“Bukankah kita saling melengkapi? Tanpa kamu saya tak mungkin wujud. Dan tanpa saya dunia kamu akan gelap,” jelas iris mematikan tingkah kami petang itu.

“Ya, dunia saya pasti gelap tanpa kamu,” sahut saya perlahan.

Hari itu sudah masuk hari yang ke berapa minggu saya mengalami kesukaran membaca. Idealogi lama untuk memelihara iris dengan membajainya melalui pemakanan yang sihat seperti lobak merak dan juga menjadikan ‘bayi lobak’ sebagai snek tambahan tidak menjadi.

Dulu, waktu sekolah iris pernah buat hal sehingga terpaksa memakaikan baju yang comel buat iris yang berkesudahannya tidak selesa buat saya. Nak tak nak terpaksa juga benarkan iris memakai baju itu memandangkan saya memerlukan iris untuk melakukan banyak perkara dalam hidup.

Kali ini ragam iris bertambah teruk. Bukan sekali Iris tidak mahu berkompromi sehingga saya tidak selesa dan melepaskan hasrat untuk melakukan banyak perkara.

Cuba membajai iris dengan pemakanan yang sihat. Namun, mungkin faktor usia membuatkan iris semacam tidak boleh dibajai lagi.

Hari ini, genap seminggu saya bersama iris dan imej terbarunya. Ramai yang kata saya comel dan nampak anggun dengan ‘baju’ iris yang terbaru. Saya tidak nafikan itu.

Saya masih mencari keserasian dengan ‘baju’ iris yang baru ini. Memang rasa bezanya. Perjalanan semakin mudah, dan banyak kerja harian dapat dilaksanakan dengan baik. Terutamanya kerja-kerja yang melibatkan pembacaan. Saya suka. Walaupun agak mahal, saya tidak kisah asalkan iris dapat bertenang dan tidak rajuk-rajuk lagi.

Ternyata baju yang dipadankan dengan iris sangat sesuai dan menepati kehendak saya. Terima kasih banyak-banyak kepada staf dan pemilik kedai Iris yang menawarkan khidmat nasihat yang bagus buat saya.

Saya kenal dengan pemilik kedai ini sudah lama. Sejak ia mula beroperasi di Senawang. Dan alhamdulillah, demi kepercayaan terhadap kemampuan mereka, saya sanggup meredah perjalanan lebih kurang sejam ke sana demi kebaikan dan kecintaan terhadap iris.

Cuma, alahai….lecehnya bila iris dah berbaju ni. Nak ambil gambar susah!

Advertisements