Ini bukan kisah pengkhianatan kawan yang akhirnya jadi lawan. Bukan hal kawan jadi lawan. Kawan jadi lawan adalah kisah yang sakit lagi menyakitkan.

Saya temui kamu, kamu dan kamu. Di kala semangat hilang entah ke mana.

Mereka bukan siapa-siapa. Mereka cuma seorang kawan yang memberi banyak warna dalam hidup saya yang hanya ada ‘hitam’ dan ‘putih’.

Sangat penting memiliki kawan yang boleh memberi banyak manfaat kepada kamu. Bukan manfaat yang hanya kamu sahaja yang dapat. Tetapi manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Setakat ini, terima kasih kawan-kawan yang banyak beri semangat.

Dan encik penyejuk jiwa, cara anda bekerja memberi semangat yang banyak untuk saya bekerja. Terima kasih.

Saya akan jadikan kamu sebagai lawan.

Lawan yang baik untuk melawan kemalasan, kemurungan, dan kehilangan semangat.

Jadilah lawan terbaik buat saya.