercakap tu, fikir dulu jangan pakai hantam saja… kang kena kayu 3,2. Kalau perahu tak apelah, terlajak perahu biarkan perahu tu terlajak, kita terjun jer sungai tu… dengan pelampung, macam si Luncai dengan labunya!
September 17,2008 at 8:35 am
kepoyoan sungguh org yang cuba nak mengundurkan perahu yang terlajak itu.
September 17,2008 at 9:21 am
That ungkapan hanya sesuai untuk typical Malay yang perfectionist lebih suka menyindir dari berterus teranglah. For me it’s forgive and forget, but knowing the Malay they don’t forget easily as the want to get even. Tak kisahlah sampai berbitas, berbomoh pun depa sanggup. That what hinder us from moving forward.
I think you should get yourself involved in an international body like Amnesty International ka, National Geografic ka, WWF ka, atau Majlis Aids Malaysia ka, to get what I mean by learning to forgive and forget, what past is past.
Aku bukan memperlecehkan YADIM, dan kumpulan Kaki Anak Seni Telawi, Alumi MPR tapi if you wanna be a pro, I think you should rub sholder dengan persona like Dina Zaman, Zainah Anwar, Marina Mahathir and so on. For the time being apa kata kau jadi sukarelawan MAC, Malaysia Aids Council. They indeed need orang macam ko ni.
September 17,2008 at 9:35 am
gua rasa perahu dalam gambar tu jadi mangsa insan yang mahu membuktikan ia boleh diundur. eh cik Bayan! Jgn join apa2 organisasi, manusia adalah roh yang bebas. Organisasi akan menyesak dan menyempitkan fikrah.
September 17,2008 at 9:52 am
jeff : penjelasan yang mengagumkan. Sebenarnya entri di atas adalah secara umum. Tidak ditujukan buat sesiapa. Bangsa apapun, diseru agar menjaga perkataan dan jangan gunakan kelebihan bercakap untuk menjatuhkan orang lain. Pepatah lama ini sangat berharga sebenarnya dan paling penting seperti kata saudara, ia selari dengan AGAMA.
nickmenza : Ya, pasti ada sebabnya.
izrittzz : Ya, jika sudah terlajak, carilah cara yang sesuai untuk memperbaiki keadaan.
Iman sufia : Poyo ek? hehehhee…
Mardhiah : Wow. Melayu liberal!
September 17,2008 at 11:29 am
Babazahra’, perahu pecah angkara manusia. Ya, manusia adalah roh bebas. Untuk apa menganggotai persatuan atau organisasi andai tujuannya untuk menunjuk atau menyebar dakyah dan peribadi diri yang tak kesampaian.
September 23,2008 at 4:27 pm
[…] perahu yang saya dayung itu telah terlajak. Bagaimana mahu mengundurkannya? […]
September 23,2008 at 5:42 pm
cantik gambar perahu reput itu..
kata2 yg diluahkan susah untuk ditarik balik..
maka ungkapan maaf saja yang boleh dilafazkan..