Hampir terlupa bahawa hidup cuma sekali…

Kadangkala kita terlupa kerana perasaan menguasai akal. Aduhai, akal selalu tewas dengan ego, nafsu dan hati.

Kadangkala juga kita terlupa kerana dipukau.

Semalam saya rasa dipukau. Bukan dipukau oleh jualan murah. Bukan juga dipukau oleh jejaka yang kacak.

Saya dipukau oleh sesuatu yang saya tidak ketahui sehingga lupa di mana letaknya rumah saya.

Menerawang melihat sekeliling. Tetapi tiada jiwa, tiada akal dan tiada rasa yang boleh membantu saya mengingati siapa saya, di mana saya dan apa yang saya akan lakukan.

Alhamdulillah, bibir saya menyebut nama kekasih yang MAHA AGUNG. Seketika, ingatan kembali pulih.

Penyakit atau memang dipukau?

Cerita lain : Festival Membaca telah bermula hari ini. Promosi tidak sampai kepada saya. Mungkin mereka lupa bahawa membaca jambatan ilmu. Hal begini harus mendapat liputan umum. Sila rujuk sini.

Festival Membaca 2008 –  2 hingga 4 Julai 2008 – bertempat di legar Putra, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – mulai jam 10 pagi hingga 6.00 petang.