Kuciptakan janji irama tra..la..la…la…laa -kuciptakan ingkar irama tra…la…la…la..laa….
Usai membaca Tunggu Teduh Dulu, karya Faisal Tehrani. Selama seminggu bermula Sabtu yang lepas. Ketika hujan turun, setiap hari. Seolah meminta manusia berteduh dahulu.
Berteduh dahulu dari segala asakan yang bertalu-talu menyimbah jiwa.
September 6,2008 at 6:30 pm
Banyak perkara di dalam hidup juga umpama menunggu teduhnya hujan itu.
September 7,2008 at 2:14 am
AKU sering menunggu teduh dulu kalau hujan … biasanya aku menunggu dalam kereta sehingga ada student aku yang dayang bawa payung mengambil aku dari kereta … Kalau tak siapa-siapa pun datang mungkin aku tertidur dalam kereta menunggu teduh! SEKARANG KAT TEMPAT AKU MUSIM HUJAN. Aku selalu lupa bawa payung!
September 7,2008 at 7:17 am
Shimi : Ya, menunggu bukanlah sesuatu yang merugikan. Isi masa menunggu dengan yang baik.
izrittzz : Payung penting kan?
September 7,2008 at 10:43 am
There’s no such thing as bad wheather, just bad clothing.
September 8,2008 at 12:09 am
hm.. utara Malaysia hujan sepanjang hari. Penang dan Kedah banjir.
saya cuma terperap dalam rumah. tunggu teduh dulu.
walau apa pun, solat terawih itu pasti!
September 8,2008 at 12:44 am
seremban, hari2 hujan jek. yg bestnya time solat Jumaat tu. Masuk waktu pukul 1:12 pm. Start pukul 10 pagi sampai 12 lebih hujan lebat juga. Tapi berdasarkan pengalaman yg lepas2 kalau hari Jumaat tu hujan, saya agak mesti time nk dekat solat tu hujan berenti. Dan tepat sekali! Hampir pukul 1:00 hujan terus stop. Memberi kemudahan kepada mereka yg bergerak ke masjid. Selepas imam memberi salam terakhir dan habis doa, nk masuk kete ni nk balik…hujan turun selebat-lebatnya. Subhanallah.
September 8,2008 at 2:41 am
Hujan…Hmmm sudah berapa lama aMz xrasa hujan di Malaysia. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri…
September 8,2008 at 8:16 am
layan lagu saloma/rafeah buang (tak ingat tajuk) pun ok gak hujan-hujan ni.
September 8,2008 at 11:03 am
menanti teduhnya hujan mendebarkan juga takut kalau tak teduh banjir lak,olih itu hati hati menanti hujan teduh
September 8,2008 at 11:07 am
Tok R : Falsafah lagi?
myadlan : Tunggu teduh dulu dengan buat sesuatu yang bermanfaat. Anda tak rugi. Percayalah.
iris : Perancangan Tuhan terlebih baik dari kita. Dia Maha Mengetahui kan?
shinja : Tak apa. Rasai hujan emas itu sebaiknya. Jangan lupakan keemasannya. Sebarkan keemasannya kepada sanak saudara dan kaum kerabat.
nickmenza : Layanlah apa sahaja. Mungkin juga muhasabah diri.
Abdul Rahim : Yup, tunggu teduh dengan jiwa yang tak tidur. Awasi sekeliling. Mana tahu, banjir pula melanda.
November 3,2008 at 12:11 am
sya jadikan blog sy sebagai tmpt utk sy berteduh..tidak salah bukan???