Malam ini sejak pukul 9 malam tadi, pendengaran dan penglihatan saya dipenuhi dengan hujah-hujah tentang isu kenaikan minyak. Panas tapi tenang. Itulah debat yang seharusnya berlaku antara dua pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Perdebatan antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dinilai dari sudut kehebatan berpidato, tetapi yang penting adalah aspek kebenaran dan realiti.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, aspek itu yang penting untuk difahami rakyat kerana jika petah sekalipun, ia tidak bermakna sekiranya fakta diputar belit dan dipesongkan. (Utusan Online, 12 Julai).

Kenapa saya yang cetek isu semasa dan politik ni, boleh dapat bezakan antara fakta dan escapisme yang berlaku kepada salah seorang pendebat?

Rasanya semua penonton dapat menilai siapa yang berdebat atas dasar fakta dan siapa pula yang asyik mengemukakan hujah escapisme sambil membuat serangan peribadi bertubi-tubi kepada pihak lawannya?

Aduhai, rakyat sekalian, melalui debat ni, pilihlah pemimpin yang benar-benar tidak memeningkan anda dengan hujah putarbelit dan cakap seperti bukan seorang pemimpin ‘yang dipilih rakyat’.

Debat yang paling menarik yang membuat saya semakin mengerti bahawa;

“kalau kita tak punya banyak fakta tentang isu yang didebatkan, lebih baik kita buat serangan peribadi dan juga hujah escapisme. Sekurang-kurangnya kita tidak dicap KAKI TIDUR”

Cuma 50 minit untuk isu yang besar. Aduhai, masih sempat tidur?

Advertisements