Sakinah’ bermaksud tenang dan tenteram. ‘Mawaddah’ pula memberi erti bahagia. Manakala ‘wa-rahmah’ menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia. Lantunan daripada takrifan dan gambaran yang dipaparkan melalui perkataan-perkataan itu menghubungkan kita dengan sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Lelaki dituduh dera anak, bersikap tidak siuman di mahkamah. Pemandu teksi disyaki dera anak direman 5 hari. Bapa disyaki dera anak hingga mati, ditahan. Dera anak, penarik kereta dipenjara dua tahun. Ibu dera anak dipenjara lapan tahun tiga bulan. Ayah disyaki dera anak – dahi, mulut luka dan ada kesan cucuh api rokok.

Perenggan di atas merupakan himpunan tajuk-tajuk berita tentang krisis hubungan antara anak dan ibu bapa yang menghiasi ruang dada akhbar di Malaysia sepanjang tahun 2007 dan 2008. Berita sebegini merupakan sebahagian daripada laporan yang diterima oleh polis mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan ke atas kanak-kanak oleh ibu bapa mereka sendiri.

Mengapakah hubungan darah dan kekeluargaan yang begitu murni ini mengalami krisis yang kritikal sehingga wujudnya permusuhan yang mengakibatkan kecederaan dan akhirnya kematian?

Sakinah yang didambakan dalam sesebuah ikatan kekeluargaan telah hilang. Di mana hilangnya sakinah itu?

Baca seterusnya

Advertisements