Buka komputer tu pasang lagu selalu ye? – tanya seorang teman
Terasa nak dengar. Lagu sedih. Mahu menangis. – jawab saya
Kenapa? – tanyanya lagi
Menangis itu perlu. kerana hari ini Tuhan beri kesabaran. – Koma

Suatu waktu
air suci
menyusur laju
di antara rindu dan pilu

Ku sangka
rindu ini padanya
yang banyak beri bahagia
dan banyak beri derita

Sepi
dari bahagia
dari derita

Lantas
mengajak
menggoda
menggamit
ke suatu sepi lain
bernama rindu

Rindu ini ku kira padanya
jejaka yang menggamit rasa

Rupanya
rindu ini adalah padaNya
Maha Pencipta Bahagia.

Advertisements